Panduan Semaian Biji Benih Cili Di Rumah

Proses menyemai benih cili perlu dibuat dengan berhati-hati. Ini dapat memastikan pertumbuhan anak benih kekal sihat dan berprestasi tinggi apabila sedia untuk dipindah tanam nanti.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Proses menyemai benih cili perlu dibuat dengan berhati-hati. Ini dapat memastikan pertumbuhan anak benih kekal sihat dan berprestasi tinggi apabila sedia untuk dipindah tanam nanti.

Bagi mereka yang baru mula menanam cili, panduan semaian biji benih cili di rumah ini sangat bertepatan dengan Tuan/Cik Puan.

Berikut disertakan panduan bergambar untuk rujukan Tuan/Cik Puan. Klik butang kongsi untuk disebar luaskan pada teman-teman anda. Semoga bermanfaat.

 

Semai Biji Benih
Rendamkan biji benih di dalam bekas berisi air suam (45 – 50 ̊C) selama 3-4 jam. Ini bertujuan untuk melembutkan selaput biji benih bagi memudahkan proses percambahan.

 

Semai Biji Benih
Isi medium semaian yang disediakan bersama kit permulaan Cilibangi pada kadar ¾ polybag atau pasu. Medium semaian juga boleh didapati di nursery atau kedai pertanian yang turut dikenali sebagai “peat moss”.

 

- Iklan -

Semai Biji Benih
Basahkan medium semaian bagi membekalkan kelembapan. Pastikan medium semaian basah dan lembap sepenuhnya agar proses percambahan tidak terjejas.

 

Semai Benih Cili
(Hari 1) Sediakan lubang di bahagian tengah medium semaian sedalam 1 – 2 cm dengan menggunakan kayu yang bersih.

 

Semai Benih Cili
(Hari 1) Pindahkan biji benih yang telah direndam ke dalam lubang yang disediakan, kemudian lubang tersebut dikambus dengan medium semaian.

 

Semai Benih Cili
(Hari 1 – Hari 14) Letakkan pasu atau polybag yang berisi biji benih beserta medium semaian di bawah teduhan. Pastikan medium sentiasa lembap dan elakkan air yang bertakung di dalam pasu atau polybag, air yang bertakung akan menyebabkan pertumbuhan akar terjejas.

 

Semai Benih Cili
(Hari 7) Biji benih mula bercambah. Terima kasih kerana sudi membaca cara semaian biji benih Cilibangi yang betul. Baca artikel proses pindah tanam anak pokok Cilibangi untuk langkah seterusnya.

Beli Benih sayur


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.