3 Jenis Baja Pokok Cili Yang Sesuai Digunakan di Rumah

Pelbagai jenis baja diperkenalkan di pasaran dan selaku pengguna kita sentiasa mencari baja yang sesuai dengan pokok cili yang kita tanam.

28
- Iklan - - Iklan -

Pembajaan merupakan elemen penting dalam mengekalkan kesuburan pokok. Pokok sangat memerlukan baja bagi melengkapkan proses-proses pertumbuhan dan pembesaran buah.

Elemen-elemen yang wujud di dalam baja ini akan memberi zat kepada pokok untuk tumbuh sihat dan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Masalah penyerapan kerap kali timbul apabila berlaku masalah pada akar yang diserang penyakit atau unsur patogen yang merupakan musuh kepada pokok.

Pelbagai jenis baja diperkenalkan di pasaran dan selaku pengguna kita sentiasa mencari baja yang sesuai dengan pokok yang kita tanam.

- Iklan - - Iklan -

Jenis Baja

Kita mempunyai pilihan untuk menggunakan baja organik mahupun kimia.

Gunalah baja dari pelbagai jenama, namun, kaedah dan jumlah yang digunakan perlu dipantau agar tidak memberi kesan yang buruk kepada pokok.

Cilibangi Food Diet, baja organik

Baja organik seperti Cilibangi Food Diet ini kebiasaannya didatangkan dengan pakej rawatan tanah. Baja tersebut turut terkandung organisma mikro yang hidup.

Malah, baja ini turut sensetif jika didedahkan cahaya matarhari terus. Ini akan menjejaskan proses fisiologi yang sedang berjalan.

Baja kimia popular dengan abjad NPK. NPK merujuk kepada Nitrogen (N), Phosporus (P), dan Kalium (K); 3 Elemen ini yang paling utama diperlukan pokok dalam proses pertumbuhan selain unsur-unsur lengai yang wujud bersama baja. Baja kimia mempunyai banyak jenis berdasarkan nisbah yang berbeza.

Di pasaraya besar ataupun di kedai-kedai nurseri, kita akan dapati wujud baja-baja yang berwarna-warni sebagai contoh warna hijau, biru, kuning, merah, hitam dan sebagainya.

Fokus kepada penanaman pokok cilibangi, baja kimia yang kita perlukan hanyalah baja hijau (NPK 15:15:15) dan baja biru (NPK 12:12:17).

Pautan Panduan Tanaman Cilibangi

  1. Proses Penyemaian Biji Benih
  2. Pindah Tanam Anak Pokok Cili
  3. Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training)
  4. Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak
  5. 6 Langkah Membuat Tiang Sokongan Pokok Cili
  6. 3 Jenis Baja Pokok Cili Yang Sesuai Digunakan di Rumah

Baja AB Fertigasi

Pembajaan melalui sistem fertigasi semakin meluas digunakan. Teknologi fertigasi ini mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1990-an.

Namun, ketika itu sistem ini hanya digunakan pada kawasan penanaman di tanah tinggi seperti Cameron Highlands.

BACA: 23 Langkah Bina DIY Mini Fertigasi di Rumah Atau Sekolah

Komposisi Baja AB jika dikaji adalah sangat lengkap untuk kegunaan pokok berbanding baja-baja yang lain.

Baja ini mengandungi Calcium Nitrate, Ferum, Potassium Nitrate, Magnesium, Mono-potassium phosphate (MKP), Boron, Manganese, Zinc, Copper, AMM Molybdate dan lain-lain lagi.

Di dalam artikel Fungsi Dan Kesan Elemen Nutrien Di Dalam Baja AB Fertigasi, saya ada perincikan setiap elemen baja yang terkandung di dalam baja AB.

Bahkan, sistem ini sangat memudahkan pengusaha kerana setiap titisan air yang diberikan pada pokok turut beserta dengan sejumlah kepekatan baja yang sesuai mengikut usia pokok.

Kandungan Penting Di Dalam Baja Pokok Cili

Semasa peringkat pembesaran dan kematangan pokok, terdapat tiga elemen utama yang menjadi keperluan pokok.

Elemen tersebut adalah Nitrogen (N), Phosporus (P), dan Kalium (K).

Elemen N fokus kepada perkembangan pertumbuhan daun. Elemen N sangat diperlukan terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok cili.

Simptom kekurangan elemen N ini adalah warna kekuningan pada daun dan ini menunjukkan kurangnya jumlah klorofil yang bekerja untuk menjalankan proses fotosintesis.

Namun, jumlah N yang berlebihan juga tidak memberi manfaat kepada pokok, simptom ‘mabuk daun’ sering digunakan dalam memberi klasifikasi terhadap jumlah daun yang banyak serta hasil yang kurang.

Phosporus sangat diperlukan untuk pertumbuhan akar pokok yang sihat.

