Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training)

Teknik ini adalah satu latihan kepada pokok cili supaya pokok kekal mempunyai satu batang utama sahaja sehingga cabang ‘Y’ utama tumbuh.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

scan
Morfologi Pokok Cili

Teknik ini adalah satu latihan kepada pokok cili supaya pokok kekal mempunyai satu batang utama sahaja sehingga cabang ‘Y’ utama tumbuh.

Pokok cili dilatih untuk mengembangkan kanopi daun selepas cabang ‘Y’ yang pertama.

Pautan Panduan Tanaman Cilibangi

  1. Proses Penyemaian Biji Benih
  2. Pindah Tanam Anak Pokok Cili
  3. Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training)
  4. Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak
  5. 6 Langkah Membuat Tiang Sokongan Pokok Cili
  6. 3 Jenis Baja Pokok Cili Yang Sesuai Digunakan di Rumah

Selain mengembangkan kanopi daun pokok cili, latihan ini turut bertujuan memfokuskan penghasilan buah cili dengan saiz dan berat yang sebenar.

Sekiranya latihan ini gagal dilaksanakan, kita akan mendapati pokok cili akan mengembang dari pangkal pokok sehingga ke atas.

Tiada kanopi yang kelihatan.

Tunas Air

Tunas Air tumbuh terlalu cepat dan banyak. Jika kita menanam lebih dari 100 pokok, aktiviti pembuangan tunas air ini perlu disusun dengan cekap.

Jika kita gagal membuang atau mencantas bahagian tunas air tersebut, ia akan membentuk satu cabang lain yang membentuk struktur yang tidak kemas.

Aktiviti pertumbuhan tunas air ini akan mengakibat pembaziran baja yang berlebihan. Baja tersebut sepatutnya memfokuskan pada pertumbuhan daun tunas baru di bahagian kanopi pokok.

Lagi banyak tunas baru muncul, makin banyak bunga yang muncul di celahan ketiak daun.

Cara-cara

1. Pemangkasan tunas air dilakukan setelah cabang ‘Y’ utama mengeluarkan beberapa cabang yang lain.

2. Semua tunas air bermula dari pangkal pokok sehingga daun di cabang ‘Y’ utama dipangkas.

3. Basuh tangan dan alatan dengan bersih sebelum memangkas.

- Iklan -

- Iklan -

4. Pemangkas dilakukan dengan berhati-hati agar tidak melukakan pokok.

5. Sembur penghindar serangga bagi mengelakkan sebarang serangan serangga.

Ini kerana penyakit mudah berjangkit pada permukaan pokok yang terluka.

Berapa Usia Pokok Cili?

Usia pokok yang sesuai dilaksanakan aktiviti ini adalah 2-3 minggu selepas pindah tanam anak pokok ke dalam polibag atau batas tanah.

Kajian Kes

Ada juga amalan yang salah, selepas bunga atau cabang ‘Y’ yang pertama terbentuk, bahagian tersebut terus dipotong.

Ini akan menggalakkan tumbesaran yang tidak sekata pada bentuk fizikal pokok. Bahkan, pengeluaran hasil cili tidak menepati saiz yang sebenar.

Adakalanya tanpa kita sedar pucuk pertama yang tumbuh tersebut, terpangkas.

Kebiasaannya, apabila cabang ‘Y’ pertama ini dipotong, pokok akan bertindak balas untuk menghasilkan cabang ‘Y’ disekeliling dahan utama.

Ini menyebabkan kanopi tidak terbentuk dan pokok mengembang secara tidak terkawal.

Pada peringkat penghasilan cili kelak, buah cili yang terhasil sangat banyak tetapi tidak menepati saiz sebenar.

Pembesaran pokok terbantut disebabkan kurang mendapat pencahayaan.

Artikel ini dikemaskini pada 29 Disember 2016.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.