MAHA 2020 Diadakan Secara Hibrid (Maya & Fizikal)

MAHA 2020 bakal dianjurkan secara hibrid berikutan pandemik covid-19.

- Iklan -

- Iklan -

Penganjuran pameran Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 ini dilaporkan bakal dianjurkan buat secara hibrid berikutan pandemik Covid-19.

Perlaksanaan secara hibrid ini bermaksud, ada dua kaedah iaitu secara atas talian (maya) dan juga fizikal.

- Iklan -

Namun, secara fizikal ini hanya terhad kepada mereka yang diberi jemputan sahaja dan perlu mematuhi garis panduan atau SOP yang akan disediakan oleh pihak penganjur.

MAHA 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020 secara hibrid iaitu fizikal dan maya (atas talian). Pihak Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi tujuan penganjuran MAHA 2020,” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan.

Dalam pada itu, YB Menteri turut menjelaskan perlaksanaan garis panduan tersebut akan diperhalusi dan dibincangkan dalam Mensyuarat Jawatankuasa Teknikal.

- Iklan -


Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.