Video Sukatan Bancuh Baja AB Menggunakan Penutup Botol
Selepas ini anda tidak perlu pening kepala lagi untuk mengukur kadar kepekatan baja AB di rumah.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Baja AB ini sangat sesuai berdamping dengan Electroconductivity Meter (EC Meter). Tanpa EC Meter, saudara tidak akan mampu mengukur kepekatan yang tepat ketika sesi bancuh baja AB dilakukan.
Namun, seandainya saudara belum berkemampuan atau mahu elak keluarkan kos membeli EC Meter, saudara boleh bancuh mengikut sukatan yang kami sudah ukurkan.
Cara ini sesuai bagi mereka yang mempunyai bilangan pokok yang sedikit, sekadar beberapa pokok di rumah.
Klik Sini Untuk Dapatkan Baja AB Secara Online
Skala bagi EC Meter yang kami tetapkan ini adalah berdasarkan piawaian berikut:
- 1 Penutup botol (10ml)
- Air Paip
- Bekas air (5L)
Kuantiti | Bacaan EC Meter |
10ml Air Baja AB | 1.1 |
20ml Air Baja AB | 1.8 |
30ml Air Baja AB | 2.1 |
40ml Air Baja AB | 2.5 |
50ml Air Baja AB | 2.7 |
60ml Air Baja AB | 2.8 |
70ml Air Baja AB | 3.0 |
80ml Air Baja AB | 3.2 |
Bacaan EC Meter ini boleh digunakan bagi tanaman sayuran berdaun dan sayuran berbuah.
Sukatan Baja AB Sayuran Berdaun & Sayuran Berbuah
Namun, untuk tanaman sayuran berdaun cukup sekadar 20ml iaitu bersamaan 1.8 EC. Ini kerana tanaman sayuran berdaun tidak memerlukan air baja yang pekat, cukup sekadar untuk menghasilkan daunnya.
Tanaman sayuran berbuah boleh sehingga 80ml iaitu dengan kepekatan 3.2 EC. Tentulah disebabkan faktor tanaman jenis ini menghasilkan buah yang memerlukan baja yang lebih pekat.
Berikut saya lampirkan jadual siraman dan kepekatan baja AB bagi tanaman cili.
Tanaman Menghasilkan Bunga
Pokok-pokok bunga seperti pokok bunga kertas, pokok bunga matahari, pokok air mata pengantin dan sebagainya boleh juga digunakan baja AB ini.
Tanaman yang menghasilkan bunga hanya perlu kepekatan EC yang sama seperti sayuran berdaun iaitu 1.8 EC.
Selepas ini, saudara yang mahu mencuba menanam pokok sayuran di rumah, tidak akan pening kepala bagaimana mahu mengukur kepekatan baja AB ini.
Perhatian
Bacaan baja AB ini berdasarkan sukatan yang dibuat berdasarkan formulasi baja AB Cilibangi.
Kemungkinan berlaku sedikit ralat sekiranya menggunakan jenama baja AB lain yang berada di pasaran.
Namun, perbezaannya mungkin tidak terlalu jauh.
Tularkan untuk hebahan maklumat ini kepada teman anda.
Di Mana Mahu Mendapatkan Baja AB?
Dapatkan produk Baja AB dengan 2 cara berikut:
- Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
- Pembelian di Shopee Cilibangi.
Adakah perlu siram air baja ab setiap hari pada pokok cili?berapa maksimum bacaan ec meter untuk pokok cili?
Ya, siraman baja AB diperlukan setiap hari. Disebabkan itu, sistem fertigasi sangat diperlukan. Maksimum kepekatan baja AB boleh mencapai sehingga EC 3.2.
Saya baru nak mula project sayur hydroponic.
Langsong tiada pengalaman.
Pipe dah hampir siap.
Poly tank 250 gallons ready.
Lagi apa nasihat yg tuan bolih beri.
Salam tn… Sy tnm sayur kecil-kecilan… Tepi rumah.. Sy guna kaedah siraman automatik.. Ada pokok berdaun.. Ada pokok berbuah…
Jd nk tny… Blh ke bancuhan baja AB dgn bacaan yg sama utk semua pkok… ?
Waalaikumsalam Tuan Taufek,
Untuk skala kecil-kecilan, tiada masalah jika tuan berikan baja yang sama kepekatan kepada semua pokok baik sayur berdaun mahupun sayur berbuah. Saya juga menanam sayur sayuran di tepi rumah dengan bacaan kepekatan yang sama.
Assalamualaikum,
Kepekatan baja AB dan sukatan siraman per hari yang tuan lampirkan adalah untuk 1 pokok 1 polibeg. Bagaimana pula untuk 2 pokok di dalam 1 polibeg? Apa cadangan tuan?
1) Kepekatan baja sama, tapi sukatan siraman 2 kali ganda; atau
2) Kepekatan baja 2 kali ganda, sukatan siraman sama; atau
3) Kepekatan baja dan sukatan siraman kedua-duanya digandakan.
Terima kasih.
Waalaikumsalam Tuan Ikram yang dihormati,
Berkenaan sukatan pembajaan 2 pokok ini saya sudah jelaskan dalam artikel berikut: Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Cilibangi.
Di dalam artikel tersebut mempunyai dua jadual;
1. Jadual siraman 1 pokok 1 polibag
2, Jadual siraman 2 pokok 1 polibag
Terima kasih atas respon Tn. Fikri. Cuma untuk kepastian, adakah kadar siraman (ml) per hari dalam jadual tersebut khusus untuk air baja sahaja, atau air baja + air kosong.
CONTOH : Jika kadar siraman 500 ml adakah bermaksud 500 ml air baja, atau pun 250 ml air baja + 250 ml air kosong? Terima kasih.
Kursus yang bagus Dan efektif kepada Komuniti.
Asalamualaikum tuan, Cara utk guna AB semai benih cili Dan lain guna hidroponik tuan.