6 Tips Penyiraman Apabila Anda Bercuti Panjang

Anda pasti merasa resah dan gelisah apabila terpaksa meninggalkan kebun mini di rumah yang tiada siapa lagi boleh diharapkan untuk membantu anda menyiram pokok kesayangan.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Anda mungkin salah seorang yang terlibat dengan tuntutan kerja luar untuk tempoh masa yang panjang.

Sudah pasti merasa resah dan gelisah apabila terpaksa meninggalkan kebun mini di rumah yang tiada siapa lagi boleh diharapkan untuk membantu anda menyiram pokok kesayangan.

 

BACA: Bagaimana Sistem Fertigasi Berfungsi

 

Bersama ini disertakan infografik berkenaan tips penyiraman apabila anda bercuti panjang atau bekerja di luar kawasan. Tips ini sangat sesuai untuk pelbagai jenis tanaman hiasan mahupun sayuran yang ada di kawasan rumah anda.

 

- Iklan -

Tips Siraman Apabila Bercuti Panjang Cilibangi
Tips Siraman Apabila Bercuti Panjang Cilibangi
 

Tips Penyiraman Apabila Bercuti Panjang

  • Tumbuhan jenis Cacti dan sakulen perlu diletakkan di tempat teduh dan disiram terlebih dahulu sebelum keluar bercuti.
  • Sediakan DIY miniature greenhouse dengan menutup pasu menggunakan plastik. Pastikan plastik tidak tersentuh pada pokok.
  • Gunakan ‘Humidity tray’ atau letakkan lapisan batu di dalam Loyang dan diisikan air sehingga paras batu. Kemudian letakkan pasu di atas lapisan batu.
  • Basahkan keseluruhan tuala atau kain guni sepenuhnya. Lipat tuala mengikut saiz keperluan dan susun pasu di atas tuala tersebut.
  • Sediakan sistem pengairan pokok automatik. Letakkan selembar nylon cord sebagai penyambung dari bekas berisi air ke dalam pasu. Letakkan bekas air ini bersebelahan dengan pasu.
  • Lakukan penanaman semula menggunakan diapers sebelum keluar bercuti. Letakkan lapisan lampin pakai buang di bahagian bawah pasu sebelum diletakkan tanah bagi mengekalkan kelembapan tanah di dalam pasu.

Anda pasti bersedia fizikal dan mental untuk tuntutan kerja anda apabila cabaran di rumah dapat diselesaikan. Bagi yang berminat untuk mengetahui sistem siraman automatik anda boleh teruskan pembacaan di Bagaimana Sistem Fertigasi Berfungsi.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.