Ciri-ciri Lokasi Yang Sesuai Diusahakan Untuk Penanaman Cili

Ada beberapa ciri yang ditetapkan untuk program penanaman cili. Tidak semua tempat yang sesuai dibuat program penanaman cili.

Untuk penanaman sistem fertigasi, permukaan tanah perlu diratakan terlebih dahulu.
0
- Iklan - - Iklan -

Ada beberapa ciri yang ditetapkan untuk program penanaman cili. Tidak semua tempat yang sesuai dibuat program penanaman cili.

Namun, seiring perkembangan teknologi, hampir sebahagian besar tanah di Malaysia kini boleh diusahakan program penanaman. Bukan sahaja cili, bahkan, sayur-sayuran yang lain seperti terung, tomato, timun dan sebagainya boleh ditanam.

Jika dulu, hanya tanah yang subur sahaja boleh dibuat tanaman cili. Hari ini, medium tanah boleh digantikan dengan medium sabut kelapa sepenuhnya untuk melaksanakan program penanaman.

Sistem ini dipanggil sebagai sistem fertigasi, atau dalam bahasa inggerisnya Fertigation System. Fertigasi ini berasal dari gabungan dua perkataan, Fertilizer dan Irrigation.

- Iklan - - Iklan -

Fertilizer = Baja

Irrigation = Pengairan

Sebelum saudara berniat untuk memulakan program penanaman cili, beberapa faktor perlu diambil kira, antaranya:

  • Keadaan Tanah
  • Keperluan Cahaya Matahari
  • Suhu dan Kelembapan
  • Lokasi dan Pemasaran Produk
  • Fasiliti Dan Kelengkapan Tanaman

1. Keadaan Tanah

Tanaman cili ini boleh diusahakan dengan menggunakan sistem batas tanah dan juga sistem fertigasi. Namun, sejak 5 tahun ke belakangan ini, sudah banyak pengusaha bertukar kepada sistem fertigasi yang memberi pembajaan dan pengairan kepada pokok secara serentak.

Jika dulu, tanaman cili secara konvensional menggunakan batas tanah, setinggi 30-40 cm, disungkup dengan plastik silvershine, dibaja manual dengan baja NPK dan disiram menggunakan sprinkler.

Untuk penanaman sistem fertigasi, permukaan tanah perlu diratakan terlebih dahulu.

Jika saudara hanya mahu menanam cili secara hobi di rumah, saudara boleh memilih untuk menggunakan tanah sepenuhnya atau medium sabut kelapa.

Penggunaan Medium Tanah

Apakah nisbah tanah yang perlu digunakan?

Nisbah yang sesuai adalah campuran tanah 3:2:1.

Top Soil : 2 Bahan Organik : 1 Pasir.

Jika tanah yang digunakan terlalu liat atau kurang subur, boleh dimanipulasi dengan meningkatkan baja organik; dari sumber najis haiwan atau kompos.

Baja haiwan yang sesuai digunakan boleh diambil dari najis ayam, lembu, kambing atau kuda.

Perkara yang paling penting adalah pastikan pH tanah tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Tanaman cili sesuai dengan nilai pH tanah di antara 5.3 – 6.3, bermaksud tanah tersebut adalah sedikit berasid.

Jika tanah tersebut terlalu berasid, tambahkan kapur pertanian untuk meningkatkan nilai pH. Manakala, jika tanah terlalu beralkali, atau nilainya terlalu tinggi daripada 6.3, tanah tersebut perlu ditaburkan dengan belerang.

Penggunaan Medium Sabut

Keadaan tanah yang subur tidak menjadi kriteria yang penting, ini kerana dalam sistem fertigasi, kesemua polibag diisikan dengan sabut kelapa. Namun, kedudukan geografi dan kecerunan tanah perlu diberikan perhatian.

Medium sabut kelapa yang menggantikan medium tanah dalam sistem fertigasi.

Permukaan tanah perlu rata untuk mengelakkan polibag daripada menggelungsur seandainya tanah yang berbukit dan cerun digunakan.

Apabila tanah yang digunakan adalah rata, pastikan saluran pembuangan air atau longkang dibina. Ini untuk mengelakkan daripada air bertakung dan tanah berlopak.

2. Keperluan Cahaya Matahari

Tanaman cili memerlukan pencahayaan yang penuh. Lagi panas terik, lagi cepat merah cilinya, pertumbuhan pokoknya juga normal dan sihat.

Kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari perlu dielakkan kerana bakal mengundang pelbagai masalah daripada segi pertumbuhan dan juga kesihatan pokok.

Group FB Tanam Cilibangi

Group FB Tanam Cilibangi

Kawasan yang tanaman yang terlindung cahaya matahari ini bakal menganggu sistem pemprosesan makanan pokok iaitu proses fotosintesis.

Kawasan tanaman perlu terbuka untuk memastikan pokok cili mendapat pencahayaan yang sempurna.

Akibatnya, pokok akan kurus meninggi kerana mencari cahaya. Bahkan, pokoknya rapuh akibat batang tunggalnya yang tidak cukup kuat menampung beban berat buahnya.

Begitu juga, apabila pokok terlindung daripada cahaya matahari, kelembapan tanah turut meningkat. Ini bakal mengundang pertumbuhan bakteria Pseudomonas dan kulat Fusarium. Kedua-dua organisma ini adalah penyebab kepada kelemahan sistem imun pokok dan penyakit mudah menyerang.

