FAMA Sasar 40,000 Ahli Myagrosis Dalam Kalangan Siswazah Hujung Tahun Ini

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan keanggotaan Malaysia Agro Siswazah (Myagrosis) di seluruh negara mencecah 40,000 orang sehingga penghujung tahun ini.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=FjfkxVlHpKg[/youtube] 

SANDAKAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan keanggotaan Malaysia Agro Siswazah (Myagrosis) di seluruh negara mencecah 40,000 orang sehingga penghujung tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pada masa sekarang, jumlah anggota Myagrosis adalah 26,685 orang sejak kelab itu ditubuhkan pada 2011.

Katanya keanggotaan kelab itu tidak hanya di peringkat universiti malah diperluaskan di maktab dan sekolah vokasional.

“Ia selaras dengan usaha kerajaan melahirkan usahawan khususnya lepasan universiti dalam bidang perniagaan,” katanya ketika merasmikan Myagrosis K-Shoppe Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki Tun Azmi.

- Iklan -

Badruddin berkata kerajaan juga telah memberikan geran berjumlah RM50 juta untuk program Myagrosis yang membolehkan usahawan siswazah yang berminat menjalankan perniagaan mendapatkan modal permulaan berjumlah RM50,000 daripada FAMA.

Katanya pinjaman itu diberikan tanpa penjamin dan faedah bagi membantu usahawan siswazah memulakan perniagaan.

Beliau berkata FAMA menyasarkan 250 usahawan siswazah akan dihasilkan melalui program Myagrosis bagi tahun ini dan sehingga kini 141 telah mendaftar.

Menurutnya Kampus UMS Lestari Sandakan UMS merupakan universiti pertama menerima peruntukan bagi pelaksanaan projek Myagrosis bagi Agroniaga menerusi pembukaan Myagrosis K-Shoppe.

Badruddin berkata Kampus UMS Kota Kinabalu merupakan Institut Pengajian Tinggi pertama menerima peruntukan bagi pelaksanaan Projek My Best Buy IPTA di Sabah.

 

BERNAMA


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.