Cara Sembur Kawalan Serangga Perosak Cili

Cara untuk melaksanakan proses semburan kawalan serangga pada pokok cili.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Di dalam artikel kali ini kami kongsikan cara untuk melaksanakan proses semburan kawalan serangga pada pokok cili.

Proses ini bertujuan untuk menghalang serangan serangga perosak cili yang sentiasa menjadikan pokok cili kita sebagai sasaran.

Teknik ini juga adalah sama seandainya saudara memilih untuk menggunakan kawalan serangga yang mempunyai bahan aktif beracun kimia.

Ada 5 jenis serangga yang biasa menyerang pokok cili dan kerap merunsingkan kepala pengusaha tanaman.

Kepentingan Pemakaian Pakaian Keselamatan (PPE)

Cuma, perlu kita tetapkan dalam fikiran bahawa sebarang penggunaan bahan kimia beracun, perlu dilengkapkan dengan peralatan keselamatan atau lebih dikenali kini sebagai personal protective equipment (PPE).

Maklumlah, sekarang seluruh dunia sedang menghadapi serangan pandemik covid-19 yang masih tiada tanda penghujungnya saat artikel ini ditulis.

cara sembur kawalan serangga

Kesan kimia pada badan bukan dapat dilihat dalam sehari, ada yang bertahun dan dapat memberi kesan pada kesihatan pada hari tua kelak.

- Iklan -

- Iklan -

Tonton video di atas untuk tuan dapatkan penerangan tatacara semburan kawalan serangga perosak tanaman cili.

Di dalam video tersebut kami terangkan bagaimana kami menggunakan Repellente sejenis ektrak organik dalam mengawal serangga pada pokok cili.

Tatacara Semburan Kawalan Serangga Perosak

Semburan kawalan serangga ini memerlukan beberapa aturan, antaranya seperti:

  1. Pemakaian sarung atau pakaian pelindung diri (PPE).
  2. Mengikut SOP dan jadual racun yang telah ditetapkan.
  3. Semburan pada pokok dalam jarak 1 kaki minimum.
  4. Semburan pada permukaan atas dan bawah daun.
Cara semburan kawalan serangga pokok cilibangi

Baca lagi artikel berkenaan kawalan serangga perosak:


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.