Cara Mengawal Serangan Serangga Dengan Kawalan Repellente

Penggunaan Repellente ini sudah berjaya menyelesaikan cabaran yang biasa dihadapi oleh pekebun kecil di rumah mahupun pengusaha ladang secara komersial.

Pam Semburan 20L
1
- Iklan - - Iklan -

Serangan serangga perosak adalah biasa apabila kita sedang mengusahakan sesuatu tanaman. Baik secara kecil-kecilan di belakang rumah, apatah lagi jika secara besar-besaran untuk skala komersial.

Apa yang Cilibangi gunakan selama ini untuk kawalan serangga adalah hanya dengan menggunakan Repellente.

Repellente ini diambil daripada bahasa itali iaitu penghindar. Isi kandungan repellente ini terdiri daripada bahan-bahan semula jadi seperti ektrak minyak bawang putih, ekstrak minyak neem, cuka dan lain-lain.

Pengguna hanya perlu menyembur pada keseluruhan pokok. Sebagai langkah pencegahan, Tuan dan Puan perlu menyembur bermula dari peringkat anak pokok lagi.

- Iklan - - Iklan -

Kekerapan semburan minimum 2 kali seminggu. Biasanya di ladang Cilibangi, kami akan tetapkan hari isnin dan hari khamis untuk buat aktiviti penyemburan ini.

Paling efektif adalah semburan pada lewat petang, iaitu dalam lingkungan 5 – 7 petang. Ada juga pekebun yang buat aktiviti semburan ini pada waktu malam, selepas maghrib.

Ini kerana pada waktu malam adalah waktu serangga aktif menyerang pokok dan mencari sumber makanannya. Makhluk perosak ini juga dikenali sebagai nocturnal kerana habitnya aktif pada waktu malam.

Apa Beza Repellente 1 dan Repellente 2?

Repellente 1

Produk ini dapat mengawal serangan serangga menyerang daun seperti Belalang, Kumbang, Aphid, White Fly, Mealy Bugs, Leaf Miner, Thrips dan seumpamanya. Produk ini juga amat berkesan untuk mengatasi masalah kulat.

Sesuai untuk tanaman sayuran berdaun seperti Sawi, Bayam, Kangkung dan lain-lain.

Klik sini untuk dapatkan produk Repellente 1.

Repellente 2

Produk ini merupakan penghindar semulajadi kepada serangan kulat seperti antraknos dan lain-lain.

Selain itu ia turut berkesan mencegah serangan kulat, serangga Aphid, White Fly dan Mealy Bugs yang boleh membawa penyakit.

Sesuai untuk tanaman sayuran berdaun dan berbuah seperti cili, terung, bendi, dan lain-lain.

- Iklan - - Iklan -

Formulasi produk ini telah dikemaskini pada awal tahun 2019.

Klik sini untuk dapatkan produk Repellente 2.

Repellente 3

Produk ini berasaskan serbuk yang mengandungi fungus Beauvaria bassiana, Bacillus Thuriengiensis dan Metarzhium Anispolae.

Fungsi produk ini khusus kepada mengelakkan berlakunya serangan perosak buah seperti lalat buah dan juga larva yang gemar menyerang dan mengorek batang pokok.

Sesuai untuk tanaman sayuran berbuah yang sangat berisiko diserang lalat buah yang menyebabkan berlakunya kemusnahan dan kerugian yang besar.

Repellente 3 (70g)
Repellente 3 (70g)

Adakah Saya Perlu Kesemuanya?

Sebaiknya jika gabungan formulasi ini ada, lagi bagus. Cilibangi mengamalkan penggiliran semburan untuk setiap minggu. Biasanya pada hari isnin, kami akan membuat semburan Repellente 1. Manakala, pada hari khamis pula kami akan sembur Repellente 2.

Untuk semburan Repellente 3, kami akan menggilirkan bersama Repellente 2. Ini bermaksud, seandainya pada hari khamis minggu pertama sudah dibuat semburan Repellente 2. Maka, pada hari khamis minggu kedua pula kita sembur dengan Repellente 3.

Kemudian diulang semula penggiliran ini untuk minggu seterusnya.

Ini dapat membantu mengelakkan proses penyesuaian serangga terhadap aktiviti semburan. Pendek kata, semburan secara giliran ini mampu mengelirukan serangga.

Kesannya, serangga menjadi tidak gemar untuk wujud pada pokok. Namun, jika Tuan hanya mahu memiliki salah satu pun tiada masalah. Cuma jenis repellente yang digunakan itu perlu tepat dengan serangga yang mahu dikawal dan juga jenis tanaman yang sedang ditanam.

Group FB Tanam Cilibangi

Group FB Tanam Cilibangi

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.
Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!

Via Cilibangi

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Walter Bahad berkata

    Bagaimana cara saya bolih dapat REPELLENTE 1