Fungsi Dan Kesan Elemen Nutrien Di Dalam Baja AB Fertigasi

Unsur garam di dalam baja AB fertigasi ini dibahagikan kepada dua, iaitu unsur makro dan unsur mikro. Unsur makro ini diperlukan banyak oleh pokok, manakala unsur mikro ini hanya diberikan sedikit kepada pokok berdasarkan keperluannya.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Ada beza baja yang digunakan secara konvensional dan baja AB fertigasi yang biasa dalam sistem fertigasi.

Dalam amalan tanaman konvensional, baja yang biasanya digunakan adalah baja dalam bentuk butiran atau biji.

Biasa kita jumpa dijual di pasaraya. Ada yang berwarna merah, hijau, biru, putih dan sebagainya.

Setiap pek ada sukatan dan nisbah NPK tersendiri. Sebab tu secara umumnya, masyarakat menyebut baja NPK.

NPK Pertumbuhan dan NPK Buah ini saya ada cerita dalam link artikel di bawah.

- Iklan -

BACA: 3 Jenis Baja Yang Sesuai Untuk Penanaman Pokok Cili di Rumah

Kenapa disebut NPK?

NPK adalah mewakili abjad bagi unsur bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam baja tersebut.

N : Nitrogen

P : Phosphate / Fosforus

K : Kalium / Potassium

Isi Kandungan Baja AB Fertigasi

Dalam baja fertigasi, masih juga terkandung unsur NPK. Namun, terdapat unsur tambahan yang terkandung dalam dua set baja tersebut.

  1. Nitrogen
  2. Fosforus / Phosphate
  3. Kalium
  4. Magnesium
  5. Sulfur
  6. Kalsium
  7. Boron
  8. Zink
  9. Ferum
  10. Mangan
  11. Molibdenum

Unsur garam di dalam baja AB dibahagikan kepada dua, iaitu unsur makro dan unsur mikro. Unsur makro ini diperlukan banyak oleh pokok, manakala unsur mikro ini hanya diberikan sedikit kepada pokok berdasarkan keperluannya.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan setiap unsur yang digunakan dan kesannya kepada pokok. Di samping itu, di dalam artikel ini juga boleh menjawab persoalan;

Bolehkah baja NPK yang dijual di kebanyakan pasaraya, berbentuk granul ,dihancurkan dan dibancuh di dalam larutan air, dan disiram pada pokok sebagai alternatif baja AB?

Jika saudara mahu mengetahui setiap berat unsur yang ditimbang untuk membentuk satu set baja AB Fertigasi, perkara tersebut saya akan terangkan di dalam artikel seterusnya.

Unsur MakroUnsur Mikro
1. Nitrogen1. Boron
2. Phosphate2. Zink
3. Kalium3. Ferum
4. Magnesium4. Mangan
5. Sulfur5. Molibdenum
6. Kalsium 

Unsur Makro

Nitrogen (N)

Nitrogen sangat diperlukan dalam kitaran hidup seharian pokok. Ini kerana, nitrogen adalah unsur penting dalam pembentukan protein, yang memberi peranan dalam proses pertumbuhan pokok dan pembentukan hasilnya.

Sebelum baja AB ini diperkenalkan, kebanyakan petani menggunakan baja urea yang sangat tinggi kandungan nitrogen iaitu hampir 46%.

Nitrogen juga membentuk ammonium hasil gabungannya bersama elemen hidrogen.

Sumber nitrogen ini diambil daripada tanah dalam bentuk nitrat (NO3), ammonium (NH4+) atau kombinasinya dengan beberapa kombinasi metabolisme (proses di dalam tanaman) karbohidrat yang membentuk asid amino dan protein.

Selain menjadi bahan penting dalam membentuk protein, Nitrogen juga berfungsi sebagai penggerak dalam pertumbuhan tanaman. Tanpa nitrogen, pelbagai simptom yang dapat kita kenal pasti menjadi punca pokok tidak membentuk dengan sempurna.

Gejala-gejala yang menunjukkan pokok menghadapi kekurangan nitrogen adalah:

  1. Pokok kelihatan kecil dan tahap kesihatannya rendah.
  2. Daunnya kelihatan hijau kekuningan serta kecil saiznya.
  3. Daun yang paling rendah seperti terbakar dan mati sebelum masanya, sedangkan daun di pucuk kelihatan masih hijau.
  4. Penghasilan yang rendah.

