Lihat Warga Australia Ini Bersorak Keriangan Kerana Hujan Lebat Di Australia

Hujan lebat di australia meredakan kebimbangan peladang dan penternak.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Sekian lama kemarau panjang di Australia sejak tahun lepas, baru-baru ini hujan lebat turun di bumi Australia sekaligus meredakan kebimbangan penternak dan petani di sana.

Air merupakan sumber penting dalam memastikan kelangsungan sektor perladangan mahupun penternakan.

Kesan Kemarau Australia

Banyak kesan yang besar pada warga Australia akibat dari kemarau ini, antaranya:

  1. Psikologi kanak-kanak yang kurang masa untuk beriadah atau aktiviti diluar.
  2. 10,000 unta dikatakan akan dibunuh kerana tindakan agresif haiwan tersebut ‘bersaing’ dengan manusia dalam mendapatkan sumber air.
  3. Ribut debu yang melanda beberapa kawasan, yang melumpuhkan pelbagai aktiviti masyarakat di luar.

Semalam terdapat satu gambar yang menunjukkan keadaan ribut debu yang melanda Australia ini. Betapa besar dan tebal ribut tersebut sehingga menyebabkan segala aktiviti di luar rumah terpaksa dibatalkan. 

- Iklan -

Sumber Gambar
Sumber Gambar

Malaysia Di Penghujung Monsun Timur Laut

Di Malaysia, Jabatan Meteorologi ada mengeluarkan amaran keadaan cuaca yang agak kering bermula pertengahan Januari 2020 sehingga penghujung Mac 2020.

Monsun Timur Laut

Ini berikutan Malaysia sedang berada di penghujung Monsun Timur Laut yang merupakan satu tempoh berlaku kurangnya taburan hujan di seluruh negara.

Jimatkan penggunaan air, guna dengan cermat. Semoga semua selamat.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Jabatan Meteorologi Malaysia Astro Awani

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.