7 Manfaat Peat-Moss Pada Tanaman

Kebiasaan dalam amalan menanam, benih tersebut kita terus tabur pada permukaan tanah. Tanpa perlu menunggu proses percambahan sebelum dipindahkan ke medium tanaman.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Peat-Moss
Peat-Moss

Kebiasaan dalam amalan menanam, benih tersebut kita terus tabur pada permukaan tanah. Tanpa perlu menunggu proses percambahan sebelum dipindahkan ke medium tanaman.

Namun, cabaran yang dihadapi adalah kebarangkalian benih yang ditabur ada yang tidak bercambah. Pastinya, permukaan tanah yang ditabur benih tadi pasti mempunyai lompong-lompong kosong.

Peat-moss ini mempunyai struktur yang gembur dan seakan lumut yang kering. Ya, peat-moss adalah sejenis lumut yang mereput yang banyak digunakan dalam amalan penanaman.

Lumut yang dimaksudkan adalah jenis Sphagum yang sesuai hidup dalam iklim sejuk. Ia amat sesuai digunakan semasa proses semaian benih, menanam pokok, sebagai campuran medium tanaman rumput.

Lumut Sphagnum
Lumut Sphagnum

Adakah Peat-moss Ini Organik?

Semestinya organik, ini kerana peat-moss dihasilkan secara besar-besaran daripada tumbuhan semula jadi dan tahukah anda bahawa Belanda merupakan negara yang terbesar menghasilkan peat-moss ini.

Belanda mempunyai lebih 270 ekar tanah yang menempatkan lumut Sphagnum untuk kegunaan pengusaha ladang seluruh dunia!

- Iklan -

- Iklan -

7 Manfaat Peat-moss Pada Tanaman

1. Peat-moss mampu menyimpan air dan tidak mudah kering. Oleh itu ia mampu melembabkan tanah untuk kebaikan kepada tanaman.

2. Peat-moss juga kaya dengan zat makanan kepada anak benih jika menyemai menggunakan peat-moss.

3. Boleh digunakan sebagai fertilizing bagi ladang-ladang besar atau kebun sendiri.

4. Peat-moss boleh digunakan sebagai mulsa (mulch) pada batas tanaman, ia bukan sahaja membekalkan kelembaban kerana mampu menyimpan air tetapi juga membekalkan nutrient pada tanaman.

5. Peat-moss boleh melindungi tanah daripada kekerasan disamping menambah zat makanan.

6. Mengurangkan kepadatan pada tanah liat dan mengikat pada tanah jenis berpasir. Tambah peat-moss pada batas yang mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi. Ini akan mengurangkan ikatan tanah liat menjadi tidak padat manakala tanah pasir yang terlalu berderai dapat dikurangkan.

7.  Mempercepatkan pertumbuhan akar dengan cemerlang pada tanaman.

Sumber: Tanomkinotuan


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.