Fosforus (P)

Fosforus berperanan memberikan sumber tenaga kepada pokok. 0.1-0.4% fosforus diperlukan oleh pokok untuk membentuk bahan keringnya.

Sumber utama baja fosforus ini adalah daripada batu fosfat (rock phosphate). Manakala untuk mendapatkan larutan fosforus ini, proses pemanasan dan pengasidan batu perlu dilakukan.

MKP – terkandung sumber fosforus (P)

Jadi, fosforus ini sebenarnya terlibat dalam proses pokok membuat makanannya sendiri iaitu proses fotosintesis yang dikategorikan sebagai proses fisiologi di dalam tanaman.

Selain itu, fosforus juga sangat diperlukan dalam proses pemisahan sel dan pertumbuhan tanaman.

Apakah simptom yang biasa kelihatan akibat kekurangan fosforus di dalam tanaman?

  1. Pertumbuhan pokok kelihatan terbantut dan kerdil.
  2. Daun berwarna hijau pucat, ungu dan merah tua terutama dibahagian hujung dan tepi daun.
  3. Beberapa daun tanaman bewarna hijau tua kebiruan. Terutama jika unsur nitrogen juga kurang pada pokok, simptom ini akan nampak lebih jelas.
  4. Proses kematangan pokok menjadi terbantut. Pokok masih berwarna hijau, kelihatan tumbuh meninggi dan kurus.
  5. Buah tidak terbentuk atau tidak tumbuh secara normal.
  6. Proses penghasilan buah terbantut, lalu menjejaskan hasil pengeluarannya.

Kalium / Potassium (K)

Sumber unsur kalium ini banyak di lapisan bawah garam yang terdapat di laut. Di pasaran, baja kalium yang berbentuk larutan, cairan mudah larut (water soluble) ini mudah didapati dengan label Potassium Chloride atau KCl. Kandungan potassium adalah 48-60% K2O.

Dalam sel tumbuhan, kalium diperlukan sebanyak 1-4% untuk membentuk bahan kering tanaman.

Banyak fungsi kalium ini pada tanaman, antaranya menjadi agen pengaktifan 60 aktiviti enzim dalam tanaman, selain menjadi unsur penting dalam proses pembentukan karbohidrat dan protein.

Potassium Nitrate – terkandung sumber kalium / potassium.

Dengan wujudnya unsur kalium dalam tanaman, kadar air dalam tanaman dapat ditingkatkan sehingga mampu meningkatkan daya tahan tanaman terhadap tekanan, kekeringan, sejuk dan perubahan kadar garam.

Apakah kesan terhadap kekurangan unsur kalium dalam tanaman?

  1. Daun-daun menjadi kecil dan memutih, bintik-bintik kemerahan yang bermula pada hujung tepi daun dan juga kekuningan.
  2. Bahagian tepi daun yang berbintik tersebut, kemudiannya akan berubah menjadi coklat dan kelihatan seperti terbakar, lalu mati.
  3. Pertumbuhan pokok yang kerdil.
  4. Pokok tidak kuat dan mudah rebah.
  5. Buah yang terhasil menjadi kecil dan seperti ada tanda luka.
  6. Daya ketahanan pokok dan kualiti buah amat rendah.
  7. Pengeluaran hasil tanaman terlalu rendah.

Magnesium (Mg)

Kandungan magnesium agak tinggi dalam tanaman, iaitu berjumlah 15-20%. Ini berikutan magnesium banyak tersimpan dalam bahagian tanaman yang berwarna hijau seperti klorofil.

Fungsi magnesium dalam tumbuhan adalah sebagai penerima cahaya matahari, berperanan dalam aktiviti tindak balas enzim tanaman, dan proses pertukaran tenaga dalam tanaman.

Magnesium (MgO) – terkandung unsur magnesium.
- Iklan -

Apakah simptom kekurangan magnesium dalam tanaman?

