Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Cilibangi

Pemberian baja AB fertigasi yang berjadual mampu menjimatkan kos baja dan meningkatkan penghasilan pokok mengikut usianya. Rujuk jadual siraman baja AB ini untuk

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Baja AB fertigasi ini sudah banyak diulas panjang lebar di dalam blog Cilibangi mahupun blog pertanian yang lain. Namun, dalam artikel ini saya akan ulaskan berkenaan jadual siraman baja AB, khusus untuk tanaman cili secara fertigasi.

Ada yang kata beri baja AB ini ikut usia pokok.

Ada juga yang kata beri baja AB ini selang sehari, bahkan ada yang kata setiap hari. Pasti saudara binggung memikirkan mana satu yang tepat.

Semua jawapan di atas ada sebab-sebab tertentu mengikut situasinya. Makna kata, tiada jawapan yang salah, ada betulnya.

Sebahagian elemen baja AB Fertigasi

Pertama sekali, baja AB ini adalah baja yang sempurna dengan elemen-elemen kimia yang diperlukan oleh pokok.

- Iklan -

Sebagai contoh, Nitrogen, Phosphorus, Kalium dan lain-lain memang diperlukan oleh pokok untuk pertumbuhan dan penghasilan buah yang optimum.

Ada lebih 10 elemen yang diperlukan oleh pokok, terkandung dalam baja AB ini.

Saudara boleh baca lebih lanjut di dalam artikel Fungsi Dan Kesan Elemen Nutrien Di Dalam Baja AB Fertigasi.

Di dalam pautan di atas, saya huraikan fungsi dan kesan sekiranya pokok tersebut mengalami kekurangan zat yang diperlukan. Ada simptom yang ditunjukkan oleh pokok tersebut.

2 Kaedah Jadual Siraman Fertigasi

Setiap sesi latihan kami di dalam Speed Class Fertigasi Cilibangi, kami paparkan 2 jadual siraman fertigasi yang berbeza:

  1. Kaedah Biasa
  2. Kaedah Paksa

Memandangkan baja AB ini sudah lengkap dengan elemen-elemen yang diperlukan oleh pokok, jadi peranan akar hanya terus menyerap bahan-bahan tersebut.

Ini kerana sifat baja tersebut sudah di dalam bentuk ion yang bercas positif dan negatif.

Ya, baja AB dalam sifat cecair, unsur kimianya dalam bentuk elemen yang bercas.

Namun, terdapat beberapa kekangan dalam proses penyerapan baja oleh pokok. Tidak tertakluk untuk baja AB sahaja, bahkan, untuk baja yang lain juga.

Paling penting adalah nilai pH. Seandainya nilai pH tidak menepati keperluan yang sepatutnya, saudara berilah baja banyak mana pun, tetap pokok tidak dapat menyerap nutrien tersebut.

Nilai pH yang sesuai dan optimum untuk tanaman cili adalah sekitar 5.5 – 6.5. Nilai ini adalah sedikit berasid.

Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Kaedah Biasa

Di dalam jadual di bawah ini adalah program pembajaan cili melalui kaedah biasa. Ini bermaksud, kaedah satu pokok satu polibag.

jadual siraman biasa baja AB fertigasi
Kaedah Biasa, 1 pokok 1 polibag

Bagi saudara yang masih baru untuk mengenal sistem fertigasi ini, tentu tidak memahami bagaimana untuk mengukur kadar kepekatan baja AB ini.

Di dalam artikel Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi saya ada tunjukkan cara-cara membancuhnya.

Saya Mahu Beli Baja AB

Baja AB ini terdiri daripada pelbagai unsur, dan dalam kamus kimia, lebih dikenali sebagai garam. Ya, garam seperti garam yang kita makan tu.

Set Baja AB Cilibangi 10Liter
Set Baja AB Cilibangi 10Liter

Namun, usah dicuba untuk dimakan baja AB ini, saya sekadar ingin menjelaskan perbezaan garam kimia dengan racun kimia yang kebanyakan orang tertukar dan keliru.

Dua perkara, garam kimia dan racun kimia ini adalah dua perkara yang berbeza.

Semakin tinggi garam yang dilarutkan, semakin tinggi kadar arus elektrik yang mengalir.

Ini bermaksud, semakin banyak kuantiti baja AB yang dilarutkan di dalam air, semakin tinggi bacaan arus elektrik tersebut.

↑ Garam, ↑ Bacaan EC Meter

Jadual Siraman Baja AB Kaedah Paksa

- Iklan -

Pasti saudara tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan paksa, dan apa beza paksa dengan biasa.

Begini, di dalam kaedah biasa, pokok cili ditanam 1 pokok dalam 1 polibag. Polibag tersebut pula bersaiz 16 x 16 inci.

Saiz polibag ini memang memadai untuk 1 pokok sahaja untuk tempoh 6 bulan penanaman.

