Teknik Pemberian Baja AB Pada Anak Pokok Cili

Proses semaian adalah proses yang paling asas dan menentukan berjaya atau pun tidak saudara menanam sesuatu jenis tanaman.

Rendaman selama 3-5 minit.
0
- Iklan - - Iklan -

Proses semaian adalah proses yang paling asas dan menentukan berjaya atau pun tidak saudara menanam sesuatu jenis tanaman.

30 hari, tempoh yang diperuntukkan untuk anak pokok cili menjadi matang sebelum boleh dipindahkan ke dalam polibag. Kebiasaannya, pada umur pokok 30 hari selepas semaian ini, kita dapat perhatikan anak pokok mempunyai 6 ke 8 daun, termasuk daun benih.

Teknik Semaian Benih Cili

Jika saudara masih tidak jelas bagaimana cara yang sesuai untuk melakukan teknik semaian yang betul, boleh rujuk di dalam artikel Cara-cara Menyemai Benih Cili Dalam Dulang Semaian.

Saudara juga boleh rujuk Video Semai Benih Cili Dalam Dulang Semaian untuk langkah demi langkah teknik semaian yang kami amalkan dalam setiap aktiviti penanaman.

- Iklan - - Iklan -

Ok, selepas semua proses percambahan berjalan lancar, saudara sepatutnya akan melihat tunas-tunas baru pada permukaan peatmoss di dalam dulang semaian seperti berikut:

Benih Cilibangi Bercambah

Biasanya paling cepat kita boleh nampak percambahan tersebut berlaku seawal 5 hari selepas semai. Jika tiada apa-apa perubahan pada 5 hari, pada hari ke-7 sepatutnya sudah bercambah.

Jika masih tiada juga kesan percambahan, barangkali ada beberapa teknik semaian yang kita tidak lakukan atau memang masalah berpunca daripada kualiti benih.

Pembajaan Baja AB Anak Pokok Cili

Ada persoalan yang saya dapati kerap ditanya, 

Macam mana cara pembajaan anak pokok cili dengan baja AB?

Kesilapan pemberian baja AB yang dilakukan pada peringkat anak pokok ini biasanya ada dua:

  1. Kepekatan yang tidak sesuai
  2. Kaedah pemberian, melalui semburan atau siraman

Untuk perkara 1, anak pokok cili sebenarnya tidak memerlukan baja pada peringkat awal. Ini kerana medium peatmoss yang kita guna sudah mempunyai sedikit nutrien.

Namun, apabila umur pokok mencecah 15 hari selepas semai, kita sudah boleh mula dedahkan anak pokok dengan baja AB. Hanya pada waktu pagi sahaja pemberian baja AB dibuat.

Pada waktu petang, kita hanya berikan air kosong sahaja. Berkenaan kekerapan, pemberian baja AB ini boleh dibuat bermula hari 15, setiap hari sehingga sebelum hari pindah tanam.

Bermakna bermula hari 15 sehingga pokok berumur 30 hari, setiap pagi kita berikan baja AB ini.

Kadar Kepekatan Baja AB

Bagaimana pula dengan kaedah pemberian air baja AB tersebut? Melalui semburan atau rendaman?

Bermula hari selepas percambahan sehingga umur pokok mencapai 14 hari, siraman air kosong setiap pagi dan petang akan dilakukan. Boleh gunakan air paip dengan syarat menggunakan semburan kabus seperti berikut:

Siraman air kosong pagi dan petang, setiap hari sehingga umur pokok 14 hari.

Namun, selepas pokok mencecah usia 15 hari, pemberian air baja AB sudah boleh didedahkan kepada anak pokok dengan kadar kepekatan yang saya kongsikan dalam jadual di atas.

Teknik Pemberian Baja AB Anak Pokok Cili

Jadi, pemberian baja AB ini perlu diberikan terus kepada zon akar. Bermakna tidak boleh diberikan secara semburan seperti kaedah siraman air kosong di atas.

Saudara perlu sediakan kolam takungan seperti gambar berikut:

Kami hanya gunakan apa yang ada iaitu:

  1. Atap zinc
  2. 4 batang kayu yang siap dipotong ikut ukuran
  3. Plastik Silvershine

Kaedah rendaman ini lebih selamat dan tidak menyebabkan kerosakan pada daun anak pokok cili. Pastikan ketinggian aras air tersebut hanya separuh sahaja daripada ketinggian dulang semaian.

Hanya perlu buat rendaman selama 3-5 minit untuk setiap dulang. Air baja tersebut akan diserap oleh peatmoss melalui lubang dulang semaian yang berada di bawah.

Boleh lakukan pemberian air baja ini pada setiap pagi dan setiap hari bermula hari ke-15 sehingga sebelum pindah tanam atau selang seli, hari ini baja, esok air kosong.

Pada waktu petang hanya buat semburan air kosong sahaja.

Mudahkan? Seandainya saudara mendapati artikel ini sangat bermanfaat, kongsikan bersama-sama teman anda.

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.