Video Cara Guna PH Meter Dan Teknik Pindah Tanam Anak Pokok

Rakaman video kali ini akan memaparkan informasi berkenaan cara menggunakan pH meter dan teknik pindah tanam anak pokok cilibangi.

- Iklan - - Iklan -

Video kali ini akan menerangkan dua perkara:

  1. Cara Guna pH Meter
  2. Teknik Pindah Tanam Anak Pokok Cilibangi

Bacaan pH Dalam Pertanian

Di dalam aktiviti berkebun, pH meter adalah antara alatan yang perlu ada dalam koleksi peralatan kebun kita.

Nilai pH akan menentukan kadar penyerapan nutrient yang baik pada pokok. Seandainya, nilai tersebut tidak menepati keadaan yang sepatutnya, pokok bakal mengalami simptom kekurangan zat nutrient.

Saudara boleh baca lanjut artikel berkenaan simptom kekurangan zat nutrient di Fungsi Dan Kesan Elemen Nutrien Di Dalam Baja AB Fertigasi.

- Iklan - - Iklan -

Nilai pH yang sesuai untuk pokok cili adalah dalam lingkungan 5.5 – 6.5. Bacaan ini adalah dalam julat sedikit berasid.

Teknik Pindah Tanam Anak Pokok Cilibangi

Teknik pindah tanam ini adalah sangat penting terutama kepada mereka yang masih baru dalam aktiviti berkebun.

Penat-penat saudara semai anak pokok cili, tiba pada hari pindah tanam, pokok layu akibat tersalah teknik. Di dalam video di atas, saudara boleh terus ke minit 35.

Sebarang persoalan dan cadangan boleh ajukan di ruangan komen di bawah.

 

Live cara pembacaan pH meter dan teknik pindah tanam anak pokok cili.

Posted by Cilibangi UKM on Friday, 5 January 2018



Via Cilibangi

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.