Jangka Hayat Pokok Cili Di Dalam Polibag Atau Pasu

Tanaman cili adalah dalam kategori kontan yang bermaksud tanaman yang singkat jangka hayatnya.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Pokok cili ada tempoh jangka hayatnya. Ini bermaksud, selepas tempoh tersebut dicapai, musim penanaman baru, benih baru, anak pokok baru diperlukan untuk mendapatkan hasil yang berterusan.

Pokok cili tidak tergolong dalam tanaman pokok buah-buahan seperti rambutan, jambu, manggis dan sebagainya. Jadi, cili ini adalah sejenis sayur yang menghasilkan buah untuk dimakan.

Apa yang akan jadi sekiranya kita tidak buat penanaman semula?

Pelbagai kesan yang akan kita hadapi, antaranya:

  1. Pokok sudah tidak produktif menghasilkan buah cilinya.
  2. Buah yang dihasil semakin kecil saiznya. Ini khusus untuk cili besar.
  3. Daun pokok kelihatan kekuningan, menunggu masa untuk gugur. Meskipun sentiasa dibaja.
  4. Simptom kelayuan kekal muncul, meskipun sentiasa bersiram mengikut rutinnya.

Jadi, dalam aspek penanaman ini, sebenarnya perlu ada rekod. Walaupun kita hanyalah penanam kecil-kecilan di rumah, tetap perlu ada rekod supaya kita boleh atur jadual penanaman semula untuk setiap sayuran yang ditanam di kawasan rumah kita.

Hanya perlu sediakan buku mini khas untuk berkebun, supaya kita tahu tarikh sebenar pokok ini ditanam.

Saya kongsikan contoh gambar yang dihantar oleh pelanggan setia Cilibangi, Puan Nor Nazahiyah Abdul Malek yang menzahirkan rasa sedihnya terhadap apa yang berlaku pada tanaman cilinya.

Berbalik pada usia pokok cili, ada beza jangka hayatnya jika ditanam di dalam pasu atau polybag dengan ditanam atas tanah yang terbuka. Berdasarkan pengalaman, jangka hayat pokok cili boleh menjangkau sehingga 7 – 8 bulan di atas tanah terbuka, berbanding di dalam polibag atau pasu yang hanya terhad sehingga 6 bulan.

Usia yang ditulis ini adalah bermula dari tarikh semaian dilakukan. Jadi satu musim untuk tempoh penanaman cili di dalam polybag atau pasu adalah selama 6 bulan. Bahkan, saya tidak terkejut jika ada yang menyatakan bahawa;

“Saya ada tanam pokok cili atas batas tanah, pokoknya masih produktif menghasilkan buah walaupun sudah menjangkau satu tahun!”

Dalam gambar yang lain, kelihatan pokok mengalami simptom kelayuan. Pada peringkat ini pokok sememangnya sudah tidak mampu hidup seperti biasa. Meskipun disiram dan dibaja, tiada apa yang mampu memulihkankan keadaan pokok seperti sediakala kerana masanya sudah tiba untuk ditanam baru.

Pokok kelayuan
- Iklan -

- Iklan -

Apa Sebenarnya Yang Memberi Peranan Terhadap Jangka Hayat Pokok Cili Ini?

Jika dibuat perbandingan di antara polibag atau pasu dengan batas tanah, jelas kita lihat bahawa batas tanah sebenarnya lebih terbuka luas. Tiada had untuk perkembangan pokok.

Semakin luas atau besar medium tanaman, akar pokok boleh mengembang lebih jauh dan membesar tanpa disekat oleh sesuatu.

Disebabkan oleh faktor perkembangan akar yang terhad di dalam pasu atau polibag ini yang menyebabkan jangka hayat pokok cili secara puratanya boleh mencapai 6 bulan sahaja.

Bergantung pada cara kita mengurus pokok, jika boleh disimpan sehingga 7 bulan itu adalah bonus.

Saiz Pasu Atau Polibag Mainkan Peranan

Aspek pemilihan saiz polibag ini sangat penting pada peringkat awal penanaman cili, ini supaya usia pokok dapat dipanjang sehingga usia yang paling optimum. Selain juga supaya tidak menelan kos yang tinggi.

Sebaiknya, saiz polibag atau pasu yang digunakan adalah 16 x 16 inci atau lebih besar daripada itu. Tidak disarankan kurang daripada 16 x 16 inci kerana dikhuatiri menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan buah cili.

Saiz ini juga sesuai digunakan untuk kebanyakan tanaman sayuran yang berbuah selain daripada tanaman cili, antaranya:

  1. Terung
  2. Timun
  3. Bendi
  4. Tomato

Kesimpulannya, rekod penanaman adalah penting dalam aktiviti pertanian. Meskipun, keluasan tanaman hanyalah sekangkang kera di belakang rumah.

Aktiviti merekod data di ladang ini adalah salah satu kriteria yang ditekankan dalam pensijilan Amalan Pertanian Yang Baik Malaysia, atau dalam bahasa inggerisnya; Malaysian Good Agriculture Practise yang diiktiraf oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Seandainya saudara mempunyai persoalan yang masih belum jelas dalam penanaman cili, boleh ajukan di ruangan komen di bawah atau hubungi kami melalui Facebook Messenger.

Dapatkan benih cilibangi dan peralatan penanaman yang lain di sini.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Fadilah berkata

    Assalamualaikum tuan, saya ada menanam lada besar tetapi pokoknya tidak membesar. pokoknya seperti sudah tua dan mulai layu. adakah ini disebabkan tanah yang diguna sudah tidak sesuai? saya menggunapakai semula tanah yang ada di dalam pasu. sebelum ini sudah tanam pkok cili di situ tetapi selepas cili mati saya semai lada besar pula di situ. apakah ini memberi kesan kepada anak pokok?