Group FB Tanam Cilibangi

Group FB Tanam Cilibangi

Akar pokok memainkan peranan penting dalam proses osmosis (penyerapan air) dan elemen-elemen yang diperlukan pokok yang terkandung di dalam tanah.

Kekurangan phosporus menjadikan akar pokok mereput dan gagal dalam penghasilan buah atau bunga yang optimum.

Kalium (Potassium) diperbanyakkan pada peringkat buah. Ini menggalakkan pertumbuhan buah yang menepati ciri-ciri variti sebagai contoh ciri buah yang besar, panjang dan sebagainya.

Kekurangan dalam elemen K ini menyebabkan pertumbuhan buah yang tidak sekata dan tidak menepati hasil yang optimum.

20
Cara menabur baja organik.

Kaedah Yang Tepat Beri Baja Pokok Cili

Bagi penggunaan baja organik, tiada masalah seperti pokok lecuh kesan daripada penggunaan baja. Kita dengan sengaja menabur baja organik di pangkal pokok, pertumbuhan pokok tidak akan terjejas.

Walau bagaimanapun, sekiranya kita menggunakan baja kimia, simptom pokok lecuh dapat dikenal pasti sekiranya kita menabur baja tepat pada pangkal pokok.

Kesannya, pokok akan mengalami kelayuan dan akhirnya melecuh disebabkan sifat panas baja tersebut.

Saranan kepada pekebun bandar, dalam menggunakan baja kimia, sebaiknya ditabur disekeliling pokok. Tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh daripada pokok.

Penggunaan baja kimia hijau (NPK 15:15:15) bermula seawal seminggu selepas anak pokok dipindahkan mengikut kadar yang ditetapkan dan dilampirkan bersama baja oleh pengilang.

Baja hijau ini digunakan sehingga pokok mengeluarkan bunga.

- Iklan - - Iklan -

Selepas pokok cili berbunga, baja yang digunakan adalah baja biru (NPK 12:12:17). Kuantiti yang digunakan adalah mengikut ketetapan pengilang dan digunakan sehingga akhir hayat pokok.

Kekerapan menabur baja adalah 2 minggu sekali.

Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila ajukan kepada kami dengan mengisi ruangan komen di bawah.

Artikel ini dikemaskini pada 27 September 2017.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

28 Komen
  1. sukirin bin jalil berkata

    perlu tak kita menabur baja kepada pokok yang sudah berbunga.contoh pokok mangga.boleh kah baja itu merosakkan bunga pokok mangga tersebut.

    1. Fikri berkata

      Tuan Sukirin yang dihormati,

      Penanaman pokok berbuah ini bukan kepakaran kami.

      Kami tidak dapat kenal pasti keadaan atau kesan pembajaan pada pokok mangga setelah berbunga.

      Maaf Tuan.

  2. Fikri berkata

    betol kah pokok cili tidak boleh kena matahari sepenuhnya

    1. Fikri berkata

      Tuan Fikri yang dihormati,

      Pokok cili memerlukan sinaran matahari yang sepenuhnya. Lagi banyak cahaya diterima, lagi cepat buah cili akan matang.

  3. David berkata

    Tuan, saya david dari sarawak cuba tanam cili kulai, saya telah tabur benih atas compos selama 5 hari sebanyak 20 biji tapi sekarang hanya 3 biji yang keluar benih, ada kah cara saya salah? Saya mintak tunjuk ajar dari tua. Terima kasih.

    1. Fikri berkata

      Tuan David yang dihormati,
      Sebelum tuan menabur benih tersebut, adakah tuan sudah membuat proses rendaman terlebih dahulu?

      Untuk maklumat lanjut, https://tanamcili.com/2014/09/19/proses-penyemaian/

  4. khalid berkata

    Dapatkah pokok cili hidup sihat dengan hanya penggunaan baja foliar yang kerap?sebagai contoh semburan 2 kali seminggu npk 20:20:20 dan 22:22:10:1…tq

    1. Fikri berkata

      Tuan Khalid yang dihormati,
      Semburan foliar hanyalah sebagai baja tambahan kepada pokok. Ini kerana hampir 80% baja diserap melalui akar pokok, dan selebihnya ditampung melalui semburan foliar.

  5. David berkata

    Tuan saya tidak buat proses rendaman biji benih.

    1. Fikri berkata

      Benih cili perlu direndam semalaman terlebih dahulu bagi memastikan kulit benih tersebut menjadi lembut. Ini memudahkan proses percambahan berlaku.

      Untuk cara-cara penyemaian benih cilibangi yang biasa kami lakukan, Tuan boleh rujuk di https://tanamcili.com/2014/09/19/proses-penyemaian/

  6. az berkata

    Salam tuan, kalau gunakan baja organik, 3 hari sekali adakah memadai untuk membaja pokok cili yang telah berada dalam batas? terima kasih.

