Lihat Cara Mencantas Tunas Air Pokok Cili

Teknik mencantas tunas air yang sentiasa kita ulangi setiap musim penananam cili yang baru. Lihat cara mencantas tunas air di dalam artikel ini.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Di dalam siri video kali ini, kami tunjukkan pada saudara cara mencantas tunas air dan cara membuat latihan batang tunggal seperti yang saya tuliskan di dalam artikel Pemangkasan Tunas Air Pada Dahan Utama Cili (Single Stem Training).

Teknik ini bertujuan memastikan pokok cili besar dapat menghasilkan buah cili mengikut saiznya sebenar.

Selain itu, pokok yang ditanam di dalam polibag ini nampak lebih kemas dan teratur. Sejuk mata memandang.

Cara Mencantas Tunas Air

cara mencantas tunas air

Biasanya pada umur pokok 14 hari selepas tanam (HST) di dalam polibag, aktiviti pembuangan tunas air dimulakan.

Tunas air ini terletak pada setiap ketiak daun pokok cili.

- Iklan -

Kemudian setelah menjangkau usia 40-42 HST, aktiviti latihan batang tunggal (Single Stem Training) akan dilakukan dengan membuang semua daun yang berada di bawah cabang Y.

Aktiviti Selepas Buang Tunas Air

Kebiasaannya aktiviti buang tunas air ini kami lakukan pada waktu pagi, dan pada waktu petang hari yang sama kami akan mulakan aktiviti semburan kawalan serangga.

Ini bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh vektor-vektor serangga perosak.

Kawalan serangga yang kami gunakan adalah seperti Repellente 1 dan 2.

Saudara boleh baca dalam artikel berikut berkenaan perbezaan antara dua bahan ini:


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

3 Komen
  1. Junaidi mhd Yahya berkata

    Assalamualaikum..
    Sye nak tanyakan baja yg kite pakai jenis ape?
    Thanks.

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam,

      Biasa kita gunakan baja seperti Baja AB dan juga baja NPK. Tuan boleh rujuk dalam artikel berikut untuk penerangan berkenaan baja, https://www.cilibangi.com/blog/jenis-baja-pokok-cili/.

  2. Puah berkata

    Assalam, apa jadi kalau kita buat single stem training terlalu awal?