Jabatan Pertanian Dedahkan Prosedur Permohonan myGAP

Prosedur permohonan myGAP ini dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia melalui lama facebook rasmi mereka.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Sambungan dari artikel sebelum ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP), kali ini Jabatan Pertanian ada mengeluarkan tatacara dan juga kriteria yang perlu dipenuhi untuk melayakkan saudara memohon pensijilan ini.

Kriteria Permohonan myGAP

  1. Kategori pemohon:
    • Persendirian
    • Syarikat Swasta
    • Agensi/Badan Berkanun

  2. Pemohon perlu memastikan:
    • Tanah yang diusahakan adalah sah di sisi undang-undang.
    • Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil.
    • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.
Sumber Gambar

Persediaan Permohonan myGAP

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan myGAP 1-1. Boleh didapati di:
    • Portal Rasmi Jabatan Pertanian
    • Pejabat Pertanian Daerah
    • Jabatan Pertanian Negeri
    • Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya

  2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan dengan lokasi ladang. Set dokumen yang perlu dihantar adalah:
    • Borang Permohonan myGAP 1-1
    • Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan.
    • Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewa tanah dan Surat kebenaran mengusahakan tanah.

Prosedur Permohonan myGAP

  • Permohonan – Pastikan borang permohonan beserta lampiran yang lengkap, dan memastikan ladang telah dan akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 6 bulan. Ini bagi memastikan sampel hasil boleh diambil untuk tujuan analisis dalam tempoh tersebut bagi mengurangkan masa menungggu untuk mendapat pensijilan.
  • Pemeriksaan tapak – dijalankan oleh pegawai teknikal bagi memastikan kawasan yang diusahakan adalah selamat, tidak berdekatan dengan sebarang punca yang boleh menyebabkan hasil tanaman tercemar, tidak menyumbangkan kepada hakisan tanah terutama di kawasan bercerun dan mempunyai sumber air yang tidak tercemar untuk aktiviti pertanian.
Sumber Gambar
  • Audit dalam dan Audit luar – bagi memastikan petani menjalankan amalan pertanian yang baik serta mematuhi keperluan pensijilan, contohnya mengutamakan pengurusan perosak bersepadu sebelum menggunakan racun. Sekiranya racun digunakan hendaklah menggunakan racun yang berdaftar, mengikut syor yang ditetapkan pada label, bekas racun di lupus dengan cara yang betul dan lain-lain.
  • Analisis racun perosak, logam berat dan mikrobiologi – bagi memastikan hasil pertanian yang dikeluarkan adalah selamat dimakan.
- Iklan -

  • Kelulusan Pensijilan – akan diberikan sekiranya pengusaha telah lulus semua peringkat pemeriksaan tapak, audit dalam, audit luar dan analisis sampel.
  • Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 3 bulan
Sumber Gambar

Tempoh Sah Laku Sijil myGAP

Tempoh sahlaku pensijilan myGAP adalah selama dua (2) tahun, dan Jabatan Pertanian akan membuat pemantauan secara berkala sekurang-kurangnya satu tahun sekali.

Pemilik sijil myGAP boleh membuat permohonan pembaharuan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku, dan sijil pembaharuan akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, pengiktirafan myGAP boleh ditarik balik sekiranya tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh, ladang gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan dalam tempoh dua tahun, menyalahgunakan sijil dan logo myGAP dalam apa jua cara.

Kelebihan Pensijilan myGAP

Terdapat banyak kelebihan dengan melaksanakan amalan pertanian baik dan mendapatkan pensijilan myGAP antaranya

  1. Meningkatkan produktiviti melalui pengurusan ladang yang lebih sistematik.
  2. Memperbaiki kualiti produk atau hasil daripada ladang memandangkan setiap proses perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang betul dan berhemah.
  3. Pengusaha-pengusaha ladang yang mendapat pensijilan myGAP ini lebih mudah untuk meneroka pasaran luar negara kerana semakin banyak negara pengimport pada masa kini juga mengutamakan dan mensyaratkan pensijilan myGAP bagi tujuan eksport ke negara mereka, contohnya negara China yang telah mensyaratkan eksport sarang walit dan durian yang memperolehi myGAP.


Urus setia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, Wisma Tani, Lot 4G2,
No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
No. Tel : 03-8870 3448
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : mygapmyorganic@gmail.com


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Jabatan Pertanian Malaysia

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.