Kenapa Benih Cili Perlu Disemai Dalam Dulang Semaian

Peralatan ini digunakan untuk tempoh beberapa hari sebelum anak pokok dipindahkan ke dalam medium tanaman. Bergantung pada jenis tanaman.

Proses meratakan peatmoss ke dalam lubang dulang semaian.
0
- Iklan - - Iklan -

Biasanya saya selalu sebut tray semaian atau germination tray dalam bahasa inggerisnya.

Peralatan ini digunakan untuk tempoh beberapa hari sebelum anak pokok dipindahkan ke dalam medium tanaman. Bergantung pada jenis tanaman.

Jenis dulang

Terdapat beberapa jenis dulang yang berada di pasaran. Pelbagai saiz dan dulang ini diperbuat daripada plastik yang bewarna hitam.

Saiz yang biasa dijumpai di pasaran adalah 104 lubang dan 82 lubang. Ukuran dulang ini biasanya 35 cm lebar dan 57 cm panjang.

- Iklan - - Iklan -

Untuk skala komersial, kami menggunakan dulang yang mempunyai 104 lubang. Ini kerana setiap dulang semaian berbeza kapasiti setiap lubang.

Lagi banyak lubang, kuantiti peatmoss yang digunakan juga sedikit, lebih banyak pokok dapat disemai dalam satu-satu masa.

BACA: 7 Manfaat Peat-Moss Pada Tanaman

Dulang semaian yang mempunyai saiz lubang yang besar sesuai digunakan untuk tanaman seperti rosel, jagung dan sebagainya.

Saiz benih memang memain peranan yang penting.

Akar anak pokok cili akan lambat padat sekiranya menggunakan saiz lubang yang besar.

Sebaiknya apabila tiba masa pindah tanam struktur akar pokok cili tersebut akan memegang sepenuhnya medium peatmoss.

Ini akan mengurangkan risiko akar putus apabila tiba hari pindah tanam.

Akar pokok cili sangat sensitif. Memang memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengelakkan risiko kelayuan selepas pindah tanam.

Apakah tanaman yang sesuai menggunakan dulang semaian?

Kebanyakkan tanaman yang digunakan untuk kaedah semaian ini antaranya seperti cili, terung, tomato, timun dan juga rockmelon.

- Iklan - - Iklan -

Tanaman yang menggunakan kaedah ini kita dapat lihat adalah jenis yang menghasilkan buah.

Anak pokok cili yang baru mengeluarkan pucuk selepas 7 hari di semai.

Dengan menggunakan dulang semaian ini kita boleh memastikan peratusan benih yang bercambah, berbanding disemai terus pada batas atau di dalam polibag.

Kita boleh asingkan terus benih yang tidak bercambah.

Benih yang bercambah sahaja akan dipindahkan ke dalam medium tanaman seperti batas tanah atau di dalam polibag.

Benih sayuran berbuah ini akan ditanam mengikut lubang tanaman dan ada jarak setiap pokok.

Berbanding pula dengan sayuran berdaun yang tidak memerlukan jarak yang terlalu luas antara pokok. Cukup sekadar menjarakkan tanaman untuk memastikan pertumbuhan daunnya tidak terganggu.

Benih sayuran berdaun pula sangat halus dan lebih mudah tumbuh apabila ditabur atas permukaan batas tanaman.

Bagi sayuran berbuah, khususnya untuk pokok cili, jarak minimum antara pokok adalah 2 kaki.

Seandainya ukuran tersebut kurang dari 2 kaki, ini akan mengundang pelbagai risiko seperti peningkatan serangan serangga perosak, pertumbuhan kulat, persekitaran yang lembab dan sebagainya.

Peatmoss Sahaja Atau Boleh Dicampur Dengan Medium Lain?

Ada sesetengah pengusaha bertindak melakukan langkah penjimatan dengan mencampur peatmoss ini bersama sabut kelapa atau tanah, dengan nisbah 50:50.

Group FB Tanam Cilibangi

Group FB Tanam Cilibangi

Peat-Moss
Peat-Moss

Pada pendapat saya, jika menggunakan campuran sabut kelapa, kita perlu bantu pembajaan lebih awal.

Ini kerana sabut kelapa tidak mengandungi apa-apa nutrien yang membantu pertumbuhan anak pokok cili. Boleh dibuat, cuma tidak digalakkan.

Ada juga yang membuat campuran tanah, ini sangat tidak digalakkan. Khuatir memberi kesan negatif kepada anak pokok akibat faktor tanah yang tidak dirawat.

Kemungkinan wujud patogen yang memberi kesan penyakit kepada anak pokok.

Memudahkan Aktiviti Pindah Tanam

Untuk memudahkan urusan pindah tanam ke dalam medium tanaman kelak, benih sayuran berbuah ini akan disemai di dalam dulang semaian.

Setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih. Ada juga sesetengah tempat mengamalkan penanaman satu lubang dua anak pokok.

Terpulang pada pengurusan penanaman seseorang pengusaha tersebut. Namun, bagi mereka yang baru hendak mula belajar menanam, sebaiknya satu lubang satu anak pokok.

Belajar untuk kenal kerenah pokok cili yang lain tempat lain cabarannya.

Artikel selanjutnya akan menunjukkan cara-cara menggunakan dulang semaian ini.

Sebarang persoalan boleh diajukan terus di ruangan komen di bawah atau klik sini untuk hubungi kami melalui Private Message di Facebook.

- Iklan - - Iklan -

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.