Satu pokok, Satu Polibag

Namun, untuk sesetengah varieti yang mempunyai masalah ketahanan penyakit, pengusaha tidak mampu untuk tunggu lebih dari 4 bulan untuk mengutip hasil.

Ini kerana, boleh dikatakan hampir 100% pokok varieti tersebut akan mengalami simptom kerinting yang kita sedia maklum akan merencatkan pertumbuhan pucuk dan bunga baru.

Kaedah alternatif diperkenalkan, iaitu 2 pokok di dalam 1 polibag yang bersaiz 16 x 16 inci ini. Kaedah ini diberikan nama paksa kerana kita memaksa program pembajaannya.

Jika 1 ekar mampu memuatkan 5000 polibag, dalam kaedah paksa kita bakal mempunyai 10,000 pokok untuk 1 musim penanaman.

Jadual berikut adalah kaedah pembajaan paksa, 2 pokok 1 polibag:

Kaedah Paksa, 2 pokok 1 polibag

Saudara boleh perhatikan perbezaan pada peringkat awal proses pindah tanam lagi. Jika kaedah biasa, kita memberi baja pada kadar 1.8, namun untuk kaedah paksa kita tingkatkan menjadi 2.0.

Dan seterusnya, akan meningkat mengikut usia pokok. Jadual ini perlu ditampal dikawasan kerja untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan akibat lupa hari yang tepat.

Alat kerja yang wajib ada bagi orang yang baru memulakan program fertigasi ini adalah EC Meter.

SAYA MAHU TEMPAH EC METER

BACA: Cara Bancuhan Baja AB Menggunakan EC Meter

Info Tambahan

Kaedah penyiraman fertigasi ini adalah bersifat automatik. Ini kerana sistem pam air tersebut dikawal oleh timer yang diprogramkan.

Team Cilibangi biasanya akan membuat pembahagian air baja. Ini bermaksud bukan sepanjang hari air baja diberikan pada pokok.

Kami selang selikan air baja dengan air kosong. Maksud air kosong itu, tiada kandungan baja dibancuh di dalam tangki tersebut.

Siraman Air Baja & Air Kosong

Namun, sistem ini sesuai bagi mereka yang mempunyai 2 tangki untuk satu sistem fertigasi. Berikut adalah jadual siraman baja AB dan air kosong.

Rujuk jadual di bawah untuk contoh masa siraman yang kami tetapkan. Jadual dibawah merujuk kepada sistem 1 air baja fertigasi sahaja. Air kosong diberi pada hari sabtu dan ahad sepenuhnya.

Masa SiramanSiraman Input
8.00 PagiAir Baja
10.00 PagiAir Baja
12.00 Tengah HariAir Baja
2.00 PetangAir Baja
4.00 PetangAir Baja

Manakala, jadual di bawah pula adalah contoh bagi mereka yang mempunyai sistem 2 tangki air, satu tangki untuk air baja, satu lagi untuk air kosong.

Masa SiramanSiraman Input
8.00 PagiAir Baja
10.00 PagiAir Baja
12.00 Tengah HariAir Baja
2.00 PetangAir Kosong
4.00 PetangAir Kosong

Jadual di atas hanya menyatakan pada jam berapa pam akan berfungsi untuk mengepam air di dalam tangki ke polibag.

Berapa bilangan minit untuk sekali siraman ini bergantung pada kekuatan pam dan bilangan polibag yang ada dalam satu-satu sistem fertigasi. Ini subjektif.

Ini dapat menjimatkan kadar pemberian baja AB dan mengurangkan kos yang diperuntukkan untuk baja AB dengan menggantikan pada semburan baja melalui foliar.

Kesimpulan

Aktiviti pengukuran baja AB ini memang bukan aktiviti automatik. Perlu mengikut jadual dan mempunyai pemantauan yang rapi.

Jika tidak, kos baja AB akan meningkat.

Pastikan jadual siraman baja AB ini ditampal dikawasan kerja ya.

Seandainya saudara mempunyai sebarang pertanyaan, boleh isikan ruangan komen dibawah.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

25 Komen
  1. Manaf Khalid berkata

    Maknanya kena ada tong hitam utk supply air dan baja ya. Kalau campurkan terus larutan baja A dan B dalam 1 tong hitam yg telah berisi air dan set timer 4x sehari air bercampur baja dibekalkan terus ke polibeg boleh ke? Atau wajib kena ada 2 tong hitam..1 utk air dan 1 utk air baja? Minta pencerahan.

    1. Fikri Mastor berkata

      Memang begitu amalannya Tuan. Cuma kita perlu asingkan larutan STOK/PEKAT dalam dua tong yang berbeza dan dilabel A & B.

      Baja yang dicampurkan dalam bekas hitam tersebut adalah tujuannya untuk proses pencairan.

