Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak
Selain teknik menanam yang betul, rutin penyemburan kawalan serangga juga perlu dititik beratkan dan berjadual.
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Alatan Menyembur
Untuk menyembur racun serangga/kulat, nozzle yang perlu digunakan mestilah mengeluarkan kabus semburan yang halus.
Ini akan memberi kesan yang menyeluruh pada permukaan yang disembur.
Kepentingan Menyembur
Selain teknik menanam yang betul, rutin penyemburan kawalan serangga juga perlu berjadual.
Bahkan, bukan sahaja berjadual, tetapi perlu dipatuhi supaya menghindarkan kehadiran musuh-musuh tanaman sayuran.
Amalkan menyembur sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dan jadualkan pada hujung minggu.
Namun, paling baik, 2 kali seminggu.
Semburan bermula dari usia pokok 33 hari sehingga tuaian hasil terakhir.
BACA: 3 Langkah Mudah Mengawal Serangga Putih Bawah Daun
Musuh-musuh tanaman tidak akan bertolak ansur, dan seharusnya semangat itu juga perlu wujud dalam diri penanam agar memastikan tanaman tersebut terpelihara daripada serangan perosak.
Aktiviti ini mampu mencegah serangan kutu, aphid, hamama dan lalat buah.
Semburan Organik & Tidak Organik
Persoalan ini menjadi tanda tanya yang hanya mampu dijawab oleh pengguna sendiri.
Pengguna yang prihatin terhadap kesihatan dan protektif dalam memastikan keselamatan anak kecil tentunya mencari alternatif dalam penggunaan racun yang mengawal serangan perosak tanaman di rumah.
BACA: Repellente 3 Menghindar Serangan Lalat Buah
Di Cilibangi, kami mengamalkan amalan tanaman yang bebas racun.
Cara Semburan Kawalan Serangga Yang Berkesan
Aktiviti menyembur ini memerlukan teknik yang betul agar bahan kawalan yang kita gunakan sentiasa pada tahap berkesan dan tidak membazir.
Semburan yang menyeluruh iaitu dengan menyembur atas dan bawah daun.
BACA: 5 Langkah Penyediaan Ekstrak Neem (Semambu), Kawal Serangga Perosak Secara Organik
Bahan kawalan ini berbeza mengikut jenama dan ramuan yang digunakan, dan sudah tentu harga juga berbeza.
Harga mahal atau murah bukan satu jaminan sesuatu produk itu berjaya dan berkesan.
Waktu semburan yang baik adalah waktu senja kerana serangga aktif pada waktu senja dan malam.
Keadaan cuaca yang baik pada waktu petang dan tidak terlalu panas, pasti kerja menyembur bukan sesuatu yang membebankan.
Awas!
Jika persekitaran rumah wujud pokok-pokok seperti belimbing, jambu air & mangga; ini adalah cabaran terbesar dalam tanaman sayuran cili.
Pada peringkat pembesaran, pokok cili tidak mempunyai masalah penyakit atau gangguan serangga jika dijaga dengan penuh kasih sayang dan menepati setiap teknik yang betul.
Cabaran perlu dihadapi pada peringkat buah, ini kerana kewujudan pokok-pokok seperti itu sebenarnya meningkatkan kebarangkalian buah cili akan busuk angkara lalat buah.
BACA: Mengapa Buah Cili Anda Jadi Busuk Sebelum Sempat Dituai
Meskipun kawalan serangga organik digunakan, tiada jaminan 100% untuk menghindar serangan lalat buah jika persekitaran tapak tanaman wujud pokok-pokok yang digemari lalat buah.
Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?
Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:
- Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
- Pembelian di Shopee Cilibangi.
Tuan,sy ada buat tanaman lada fertegrasi kt sekolah, masalah skrg ialah pakok lada skrg ni daun jadi kerinting,,apakah racun yang mujarab utk penyakit kerinting
Tuan Rozmi, kami di Cilibangi mengamalkan penanaman organik untuk kawalan serangga. Produk yang kami gunakan adalah Repellente 2, tuan boleh rujuk di Produk Cilibangi.
Bagi masalah kerinting ini, ada dua kebarangkalian. Boleh jadi disebabkan oleh penyakit virus atau disebabkan simptom kurang nutrien Calcium.
Produk yang biasa kami gunakan untuk kerinting ni, Magic CaBo. Tuan boleh google “Magic Cabo”. Ini berkesan untuk kerinting peringkat awal, mengikut pengamatan saya.
awk buat ape
Tuan apa masalah bunga dan putik gugur… Ada yg kata kekurangan calsium tapi sudah diberikan ttp jga gugur… ada masalah lain ke
Bunga gugur ini biasanya kami sembur bio-booster atau apa-apa baja organik yang berasaskan mikrob. Boleh rujuk di link berikut: https://www.cilibangi.com/blog/bunga-cili-gugur-pokok-kurang-asid-amino/
Manakala untuk calcium boron lebih kepada masalah daun yang menunjukkan simptom kekurangan baja dan juga masalah buah merekah dan rosak di hujungnya. https://www.cilibangi.com/blog/cara-sembur-calcium-boron-buah-cili-merekah/