5 Serangga Perosak Yang Kerap Menyerang Tanaman Cili Dan Kawalannya

Bersama artikel ini, disenaraikan 5 serangga yang kerap menjadi bualan petani, terutama dalam tanaman cili. Masakan tidak, serangga ini kebanyakkannya memberi kerosakan yang sangat tinggi terhadap penghasilan ladang.

1
- Iklan - - Iklan -

Serangga perosak tanaman ini memang perlu dilawan. Namun, perlu berdisiplin dan menepati kaedahnya. Silap percaturan, satu kebun boleh terjejas.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, manusia tidak hidup keseorangan. Pasti ada makhluk lain yang turut berinteraksi dengan manusia.

Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, ada makhluk yang dipanggil serangga ini boleh menjadi kawan mahupun lawan.

Bersama artikel ini, disenaraikan 5 serangga yang kerap menjadi bualan petani, terutama dalam tanaman cili.

- Iklan - - Iklan -

- Iklan -

Masakan tidak, serangga ini kebanyakkannya memberi kerosakan yang sangat tinggi terhadap penghasilan ladang. Ladang Cilibangi juga tidak ketinggalan menghadapi cabaran yang sama.

5 Serangga Perosak Yang Biasa Jumpa Di Ladang Cili

Berikut adalah 5 senarai serangga yang menyerang dan cara mengawalnya:

  1. Afid
  2. Hama
  3. Kutu Trip
  4. Ulat Beluncas
  5. Lalat Buah

1. Afid

Afid kelihatan di sekitar urat daun.
Afid kelihatan di sekitar urat daun.

Merupakan sejenis serangga yang dikenali sebagai kutu pokok dan merupakan serangga perosak yang memberi kesan negatif ke atas pokok.

Kebiasaannya, afid akan menyerang daun, bunga dan pucuk. Antara kesan negatif yang dialami pada pokok ialah pertumbuhan pokok terbantut dan daun berkerinting.

Cara Mengatasi: Semburan kawalan serangga samada organik mahupun kimia yang berjadual sangat penting bagi menghindar serangan serangga afid ini.

Selain itu, kawalan biologi seperti kumbang kura-kura juga boleh mengawal populasi afid ini daripada berkembang.

Kumbang kura-kura (lady bug) memakan afid. Sumber: ladybugpestcontrol.com
Kumbang kura-kura memakan afid. Sumber: ladybugpestcontrol.com

Dua pilihan kawalan serangga:

1. Kimia: Profenofos (telah diharamkan di Malaysia), Prothiophos dan Imidaclorprid

2. Organik: Kumbang kura-kura, Repellente 1 atau Repellente 2

2. Hama

Kutu Putih Bawah Daun
Kutu Putih Bawah Daun

Hama turut dikenali sebagai nama lainnya adalah Kutu Daun (Aleurodicus disperses) yang menyerang bahagian tertentu pokok.

Kutu daun ini bewarna kuning kehijauan dan hidup berkumpulan di bahagian belakang daun, berhampiran tulang-tulang daun.

Sejenis serangga perosak yang menghisap cecair pada daun, bunga dan putik.

Cara Kutu Daun ini merosakkan pokok cili ialah menghisap cairan daun sehingga daun mengeriput ini menyebabkan pertumbuhan jaringan daun terbantut, kemudian layu dan mati.

Kutu Daun ini adalah pembawa penyakit (vektor) untuk perkembangan virus, seperti Potato Leaf Roll Virus (PLRV) dan Potato Virus Y (PVY). Kedua-dua virus tersebut menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil.

Dua pilihan kawalan serangga:

1. Kimia: Solomon

2. Organik: Repellente 1 atau Repellente 2

3. Thrip (Thrips parvispinus)

Eastern Thrip banyak kelihatan di Malaysia. Sumber: Mississippi State University
Eastern Thrip banyak kelihatan di Malaysia.
Sumber: Mississippi State University

Serangga Thrips ini bewarna kuning kecoklatan. Nimpha bewarna putih dan sangat aktif. Bahagian serangan meliputi bahagian daun dan bunga.

Cara Thrips ini merosakkan tanaman adalah dengan mengeluarkan telur berbentuk oval diletakkan dalam jaringan daun.

Jika daun muda pada pokok menjadi warna perang yang tidak sekata maka daun tersebut telah dimakan oleh serangga Thrips dan daun tersebut akan bertukar warna coklat tembaga dan menyebabkan daun mengerinting ke atas.

Populasi serangga ini sangat tinggi pada musim kemarau dan penyebarannya dibantu oleh tiupan angin kerana serangga dewasa tidak dapat terbang.

1. Kimia: Imidacloprid, Cypermetrin

2. Organik: Repellente 1 atau Repellente 2

4. Ulat Beluncas

Ulat beluncas makan daun anak pokok cili.
Ulat beluncas makan daun anak pokok cili.

Ulat beluncas ialah larva daripada jenis rama-rama dewasa. Serangga ini melakukan kerosakan pada awal musim berkebun.

Larva ini akan memakan tumbuhan pada bahagian batang pokok, akar dan daun tumbuhan muda. Ulat ini turut menyerang tumbuhan dari bahagian bawah tanah dan boleh menyebabkan pokok menjadi layu dan mati.

Dua pilihan kawalan serangga:

1. Kimia: Cypermetrin

2. Organik: Repellente 1 atau Repellente 2

5. Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)

Serangga ini tergolong dalam kumpulan serangga polifag atau mempunyai banyak parasit.

Lalat ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu hanya menyerang di bahagian buah sahaja. Serangan tersebut dibuat oleh lalat buah betina yang menyuntik telurnya ke dalam buah yang diserang.

Telur yang disuntik tadi akan menetas dan memakan isi buah yang diserang.

Buah cili yang telah dimakan akan mengeluarkan bintik bewarna hitam di pangkal buah dan lama kelamaan akan busuk dan berair. Akhirnya tersebut gugur.

Pada waktu siang, larva tersebut boleh dilihat pada daun dan bunga pokok cili.

Larva lalat buah boleh melentingkan badannya sehingga mampu melompat kemana-mana. Larva ini akan keluar daripada buah dan membuat sarang di dalam tanah.

Perangkap lalat buah tidak disarankan kerana mengundang lebih banyak lalat buah.
Perangkap lalat buah tidak disarankan kerana mengundang lebih banyak lalat buah.

Dua pilihan kawalan serangga:

1. Perangkap: Methyl Euganol (Tidak disarankan kerana mengundang lebih banyak lalat buah)

2. Organik: Repellente 3

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.
Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!

Via Cilibangi

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Racun Serangga Organik berkata

    Fuhhhh, teruk betul kesan dari serangga perosak ni.