    2. Panji berkata

      ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ , boleh kah kongsikan cara untuk Menambah kepekatan EC BAJA dalam Tong Air Feritigasi kita?? Sebab saya masih tidak tahu nak tambah KEPEKATAN EC BAJA dalam tong air. Kerana Berdasarkan Jadual Pembajaan yang tuan Kongsikan EC akan bertambah mengikut Usia pokok.

      1. Fikri Mastor berkata

        Waalaikumussalam. Tuan Panji yang dihormati,

        Caranya adalah dengan mengukur dahulu bacaan semasa air di dalam tong fertigasi selepas proses penambahan air baharu memenuhi tong. Kemudian, tambah baja sedikit demi sedikit mengikut kadarnya sehingga mencapai bacaan EC yang diperlukan pada minggu tersebut. Video akan menyusul.

  2. Loq berkata

    Assalamualaikum..

    Saya hendak bertanya, kadar siraman 1hari adala 5x….3x air baja dan 2x air paip…rujuk pada jadual pembajaan, pokok yg berusia 1-7hari memerlukan 500ml air baja….kalau kita setkan timer 4minit persamaan 100ml utk sekali siraman dengan menggunakan pam Astro 1000, maka pokok akan menerima 300ml sahaja baja..adakah cukup utk 1hari baja utk pokok ?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam Tuan Ahmad Fuad yang dihormati,

      Berkenaan dengan sistem 3x air baja dan 2x air kosong ini, Tuan memerlukan dua tangki yang berbeza. Perlu ada pemisahan khusus, satu tangki air kosong, satu lagi tangki baja. Sistem ini diguna pakai bagi mereka yang menjalankan aktiviti penanaman komersial. Aktiviti ini berkesan dalam mengurangkan kos pembajaan, namun memerlukan penjagaan full time bagi melaraskan kedudukan valve pada sistem.

      Namun, untuk mini fertigasi, sepanjang hari kita bekalkan air baja. Tidak perlu buat pembahagian pada waktu pagi dan petang.

      Walaubagaimanapun, berkenaan persoalan Tuan adakah cukup 3 kali sahaja siraman baja pada 1 hari, jawapannya cukup. Ini kerana pokok aktif menjalankan proses fotosintesis pada waktu pagi. Menjelang tengah hari ke petang, kadar fotosintesis semakin menurun. Cukup sekadar pemberian air kosong sahaja.

    2. saravanan berkata

      salam tuan..saya baru belajar menanam pokok cili api..dan saya dah pindahkan ke dlm polybeg seminggu lps..saya mengunakan kaedah penyiraman air kosong dan pembajaan AB secara manual (menyiram)..boleh tuan mengajar saya sukatan pembajaan AB dan penyiraman air kosong secara manual..brp kali saya perlu menyiram baja AB untuk sehari..dan brp sukatannya

      1. Fikri Mastor berkata

        Untuk sukatan secara manual tuan boleh rujuk video berikut: https://www.cilibangi.com/blog/video-bancuh-baja-ab-tanpa-menggunakan-ec-meter/

        Manakala untuk jadual siraman boleh rujuk jadual di dalam artikel ini juga atau boleh buat kaedah siraman setiap pagi dan petang.

  3. francis berkata

    Tuan,

    biasanya berapa liter air baja untuk siraman bagi sepohon pokok rock melon jika mengunakan sisyem fertigasi..
    terima kasih.

  4. Steve berkata

    Salam damai. Boleh bertanya. Adakah jadual penyiraman tersebut, hari pertama selepas ditanam tu dikira dari hari penyemaian atau hari dipindahkan ke dalam polibeg?

  5. Energy Efficient Enterprise berkata

    kaedah paksa ni akan meningkat hasil tak.. misalnya 1pokok dlm 1polybeg hasilnya 2kg..2pokok dlm 1polybeg hasilnya 4kg..cikgu boleh angkarkan brp total kg sekiranya sy tanam kan 1000polibeg dgn kaedah paksa dlm satu musim 5bulan tu

  6. Azman berkata

    Salam..sya bercadang utk tanam cili 461 fertigasi sebanyak 2000 pokok, sya memerlukan baja AB dari mula tanam, berapa banyak baja digunakan utk 1 musim dan berapa kosnya. tq

  7. azlin berkata

    Salam, nak tanya…jika satu polibag memerlukan 500ml / day dan dalam satu hari jadual dijalankan sebanyak 5 kali; maksudnya setiap kali timer jalan akan mengeluarkan 100ml. Jadi..berapa lama timer diperlukan untuk setiap masa?

