Lihat Kreativiti Pekebun Ini Tulis Memo Elak Betik Dicuri

Tulislah apapun, kalau nak hilang memang tetap akan hilang. Moga bertabah.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Memang banyak ragam dalam dunia pertanian ini, terutama sekali bagi mereka yang menanam tanaman secara kecil-kecilan di halaman rumah.

Ada yang hadapi masalah pokok kuning seperti tidak cukup baja, tetapi tidak tahu nak buat apa dengan pokok tersebut. Takut disangkakan kurang baja, tetapi disebabkan oleh penyakit.

Kali ini berkaitan buah betik yang sering hilang. Penat menunggu buah tersebut membesar sebelum sedia dituai, tiba-tiba hilang dari radar.

Puan Rozita Khodi berkongsi beberapa foto yang mencuit hati berkenaan buah betik yang dilabel dengan pelbagai catatan peringatan. Pokok betik ini ditanam oleh tuan kedai berhampiran tempat beliau bekerja.

Apabila ditanya kenapa, jawapannya terpaksa menulis begitu setelah berulang kali menghadapi cabaran buah hilang tersebut.

Betik hilang punya pasalSumber Gambar
- Iklan -

Seperti biasa apabila diserahkan kepada netizen, mesti macam-macam cadangan lagi ditambah. Mungkin mereka juga menghadapi masalah yang sama sebelum ini.

Sumber Gambar

Dalam masa yang sama ada juga yang mempersoalkan dimana betik tersebut ditanam. Masuk akal juga apa yang saudara ini katakan. Memang tidak boleh nak kata lebih-lebih.

Apa pun sebenarnya kes ini boleh berlaku atas banyak faktor, tanam atas tanah rizab, tanah terbuka atau umum. Jadi mungkin ada yang sangka tiada salah untuk memetik hasil tersebut.

Pada pendapat penulis memang tak salah memetik hasil tersebut, namun apa salahnya jika kita meminta izin. Bukankah lebih harmoni begitu.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.