  1. Pertumbuhan pokok yang terbantut kerana proses fotosintesis yang terjejas.
  2. Daun menjadi kuning pucat.
  3. Daun akan menghadapi klorosis atau warna kekuningan yang akan menghalang proses fotosintesis berlangsung. Kemudiannya, daun akan mati.

Sulfur (S)

Peranan sulfur juga sama penting seperti magnesium dan fosforus iaitu dalam proses pertumbuhan pokok. Selain itu, sulfur juga berperanan dalam pembentukan klorofil dan proses penghasilan protein.

Apa beza sulfur dan magnesium? Sulfur sebagai sumber pembentukan klorofil, manakala, magnesium disimpan di dalam klorofil untuk proses penerimaan cahaya matahari.

Apakah kesan yang akan pokok hadapi akibat kekurangan sulfur?

  1. Pertumbuhan pokok yang kecil dan kadang kala juga meninggi namun kurus.
  2. Pokok kelihatan tidak bermaya dan pucat warnanya.
  3. Simptomnya kelihatan seperti kekurangan nitrogen, namun bezanya keseluruhan pokok kelihatan kekuningan.
  4. Daun menjadi kekuningan termasuk daun yang baru tumbuh.
  5. Proses kematangan pokok terbantut.

Kalsium (Ca)

Kalsium terdapat banyak dalam bahan kering tanaman iaitu sebanyak 0.5-3%. Kalsium berperanan penting dalam pertumbuhan akar pokok dan penyusunan dinding sel.

Unsur kalsium juga sangat diperlukan pada peringkat penghasilan buah, ini kerana pada peringkat buah, jika sumber kalsium kurang, buah akan merekah dan pecah.

Namun, di dalam tanah, kekurangan kalsium jarang terjadi kerana ketersediaannya yang tinggi di dalam tanah. Namun, di dalam sistem fertigasi, menggunakan medium sabut kelapa yang menggantikan medium tanah, penggunaan kalsium di dalam baja AB sangat tinggi untuk memastikan keperluan pokok diutamakan.

Calcium Nitrate – Sumber unsur kalsium dan nitrat.

Selain itu, dengan pemberian kalsium pada pokok, meskipun sudah tersedia di dalam tanah, kalsium yang diberi bertujuan untuk meningkatkan keasidan medium.

Apakah simptom yang jelas kelihatan akibat kekurangan kalsium pada pokok?

  1. Buah akan menghadapi simptom kereputan hujung buah (Bottom End Rot).
  2. Daun di bahagian bawah pucuk menjadi hijau pucat.
  3. Daun muda menguning, kemudian menjadi hitam dan mati.
  4. Pokok kelihatan layu meskipun sentiasa disiram.
  5. Pertumbuhan akarnya yang tidak sempurna dan cacat.

Unsur Mikro

Boron (Bo)

Boron berperanan mengaturkan mekanisma yang berlaku di dalam tanaman:

  1. Meransang gula untuk menembus lapisan dinding membran sel.
  2. Mengatur pengaruh oksidasi dari kegiatan polyphenolase.
  3. Menyeimbangkan proses metabolisme ester fosfat.
  4. Meransang perluasan katalisator O-difenol dalam metabolisme sel, termasuk pembentukan oksidasi asid indoleacetic.
  5. Memangkin perkembangan sel tanaman.
  6. Membantu proses pembentukan kanji (karbohidrat kompleks).
Sumber unsur Boron (Bo)

Apakah impak yang kelihatan akibat kekurangan unsur boron dalam tanaman?

  1. Pertumbuhan tunas yang terganggu, dan batang-batang tanaman akan memendek.
  2. Daun-daun sering gugur dan berkerinting, tebal dan rapuh tanpa ada tanda-tanda kehilangan klorofil.
  3. Buahnya menjadi kecil, pertumbuhannya yang terbantut dan berlubang.
  4. Penghasilan biji yang rendah bilangannya.

Zink

Zink berfungsi dalam menagtifkan enzim enolase oksalsetik, dekarbolaise, lesitinase, sistein desulhidrase, histindeaminase dan dehydropeptidase.

Zinc Sulphate – Sumber zink dan sulfur.

Apakah tanda tanaman yang kekurangan zink:

  1. Pertumbuhan daun yang kecil.
  2. Terdapat jalur-jalur klorosis di antara urat daun.
  3. Pertumbuhan pucuk yang terbantut.

