Bena Putih Sangat Gemar Berlindung Di Bawah Daun Dan Ini Cara Mengawalnya

Sejenis serangga perosak yang menghisap cecair pada daun, bunga dan putik.

0
- Iklan - - Iklan -

Bena-Putih

Kenali Serangga Perosak Tanaman Cili #1:

  1. Nama perosak : BenaPutih (Bemisia Tabaci)
  2. Bahagian Diserang : Keseluruhan pokok.
  3. Peringkat pokok diserang : Semua peringkat.

Simptom Serangan Bena Putih:

Bena Putih (Bemisia Tabaci) yang menyerang bahagian tertentu pokok. Bena Putih ini bewarna kuning kehijauan dan hidup berkumpulan di bahagian belakang daun, berhampiran tulang-tulang daun. Bena putih ini turut dikenali sebagai lalat putih atau kutu putih.

Sejenis serangga perosak yang menghisap cecair pada daun, bunga dan putik. Cara bena ini merosakkan pokok cili ialah menghisap cairan daun sehingga daun mengeriput ini menyebabkan pertumbuhan jaringan daun terbantut, kemudian layu dan mati.

- Iklan - - Iklan -

Bena putih menghisap cairan pada bahagian pokok yang diserang. dan kaedah serangga ini menyerang adalah secara berkelompok. Serangan lebih ketara pada bahagian daun.

Pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien, menyebabkan pertumbuhannya terjejas. Bahan buangan bena putih adalah berbentuk rembesan madu dan mudah dijangkiti oleh kulat jelaga hitam.

Jelaga hitam pada daun akan menyebabkan proses fotosintesis terhalang dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan pokok terganggu dan tidak sihat.

Kutu Putih

Bena ini adalah pembawa penyakit (vector) untuk perkembangan virus, seperti Potato Leaf Roll Virus (PLRV) dan Potato Virus Y (PVY). Kedua-dua virus tersebut menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil.

BACA: Kawalan Serangga Berjadual

Kawalan Serangga:

  1. Peringkat awal serangan, serangga ini boleh dikawal dengan memangkas bahagian pokok yang diserang dan kemudian dimusnahkan.
  2. Kaedah kawalan secara organik, kami menggunakan Repellente 1 yang diperbuat daripada ekstrak bawang putih.
  3. Jika serangan serius, buat semburan racun yang sesuai seperti imidacloprid, dimethoate atau thiamethoxam.

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!

Via Cilibangi

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.