    Adakah setiap 4 minit akan mengeluarkan sebanyak 100ml air untuk satu polibag?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam,

      Puan Azlin yang dihormati, terlebih dahulu puan perlu ukur berapa jumlah air per minit. Sebagai contoh jika 1 min, jumlah air yang dipam adalah sebanyak 50ml, bermakna untuk mendapatkan 100ml, jumlah minit yang diperlukan adalah 2 minit.

      Kuncinya adalah bergantung kepada berapa jumlah air yang berjaya dipam dalam 1 minit. Dari situ, kita dapat buat pengiraan berapa jumlah minit yang diperlukan untuk setiap kali siraman.

      1. azlin berkata

        Tuan Fikri,

        Terima kasih, saya akan cuba test tgk berapa banyak air keluar setiap minit. 🙂

  8. Thana berkata

    Jadual baja ini sesuai untuk tanaman timun ke

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan Thana yang dihormati,

      Kurang sesuai tuan. Tempoh tanaman timun berbeza dengan cili.

  9. sham berkata

    salam boss . mcm mna nk tau cra sukatan baja ab utk 100 polibag cili besar?? stiap kli bg baja ab berapa minit tempoh dia?? . msa bila boleh mula bg baja ab??

    1. Fikri Mastor berkata

      1. Sama seperti di dalam jadual ini, tuan perlu ada EC Meter untuk tujuan tersebut. Sukatan menggunakan liter air kurang tepat terutama ketika kita ingin membuat bancuhan semula setelah air baja susut.

      2. Untuk tempoh siraman juga tuan perlu ukur keupayaan pam dan mengikut jumlah bilangan polibag yang ada. Untuk permulaan tuan boleh sukat dulu keupayaan pam mengepam air per minit. Contoh, dalam 1 minit, sistem fertigasi tuan dapat menyiram hampir 50ml per minit. Jadi, untuk minggu pertama, 1 polibag memerlukan 500ml sehari dan mengikut jadual di atas kita akan buat pembahagian siraman kepada 5 kali sehari.

      Jika 500ml dibahagikan kepada 5, bermakna setiap kali siraman kita akan siram 100ml. Jika sebelum ini tuan sudah mengukur keupayaan pam iaitu 1min bersamaam 50ml, bermakna 2 minit diperlukan untuk mengepam air untuk setiap kali siraman.

      3. Seawal 15 hari di dalam peringkat semaian sudah boleh dedahkan dengan baja AB kepada anak pokok. Boleh rujuk dalam artikel berikut: https://www.cilibangi.com/blog/teknik-pemberian-baja-ab-pada-anak-pokok-cili/

      1. Dulkipli Tamin berkata

        Assalam tn…sya ada tanam 100pb timun..sya nk sukatan berapa liter air dn brapa ml baja ab utk 100pb…mf sya baru belajar hnya tanaman di kawasan rmah sja..

        1. Fikri Mastor berkata

          Waalaikumsalam, untuk tanaman fertigasi, jika tuan tiada EC Meter, saya sangat galakkan tuan dapatkan 1 unit untuk kegunaan tuan. Agak memudahkan sebenarnya jika menggunakan EC Meter ini.

          Kedua, untuk sukatan pula, kepekatan EC Meter bagi timum maksimum tidak seperti cili. Hanya 2.8 EC sahaja. Jika tuan tetap mahu mengunakan kiraan manual, saya ada buat satu video untuk tujuan tersebut, cuma kena buat kiraan sedikit. Boleh rujuk dalam link berikut: https://www.cilibangi.com/blog/video-sukatan-bancuh-baja-ab-menggunakan-penutup-botol/

  10. Gadape berkata

    Salam, nak tau kadar siraman contoh hari peertama tu 500ml maksudny 500ml tu kena bagi masa 5kali. Jadi setiap pokok cth jam 7 dapat 100ml? Mcm tu ke maksud dia? Mohon penjelasan

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Kiraan 500ml tersebut adalah betul seperti yang tuan faham, 500ml adalah untuk jumlah air 1 hari. Jadi, jika kita bahagikan kepada 5 kali siraman, bermakna, 500ml tersebut bahagi 5, akan menghasilkan 100ml untuk setiap siraman.

  11. Tuah berkata

    Assalamualaikum. Tuan. Saya tanam cili api dlm 100 polybag. Sekarang guna baja AB, siram cara manual. Usia pokok sudah 6 bulan lebih. Cukupkah sehari sekali siram baja AB? Dan seminggu berapa hari yang boleh di siram baja AB?
    Terima kasih.

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Tidak cukup tuan sehari sekali jika tuan menggunakan medium sabut kelapa. Jika tuan menggunakan medium tanah masih boleh dipertimbangkan dan dalam seminggu boleh buat setiap hari siraman baja ab bagi kaedah manual yang menggunakan tanah.

      Jika menggunakan sabut kelapa sepenuhnya, adalah perlu diberikan secara beberapa kali sehari, kerana faktor serapan air oleh sabut tidak sama dengan tanah.