Lihat Teknologi Kryogenic Bagi Tujuan Eksport Buah Durian Sejuk Beku

Teknologi kryogenic ini membantu mengeksport buah durian sejuk beku ke negara China dan lain-lain.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Negara China dan Hong Kong merupakan antara negara-negara yang mengimport masuk Durian yang ditanam di Malaysia.

Bagi tujuan membawa keluar hasil tanaman ini, terdapat beberapa protokol dan SOP yang perlu dipatuhi bagi memastikan kualiti buah kekal pada tahap optimum.

Protokol Buah Durian Sejuk Beku

  1. Produk perlu bebas dari penyakit dan perosak.
  2. Ladang yang terbabit terdiri dari senarai ladang yang memenuhi kriteria Pensijilan Amalan Pertanian Baik (myGAP).
  3. Fasiliti sejuk beku pada suhu -80 sehingga -100 darjah celcius selama sekurang-kurangnya 1jam, yang diiktiraf oleh General Administration of Custom China (GACC).

Ciri-ciri Buah Durian Yang Boleh Disejuk Beku

- Iklan -

Tidak semua buah durian yang boleh disejuk beku, hanya yang terpilih dan berkualiti sahaja yang akan diteruskan melalui proses kryogenic ini. Ciri-ciri buah durian bagi tujuan sejuk beku ini antaranya seperti:

  1. Baik
  2. Tidak pecah
  3. Gred A (Bulat)
  4. Tidak terjejas dengan masalah serangan perosak di ladang

Kesimpulannya, sangat penting dalam mematuhi Amalan Pertanian Baik (myGAP) bagi tujuan pengeksportan. Bukan sahaja hasil berkualti, alam sekitar terjaga dan pengusaha serta pekerja juga kekal sihat dan bebas dari risiko penyakit dan sebagainya.

Lihat artikel kami berkaitan myGAP di bawah:


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber RTM 1

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.