    1. fikrimastor berkata

      Waalaikumsalam Tuan/Cikpuan Az,

      Pembajaan organik kebiasannya seminggu sekali. Namun, 3 hari sekali tidak mengapa, kerana pembajaan organik diberi dalam kuantiti yang lebih tidak akan menjejaskan pokok.

      Sebelum itu, boleh saya tahu, apakah baja organik yang digunakan?

  7. mohamad khairi bin ghazali berkata

    Assalam tuan .pokok sy dauny kecut dan kekuningan.ape sb jadi mcm t.dan racun serangga berape kali seminggu sy kena buat..

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam Tuan Mohamad Khairi yang dihormati,

      Mohon Tuan lampirkan gambar pokok yang terjejas. Ini bertujuan untuk memudahkan kami menganalisa cabaran sebenar yang Tuan hadapi. Untuk makluman Tuan, banyak faktor yang memberi peranan kepada pengecutan daun. Boleh jadi disebabkan baja mahupun serangan serangga.

  8. Andie lhow berkata

    assalamualaikum tuan.
    sy nak tanye berapa hari pokok cili boleh tanam kt atas batas lepas di semai…???

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam Tuan Andie,

      Selepas 28-30 hari, anak pokok cili boleh ditanam di atas batas. Sebaiknya pada waktu petang aktiviti pindah tanam dibuat.

  9. fify berkata

    assalamualaikum tuan..adakah proses menyemai biji benih bunga perlu direndam dgn air suam sama seperti biji benih cili? baja hitam merah ni kategori baja organik atau baja kimia? bila masa baja tersebut sesuai digunakan? semasa proses menyemai biji benih atau selepas berlaku percambahan biji benih? terima kasih

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Cik Puan Fify yang dihormati,

      1. Biji benih bunga tidak perlu. Cuma perlu direndam semalaman. Selepas direndam, Cik Puan perlu semai benih tersebut ke dalam medium semaian peatmoss sebelum dipindahkan ke dalam polibag atau pasu yang lebih besar.

      2. Baja tersebut adalah baja kimia. Baja ini perlu digunakan selepas pokok dipindah tanam ke dalam pasu yang lebih besar.

  10. sunny berkata

    pokok saya tanam dlm rumah bumbung plastik x silap polymatt masalahnya pokok lambat membesar tapi sihat ,adakah sbb x cukup cahaya

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan Sunny,

      Boleh Tuan jelaskan maksud pertanyaan Tuan ini “x silap polymatt “.

      Maaf saya kurang mengerti.

  11. Aziz berkata

    As salam Tuan Fikri,

    Saya ada sebidang tanah kosong, keluasan dalam 8,000 kaki persegi. Saya ada layari blog Tuan, saya bercadang nak buat project tanaman Cili secara hobby. Buat masa nie, saya masih lagi dalam process pembelajaran. Kalau ada sebarang pertanyaan, saya minta izin untuk bertanya dengan Tuan…

    Sekian

    Aziz

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Tuan Aziz yang dihormati,

      Terima kasih kerana mengikuti perkembangan kami di Blog Cilibangi. Selagi mampu dijawab persoalan tersebut, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjawabnya.

      Bahkan, Tuan juga boleh menghubungi kami melalui ruangan chat di sebelah bawah kanan blog ini.

  12. zafaron berkata

    Assalamualaikum tuan…boleh tolong beri pencerahan mengenai sukatan baja kepada pokok cili kampung dengan cili besar?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam Tuan Zafaron,

      Kekerapan baja 2 minggu sekali.

      Baja NPK 15:15:15 pada peringkat awal musim penanaman. Sewaktu mula menanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.

      Baja NPK 12:12:17 pula semasa peringkat berbunga sehingga habis musim penanaman.

      Tak silap saya 5 gram atau 1 sudu teh.

      Pastikan baja tersebut tidak ditabur terlalu rapat dengan pangkal pokok.

  13. Puan Arin berkata

    Adakah pokok cilibangi menggunakan baja kimia warna hijau (No. 42) dan biru (No. 38) jenama Baja Serbajadi seperti gambar yang dipaparkan? Jika tidak, boleh nyatakan jenama yang digunakan?

    1. Fikri Mastor berkata

      Ya. Kami menggunakan jenama yang sama.

  14. Hilman Ashraf berkata

    Salam tn, adakah boleh penggunaan baja AB bukan dgn cara fertigasi tetapi dgn cara siraman terus ke pokok?

    Dan jika kita guna baja NPK, adakah kita perlu guna baja AB?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      1. Boleh Tuan. Tiada masalah.
      2. Jika kita sudah menggunakan baja NPK, tidak perlu menggunakan baja AB. Jika mahu guna baja tambahan, cukup sekadar semburan melalui foliar dengan menggunakan EM atau supplement yabg lain.