Latihan Industri Cilibangi

Permohonan Menjalani Latihan Industri Cilibangi

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Kerajaan di peringkat Sijil, Diploma atau Sarjana Muda boleh memohon untuk menjalani Program Latihan Industri di Jabatan Pertanian Negeri Perak dengan syarat memenuhi bidang pengajian seperti dibawah :-

Bidang Pengajian Yang Berkaitan:
1. Sains Pertanian
2. Sains Hortikultur
3. Sains Perniagaantani
4. Sains Bioindustri (Pertanian)
5. Pengurusan Perladangan Makanan
6. Sains Biologi
7. Sains Bioteknologi

Panduan Latihan Industri

  1. Mengisi Borang Permohonan Menjalani Latihan Industri melalui borang di bawah.
  2. Lampirkan Surat Pengesahan Menjalani Program Latihan Industri daripada IPT.
  3. Lampirkan Resume dan gambar warna berukuran passport.
  4. Pelajar perlu menghantar satu salinan Laporan Latihan Industri kepada Cilibangi setelah tamat latihan.
  5. Rumah penempatan pelajar latihan industri disediakan di Ladang Pendidikan Serotech Sdn. Bhd.

Saya sudah baca dan menerima polisi privasi*

Langgan artikel terbaru di email secara percuma!