Segalanya Berkaitan Cili

Video Teknik Latihan Batang Tunggal Pokok Cili & Bancuhan Baja AB

Latihan ini penting untuk tanaman cili besar. Ini dapat membantu pokok mengeluarkan hasil cili mengikut saiznya yang sebenar.

- Iklan - - Iklan -

Sesi live video kali ini menerangkan teknik latihan batang tunggal pokok cili. Teknik ini dilakukan dengan membuang tunas air yang tumbuh pada batang utama.

Apa Itu Teknik Latihan Batang Tunggal?

Teknik membuang tunas air ini bukanlah perkara baru. Tujuannya adalah sebagai latihan kepada pokok cili untuk menumpukan penghasilan cili besar dan panjang. Terutama pada bahagian kanopi daunnya.

Cabang ‘Y’ dan Tunas Air

Untuk tanaman cili api, tiada masalah untuk tidak membuang tunas air ini. Tidak akan memberi kesan pada saiz buahnya.

Lagipun, kita mahu bilangan cili api yang banyak. Namun, seandainya saudara mahu kelihatan kemas dan teratur, boleh latih pokok dengan teknik ini.

- Iklan - - Iklan -

Baca lanjut dalam artikelΒ latihan pemangkasan tunas pada batang tunggal (single stem training).

Teknik Bancuhan Baja AB Fertigasi

Video ini juga menerangkan sesi bancuhan baja AB. Ini fokus bagi mereka yang masih tidak memahami teknik bancuhan baja AB ini.

Mungkin berlaku salah faham dalam rakaman video kami sebelum ni. Jadi, dalam video ini saya tunjukkan cara-cara membancuh baja AB di rumah.

Kepekatan baja dan jumlah air baja ini berdasarkan jadual yang telah saya catatkan. Saudara boleh rujuk di dalam artikelΒ Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Cilibangi.

Di dalam aktiviti bancuhan ini saya gunakan:

  1. Electroconductivity Meter (EC Meter)
  2. Baja AB 500ml
  3. Air paip 5L
  4. Penyukat 10ml

Akhir Kata

Seandainya saudara masih mempunyai persoalan, boleh ajukan pada ruangan komen dibawah.

Saya akan cuba bantu menjawab persoalan sebaik mungkin.

Via Cilibangi
Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.