Proses Penyemaian Biji Benih

Langkah-langkah menyemai benih cili.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

1

1 Rendamkan biji benih di dalam bekas berisi air suam (45 – 50 ̊C) selama 3-4 jam. Ini bertujuan untuk melembutkan selaput biji benih bagi memudahkan proses percambahan.

Pautan Panduan Tanaman Cili

  1. Proses Penyemaian Biji Benih
  2. Pindah Tanam Anak Pokok
  3. Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training)
  4. Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak
  5. 6 Langkah Membuat Tiang Sokongan Pokok Cili
  6. Pembajaan Yang Teratur

2

2 Isi medium semaian yang disediakan bersama kit permulaan Cilibangi pada kadar ¾ polybag atau pasu. Medium semaian juga boleh didapati di nursery atau kedai pertanian yang turut dikenali sebagai “peat moss”.

 

5

3 Basahkan medium semaian bagi membekalkan kelembapan. Pastikan medium semaian basah dan lembap sepenuhnya agar proses percambahan tidak terjejas.

 

6

- Iklan -

- Iklan -

4 (Hari 1) Sediakan lubang di bahagian tengah medium semaian sedalam 1 – 2 cm dengan menggunakan kayu yang bersih.

Satu Biji Benih Per Polibag

7

5 (Hari 1) Pindahkan biji benih yang telah direndam ke dalam lubang yang disediakan, kemudian lubang tersebut dikambus dengan medium semaian.

6 (Hari 1 – Hari 14) Letakkan pasu atau polybag yang berisi biji benih beserta medium semaian di bawah teduhan. Pastikan medium sentiasa lembap dan elakkan air yang bertakung di dalam pasu atau polybag, air yang bertakung akan menyebabkan pertumbuhan akar terjejas.

 

8

7 (Hari 7) Biji benih mula bercambah.

Terima kasih kerana sudi membaca cara semaian biji benih Cilibangi yang betul. Baca artikel proses pindah tanam anak pokok Cilibangi untuk langkah seterusnya.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.