Live Video Cara-cara Membuat Foliar Bio-Booster

Bahan-bahan organik yang digunakan semula dan bermanfaat pada pokok.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

EM (Plant Booster) ini sangat mudah disediakan. Bukan sahaja mudah, bahan-bahan yang digunakan juga adalah daripada bahan yang kita jadikan makanan.

Lebih selamat dan yakin kan.

Bio-Booster dan Plant Booster adalah produk yang sama, cuma di Cilibangi, kami menjenamakan semula sebagai Bio-Booster. Dengan membuat pati Bio-Booster ini, hanya buat sekali, boleh guna berkali-kali.

- Iklan -

Hanya dengan penggunaan bahan yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang kecil seperti berikut:

Bahan-bahan penghasilan plant booster:

  1. Gula merah (1kg)
  2. Belacan(0.5kg)
  3. Nanas (1kg)
  4. Telur(10 biji)
  5. Air (20L)
  6. Susu segar atau susu tepung (2L@kg)
  7. Pisang (1kg)
  8. Betik (1kg)
  9. Labu (1kg)
  10. Kangkong (1kg)
  11. Ragi (5 biji)
  12. Pati Bio-Booster (250ml)

Kaedah Pembuatan Bio-Booster:

Langkah 1: Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang, betik dan kangkong perlu dikisar halus.

Langkah 2: Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, gula merah dan air.

Langkah 3: Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam satu bekas kemudian dikacau.

Langkah 4: Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm, panjang 5-6cm dan lebar 2-3 cm diletakkan dipermukaan media bahan yang telah dicampur, tambah 250ml Pati Bio-Booster ke dalam bekas.

Ini bertujuan meningkatkan kadar pemprosesan pati dan menggandakan bilangan mikrob yang sudah sedia ada. Akhir sekali ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas permukaan labu atau media.

Langkah 5: Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan peram selama seminggu.

Produk ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis.

Langkah 6: Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman.

BACA: Wanita Ini Berkongsi 3 Kaedah Mengawal Afid Secara Organik

Aplikasi pada tanaman:

Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan di lapangan dan kecairan mengikut sukatan seperti dibawah;

  1. Melon
    1. Minggu 1-2 (15ml/1Liter air)
    2. Minggu 3-5 (20ml/L)
    3. Minggu 6-10 (30ml/L)
  2. Tomato
    1. Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
    2. Minggu 3-5 (15ml/L)
    3. Minggu 6-8(20ml/L)
    4. Minggu 9 keatas (25ml/L)
  3. Cili
    1. Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
    2. Minggu 3-5 (20ml/L)
    3. Minggu 6-8 (30ml/L)
    4. Minggu 9 keatas (40ml/L).
  4. Pisang
    1. Minggu 2 ( 10ml/1 liter air)
    2. Minggu 4 (15ml/L)
    3. Minggu 8 (20ml/L)
    4. Minggu 10 (25ml/L)
    5. Minggu 12 ke atas hingga matang (30ml/L) setiap bulan.

*Semua kaedah pembajaan dan kawalan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian.

Baca artikel panjang berkenaan kelebihan dan asal usul Bio-Booster di Cara-cara Buat Plant Booster Organik Di Rumah.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi Jabatan Pertanian Malaysia

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Nur Hayati berkata

    Tuan, sedikit soalan..
    1) jika mentenai benih kecilan di rumah, bila sesuai dimulakan kawalan serangga pencegahan?
    2) perlu pakai serentak ke repellente 1 & 2 tu?
    3) bio booster perlu di campur dalam kedua2 repellente atau salah satu sahaja?

    1. Fikri Mastor berkata

      Cik Puan Nurhayati yang dihormati,

      1. Pada peringkat semaian, bermula pada hari ke tujuh kita sudah mula menyembur kawalan serangga. Setiap minggu perlu disembur sekurang kurangnya sekali.

      2. Tidak. Kita perlu buat penggiliran. Setiap minggu kita perlu sembur dua kali. Jadi setiap semburan perlu diselang seli.

      3. Bio booster perlu dicampur bersama Repellente 2.