Segalanya Berkaitan Cili

Video Cara-cara Memasang Mini Fertigasi Di Rumah

Sistem siraman pokok secara automatik dan teratur.

Tiada lagi kerisauan pokok tidak bersiram dengan sistem fertigasi. Semuanya sudah diaturkan mengikut program yang telah ditetapkan.

0
- Iklan - - Iklan -

Sistem ini mampu memudahkan pengurusan tanaman Tuan dan Puan di rumah. Dalam tempoh 1 jam, Tuan dan Puan akan dapat menghasilkan sistem siraman yang dilengkapi dengan elemen pembajaan.

Urusan kerja di luar kawasan dan pulang bercuti di kampung tidak terganggu. Saudara dan keluarga dapat fokus pada percutian. Tiada kerisauan pokok di rumah tidak bersiram apabila saudara bercuti.

Mudah dan efektif kan. Berikut saya sertakan panduan video cara-cara memasang mini fertigasi ini.

Untuk makluman, ada dua video yang berasingan. Ini bagi mengelakkan Tuan dan Puan keliru dengan setiap komponennya. Sebarang persoalan boleh diajukan di ruangan komen atau isi borang di sini.

- Iklan - - Iklan -

Video Pemasangan Sistem Tangki Mini Fertigasi

Video ini bakal menerangkan pemasangan sistem tangki yang ringkas dan mudah. Injap pelampung tersebut akan bersambung terus dengan punca air. Boleh guna sama ada air paip atau air bawah tanah (tube well).

Setiap kali air diisi penuh, sumber air masuk perlu ditutup. Ini bertujuan untuk mengelakkan kepekatan baja terganggu. Video ketiga nanti saya akan paparkan kaedah membancuh baja tanpa menggunakan EC Meter.

Video Pemasangan Sistem Paip & Tapak Tanaman

Video ini menunjukkan kaedah pemasangan paip fertigasi dan polibag yang disusun secara menegak. Pemasangan kaedah lain juga boleh digunakan.

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN MINI FERTIGASI

Jika polibag lebih dari 20 polibag, sangat digalakkan untuk membuat sistem yang berangka segi empat. Ini bertujuan memastikan tekanan air sekata di setiap polibag.

Susun atur paip poly 32mm HDPE dan 16mm LDPE.

Dikhuatiri jika masih menggunakan kaedah di atas akan menyebabkan tekanan air jauh berbeza di setiap polibag.

Dengan kaedah dan sistem paip di atas, kita dapat mengelakkan kadar pertumbuhan pokok yang tidak seragam. Semua pokok akan mendapat bekalan air dan baja yang sama.

Namun, di dalam gambar ini saya label penggunaan paip 32mm. Jika saudara mahu menggunakan polibag hanya sekitar 30 polibag, tidak perlu menggunakan paip 32mm. Kekalkan paip 16mm, cuma perlu ubah saiz tangki sahaja.

Video Bancuh Baja AB Tanpa EC Meter

Berikut adalah cara-cara membancuh baja AB yang sudah siap sedia untuk dicairkan.

Untuk makluman saudara, ada dua jenis baja AB yang berada di pasaran. Satu dalam bentuk cecair, dan satu lagi dalam bentuk serbuk.

Baja AB cecair ini sudah siap sedia untuk di bancuh seperti di dalam video. Namun, baja AB serbuk ini perlu dilarutkan di dalam air terlebih dahulu mengikut saiz yang ditetapkan.

Biasanya dipek dalam saiz 10L, 50L, 100L. Sebagai contoh 10L, ini bermaksud baja tersebut perlu dibancuh dengan air 10L. Jadi, saudara akan mendapat stok baja cecair yang pekat sebanyak 10L, siap sedia untuk dicairkan sebelum digunakan pada siraman pokok.

Berikut saya sertakan video melarutkan baja AB serbuk menjadi baja AB cecair.

Video Melarutkan Baja AB Serbuk Menjadi Cecair

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN MINI FERTIGASI

Untuk tempahan:

  1. Beli di laman web.
  2. PM Facebook
  3. Whatsapp
- Iklan - - Iklan -
Via Cilibangi
Anda mungkin juga berminat
Group FB Tanam Cilibangi
Komen
Sebentar...