3 Langkah Mudah Mengawal Serangga Putih Bawah Daun

Serangga putih bawah daun cili ini perosak yang menghisap cairan pada bahagian pokok yang diserang.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

serangga putih bawah daun
Serangga yang kerap ada di bawah daun cili.

Sesiapa yang ada pengalaman menanam cili pasti mempunyai pengalaman bertemu dengan serangga putih bawah daun ini.

Lalat Putih (Aleurodicus disperses dan Barmisia tabaci) juga dikenali sebagai bena putih ini amat menggemari daun-daun tanaman sayuran seperti cili.

Serangga ini sangat dikenali kerana sering kali menyerang bahagian bawah daun cili.

Dalam kalangan penanam cili di rumah, perkara ini kerap kali disoal dalam siri pameran kami.

- Iklan -

- Iklan -

“Saya ada tanam pokok cili di rumah, tapi pokok saya tu jadi kerinting dan bawah daun tu ada banyak benda putih-putih.”

bena putih

Berdasarkan gambar yang dilampirkan, kita dapat lihat bahagian yang diserang akan kelihatan seperti bebenang putih atau bersisik putih.

Simptom / Gejala Akibat Serangan Serangga Ini

Lalat putih menghisap cairan pada bahagian pokok yang diserang. Serangga ini menyerang secara berkelompok.

Serangan lebih ketara pada bahagian daun. Pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien, lalu menyebabkan pertumbuhannya terjejas.

Bahan buangan lalat putih adalah berbentuk rembesan madu dan mudah dijangkiti oleh kulat jelaga hitam.

Jelaga hitam pada daun akan menyebabkan proses fotosintesis terhalang dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan pokok terganggu dan tidak sihat.

BACA: Kawalan Serangga

Menurut pemerhatian kami, dengan kehadiran bena putih, semut dan kutu trips akan memberi kesan kerinting pada pokok.

Dengan pengawalan serangga yang terkawal serta berjadual, kehadiran serangga ini dapat dikekang. Pelbagai simptom penyakit juga dapat dihindari.

Saya Mahu Repellente!

3 Langkah Kawal Serangga Putih Bawah Daun

Langkah 1: Cabut Rumput & Rumpai

Cabut rumpai di sekitar polibag dan batas.

Perhatikan di sekitar polibag dan batas tanaman kita, jika ada rumput rumpai ini, perlu dicabut.

Ini kerana selepas kita buat aktiviti semburan serangga, baik organik mahupun kimia, bena putih atau serangga perosak lain akan menjadikan kawasan semak ini sebagai perumah kedua mereka.

Buat secara berkala, dan jadikan rutin agar tidak berlambak dan bertindan dengan kerja-kerja penanaman lain.

Langkah 2: Ubah Kedudukan Pokok Dari Teduhan

Jika sebelum ini tuan tempatkan pokok di bawah teduhan net/jaring hitam, pindahkan kedudukan pasu atau polibag tersebut pada kedudukan yang terbuka.

- Iklan -

- Iklan -

Terbuka di sini membawa maksud pendedahan cahaya matahari terus kepada pokok.

Bunga gugur tanda pokok kurang asid amino
Pokok cili tidak perlukan teduhan.

Pokok cili tiada masalah kelayuan dalam menhadapi cuaca panas terik. Namun, dengan syarat berikan jumlah air yang mencukupi bagi mengekalkan kesegaran pokok.

Langkah 3: Buat Kawalan Serangga Secara Berjadual

Peringkat awal serangan, kita dapat perhatikan permukaan daun tidak terjejas dengan masalah kerinting atau kerekot.

Repellente 1 sedia guna
Repellente 1 Sedia Guna

Pada peringkat ini, bahagian yang diserang boleh dipangkas dan dimusnahkan. Kemudian, disembur dengan kawalan serangga Repellente.

Kawalan Serangga Organik

  1. Semburan Repellente berjadual seminggu dua kali perlu dipatuhi agar serangan yang sama tidak berulang.
  2. Pindahkan pokok cili ke tempat terbuka untuk mengurangkan bilangan serangga ini. Air siraman juga dipastikan mencukupi.
  3. Elakkan tempat yang berteduh dan gelap. Serangga ini gemar keadaan sejuk terutama selepas hujan, pasti meriah dengan serangga ini sekiranya tiada kawalan serangga yang teratur.

Kawalan Serangga Kimia

Manakala untuk kawalan secara racun kimia, bahan aktif seperti imidacloprid akan digunakan dalam aktiviti semburan kawalan serangga.

Bagi penggunaan racun kimia ini, perlu diingat bahawa penggunaan alat pelindung diri (Personal Protective Equipment – PPE) perlu digunakan.

Ini bagi mengelakkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan saudara.

Semburan Kawalan Serangga Secara Berkala

Semburan kawalan serangga ini perlu dibuat secara berjadual agar aktiviti penanaman tersebut berjalan dengan baik.

Dalam aktiviti penanaman kebiasannya kita sudah mempunyai jadual gerak kerja (SOP), ini bertujuan memastikan pekerja atau penanam kecil-kecilan yang mengusahakan tanaman tersebut mempunyai skop kerja yang tetap dan teratur.

Tidak lain, ia turut membantu meningkatkan produktiviti dan fokus kepada kerja/aktiviti yang akan dilaksanakan.

Kesan Jika Tiada Kawalan Serangga Berjadual

Pada peringkat akhir serangan, keadaan pokok akan kelihatan berkerinting atau berkerekot teruk.

Kerekot Cili
Kerekot Cili

Pada peringkat ini biasanya pokok tidak mampu kekal bertahan sehingga hujung musim.

Bahkan tiada buah cili baru terhasil dengan baik kerana gangguan serangan vektor ini bersangkut paut dengan pembawakan virus yang membantutkan pertumbuhan pokok cili.

Bagi mengelakkan penularan jangkitan, pokok yang terjejas perlu dibuang dan dimusnahkan.

Saudara boleh rujuk artikel kami di Cara Mengurus Tanaman Cili Yang Diserang Kerinting.

Kami ada terangkan tatacara pengurusan tanaman yang bergejala kerinting disebabkan oleh virus.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Mahukah Tuan/Puan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 4 platform berikut:

Messenger

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Prema berkata

    Bagaimana nak hapuskan ulat putih in