Paling minima untuk tempoh pendedahan cahaya matahari secara terus kepada pokok adalah 4 jam sehari. Jika kurang daripada itu, cabaran yang disebutkan di atas akan berlaku.

3. Suhu dan Kelembapan

Kelembapan juga diperlukan, namun pada kadar yang ditetapkan iaitu dalam anggaran 80%. Suhu yang sesuai untuk percambahan benih tanaman cili adalah pada 25°C – 30°C. Dalam peringkat percambahan biji benih, kelembapan medium semaian sangat perlu dijaga. Ini untuk mengelakkan benih tidak bercambah akibat medium yang kekeringan.

Manakala, pada peringkat penanaman pula suhu diantara 24°C – 28°C sesuai untuk pertumbuhan cili. Jika terlalu lembap dan sejuk, pertumbuhan pokok cili juga sangat perlahan. Jika suhu terlalu tinggi pula, pokok akan cepat layu dan buah yang dihasil juga merosot saiznya.

BACA: Kenapa Benih Cili Perlu Disemai Dalam Dulang Semaian

Kebiasaannya jika suhu terlalu panas, pastikan jumlah air yang disiram juga lebih untuk mengelakkan medium sabut kelapa daripada kekeringan. Jika dibiarkan kering, jangka hayat sabut kelapa juga akan merosot.

4. Lokasi Pemasaran

Sebelum memulakan program penanaman cili secara komersial, saudara perlu mengenal pasti target lokasi pemasaran cili ini. Pelbagai saluran yang perlu dikenalpasti antaranya pasar borong, pasar basah, restoran, kedai runcit dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika saudara merancang untuk memasarkan hasil cili ini di pasar borong, saudara perlu bertanya pada pihak pemborong, apakah cili yang mereka perlukan.

- Iklan - - Iklan -

- Iklan -

Tidak semua tempat memerlukan semua varieti cili kerana mengikut faktor permintaan penduduk setempat.

Pasar Seremban adalah yang terdekat dengan ladang latihan ABS Agro.

Misalnya, saudara mempunyai sebidang tanah di Seremban, merancang untuk memasarkan cili di Pasar Besar Seremban, tanaman yang hendak ditanam adalah lada solok, tentunya tiada orang yang ingin membeli lada solok di pasar tersebut.

Ini kerana tiada permintaan yang tinggi di kawasan Seremban, sedangkan lada solok sangat tinggi permintaannya di Kelantan.

Selain itu, lokasi penanaman yang berdekatan dengan lokasi pemasaran juga adalah diutamakan kerana tujuannya dapat mengurangkan kos pengangkutan hasil tanaman tersebut. Selain itu, risiko buah cili menjadi busuk dalam perjalanan juga dapat dielakkan.

5. Fasiliti Dan Kelengkapan Tanaman

Jika saudara mahu mengaplikasikan sistem fertigasi di ladang, terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian, iaitu:

  1. Sumber Air
  2. Sumber Elektrik

Dua sumber ini adalah perkara yang paling asas dan sangat penting dipastikan kesediaannya sebelum projek tanaman bermula. Kesediaan ini turut membawa maksud bekalan yang mencukupi untuk sepanjang tempoh penanaman.

Rumah pam menempatkan tangki air baja, tong stok baja, pam air dan juga pemasa (timer).

Jika salah satu sumber ini tidak dapat dipastikan kesediaannya, pelbagai masalah akan timbul, antaranya:

  • Pemberian air kepada pokok tidak sekata dan terpaksa dicatu.
  • Pekerja tidak dapat melaksanakan tugas-tugas lain kerana mengambil masa yang lama di rumah pam.
  • Medium tanaman akan kekeringan akibat tidak cukup air.

Sumber elektrik pula sebaiknya dari sumber pencawang elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Penggunaan generator tidak digalakkan kerana ada dua jenis pam yang perlu digunakan:

  1. Pam air bawah tanah untuk disalurkan ke dalam tangki.
  2. Pam air dari tangki air baja ke medium tanaman.

Melainkan generator yang berkapasiti besar digunakan yang mampu membekalkan tenaga untuk dua jenis pam berikut.

Jika generator tersebut hanya mampu menjana tenaga satu pam dalam satu-satu masa, saudara perlu membuat sistem giliran untuk dua pam tersebut berfungsi. Kebiasaannya, sistem giliran ini pada mula peringkat awal penanaman sahaja efektif.

Namun, pada peringkat pertengahan penanaman dan pokok memerlukan kuantiti air yang banyak, masalah catuan air pasti akan berlaku.

Kesimpulannya, 5 perkara di atas adalah antara perkara asas yang perlu dipastikan kesediaan dan kesesuaiannya. Tidak semua tempat sesuai untuk dilaksanakan projek penanaman.

Jika saudara mahu bermula secara kecil-kecilan di halaman rumah, penggunaan racun kimia amat tidak digalakkan. Ini kerana dikhuatiri memberi tempias racun pada kawasan kejiranan. Sebaiknya, kawalan serangga dan kulat secara organik amatlah digalakkan.

Seandainya saudara berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem fertigasi, saudara boleh menghadiri Speed Class Fertigasi Cilibangi, setiap bulan diadakan dua sesi.

Sebarang persoalan, boleh ajukan di ruangan komen di bawah. Bantu saya kongsikan artikel ini ya.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.