Besi (Fe)

Sescara khususnya, dalam tanaman, unsur besi berperanan mengaktifkan sistem enzim fumarin hidrogenase, katalase, oksidase dan sitokrom.

Besi juga mempunyai kaitan dengan sintesis kloroplastik protein. Jumlah keperluan besi ini bergantung pada  kewujudan jumlah unsur-unsur seperti molibdenum, fosforus, mangan dan kobalt yang bersimbiosis di dalam tanaman.

Ferum Sulphate – sumber unsur besi (ferum) dan sulfur.

Apakah tanda-tanda yang dapat dikenalpasti dalam kekurangan unsur besi:

  1. Perkembangan daun yang terhenti dan terbantut. Kemudian, daun bertukar warna menjadi putih.
  2. Mekanisme perkembangan klorofil terbantut.

Mangan (Mn)

Mangan berfungsi sebagai pengaktif sejumlah enzim terlibat dalam:

  1. phosphorylase
  2. putaran asid sitrik melalui pengaktifan enzim arginase
  3. sistein
  4. desulfihidrase
Manganese Sulphate – Sumber unsur mangan dan sulfur.

Selain itu, dalam Reaksi Hill terdapat proses yang dinamakan photochemical, unsur mangan ini turut berperanan dalam aktiviti tersebut.

Kekurangan unsur mangan dapat dilihat apabila berlakunya klorosis yang kelihatan di antara urat daun pada daun muda.

Molibdenum (Mo)

Molibdenum berfungsi untuk mengaktifkan enzim nitrat reduktase dan xanthine oksidase yang penting dalam proses fiksasi nitrogen, asimilasi, sintesis asid amino dan protein.

Ammonium Molybdate – Sumber unsur ammonia dan molibdenum (Mo).

Kekurangan molibdenum boleh dilihat pada perubahan warna kekuningan pada urat antara tulang daun, dan tanaman akan menjadi pucat serta kerdil; Simptom yang sama seperti kekurangan unsur nitrogen.

Kesimpulannya, kandungan unsur baja AB cukup lengkap dan sangat diperlukan oleh pokok. Jika diperhatikan terdapat unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah, namun perlu ditambah atas sesuatu sebab.

Namun, perlu diketahui di dalam sabut kelapa, unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah tadi tiada di dalam sabut kelapa.

Oleh kerana itu, jika saudara bertanya bolehkah baja NPK yang berbentuk granul itu di hancurkan dan dibancuh di dalam larutan air, dan disiram pada pokok, jawapan saya tidak boleh.

Bahkan, baja NPK tersebut memerlukan faktor persekitaran sebagai pengurai untuk mengurai baja tersebut menjadi unsur yang dipermudahkan dan diserap oleh pokok. Malah, sifat baja tersebut merembeskan nutrien adalah secara perlahan (slow release).

Jika saudara mahu mempelajari berapa banyak berat timbangan setiap unsur yang diperlukan untuk membentuk satu set baja AB, mahu membuat sendiri baja AB dari unsur-unsur lerai, saya akan tuliskan dalam siri artikel akan datang.

Seandainya, saudara sudah membuat pembelian set baja AB yang sudah siap dibungkus, namun ingin belajar cara melarut dan membancuhnya, saudara boleh klik Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

4 Komen
  1. Acu Boboi berkata

    Assalammualaikum

    Team Cili Bangi

    Boleh share formula berat setiap unsur unsur kimia tersebut untuk membentuk baja AB Cili ? Kalau boleh untuk kegunaan pati baja sebanyak 100 liter

    Sekian

    Terima kasih

  2. Acu Boboi berkata

    Saya baru nak belajar buat Baja Ab

    Mungkin kita boleh berkongsi formula untuk Baja AB Cili

    Terima kasih

  3. NUR ATHIFAH BINTI ABDUL AZIZ berkata

    di manakah blog mengenai timbangan unsur2 dalam baja kimia AB? saya tak jumpa penulisan tuan.

  4. Azlan berkata

    Salam
    Ada sesetengah petani yg mencampurkan baja high k sop kedalam pati baja B….apakah fungsi baja high k sop tersebut?