Lihat Cara Semaian Benih Cili Dalam Dulang Semaian

Teknik semaian biji benih yang meningkatkan kadar percambahan.


Saudara yang mahu mencuba menanam anak pokok cili di rumah selepas ini sudah mampu membuat semaian benih sendiri dengan baik. Ikut sahaja teknik semai biji benih yang sudah ditunjukkan di dalam video tersebut.

Sebelum ini mungkin tiada teknik yang tepat didedahkan, kali ini Team Cilibangi berusaha sampaikan dalam bentuk video pula.

Guna Medium Peatmoss & Rendaman Susu + Chitosan

Medium semai biji benih yang digunakan adalah daripada peat-moss. Sejenis lumut kering yang dikenali sebagai sphagum moss yang berasal daripada negara Belanda.

Maklumat lanjut berkenaan peat-moss boleh dibaca di 7 Manfaat Peat-Moss Pada Tanaman.

Chitosan atau kitozan ini mampu meransang pertumbuhan anak pokok yang sihat. Sesuai digunakan pada peringkat semaian benih.
Chitosan atau kitozan ini mampu meransang pertumbuhan anak pokok yang sihat.

Penggunaan Chitosan sebagai penggalak percambahan dan susu tepung digunakan dalam aktiviti rendaman benih cilibangi.

Disamping itu juga, rendaman ini mampu mencegah serangan patogen yang berbahaya dan penyakit bawaan benih.

Kenapa Semaian Benih Cili Perlu Dibuang Sebahagiannya?

Ada sebahagian biji benih yang gagal bercambah jika kita tetap meneruskan aktiviti semai biji benih tersebut. Saudara mungkin pernah menghadapi masalah percambahan benih yang tidak sekata.

- Iklan -

Ada yang bercambah, ada yang tidak. Purata percambahan sedikit, jadi banyak lompong wujud pada beberapa lubang di dulang semaian.

Tapis biji benih yang sudah direndam semalaman.

Hanya perlu asingkan benih yang timbul selepas direndam minimum 6 jam sahaja. Maksimum rendaman 12 jam, lebih daripada itu sangat tidak digalakkan.

Kesan buruk akan berlaku pada peringkat percambahan benih jika tempoh rendaman lebih daripada itu. Usah membazir benih dalam aktiviti semaian ini, biar bagi jadi.

Bagi mereka yang baru hendak belajar aktiviti semai dan percambahan benih ini pasti rasa kecewa seketika. Jadi, pastikan sebelum kita pindahkan dalam peatmoss atau medium semaian, kita asingkan benih yang timbul.

Aktiviti ini biasanya saya galakkan pada waktu pagi.

Like dan Share untuk sebarkan maklumat semai ini kepada teman anda. Lihat panduan semaian bergambar di pautan berikut:

- Iklan -

- Iklan -


Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.