Video: Cara Bancuhan Baja AB Menggunakan EC Meter

Di dalam artikel ini, saudara akan belajar bagaimana untuk menggunakan pekatan stok baja AB yang telah dilarutkan untuk disiram pada tanaman dengan menggunakan EC Meter.

- Iklan - - Iklan -

Di dalam artikel ini, saudara akan belajar bagaimana untuk menggunakan pekatan stok baja AB yang telah dilarutkan.

Perlu diingat, setiap pekatan stok baja AB yang dibancuh daripada serbuk, dan diasingkan ke dalam dua tong/botol yang berbeza ini adalah stok yang pekat.

Ini bermaksud, larutan stok baja AB ini bukan untuk terus dihabiskan atau disiram terus pada pokok.

Saudara perlu larutkan atau cairkan ke dalam 1 tong yang berisi air kosong, sebelum menyiram pokok tanaman saudara.

- Iklan - - Iklan -

Saya ulang semula penulisan saya di dalam Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi, kesilapan dalam membancuh baja AB ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan, sama ada:

  1. Simptom pokok kekurangan baja, disebabkan terlalu cair membancuh air siraman.
  2. Simptom pokok terlebih baja, disebabkan terlalu pekat dalam bancuhan air siraman.

 

Sebelum kita menyiram pokok dengan cairan baja AB, kita perlu kenal pasti dua perkara:

  1. Berapa usia semasa pokok
  2. Berapa kadar air yang digunakan sehari untuk setiap pokok

Jika anda hanya menanam secara kecil-kecilan di rumah, dan tidak memerlukan sistem pemasa (timer), tambah pula menggunakan medium tanah, maka kadar air siraman yang digunakan tidak sama dengan sistem fertigasi yang menggunakan medium sabut kelapa yang menggantikan penggunaan tanah.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. shuibibr berkata

    Bising. Cuba ubah lokasi utk buat rakaman.