Bagaimana Membuat Bekas Tanaman Dari Barangan Terpakai

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Mungkin ada di kalangan anda yang ingin menanam sendiri di rumah tetapi kekurangan bajet. Pada masa yang sama, taman yang indah adalah target anda. Berikut adalah contoh barangan terpakai yang sesuai dijadikan pasu benih di taman anda:

Sumber: A Nation Of Mom
Sumber: A Nation Of Mom

1. Kadbod karton telur dan kulit telur:

Kadbod karton telur boleh digunakan untuk memulakan benih sedozen, dan dipotong  apabila ingin dipindahtanam di taman. Jika anda mempunyai karton telur, mungkin anda juga mempunyai kulit telur. Kulit telur boleh dihancurkan untuk dijadikan sebagai medium tanah atau dikompos sebagai bahan tambahan.

Kulit telur keras juga boleh digunakan sebagai pasu benih, dan secara semula jadi, ia sesuai diletakkan di dalam kadbod  karton telur. Satu lubang kecil perlu ditumbuk di bahagian bawah setiap kulit telur sebagai saliran.

Sumber
Sumber

2. Cawan Yogurt atau sebarang cawan terpakai

Sambil menikmati minuman/makanan dalam cawan yogurt, cawan tersebut boleh dikitar semula sebagai pasu benih. Bekas yogurt yang lebih besar juga boleh digunakan tetapi menggunakan lebih banyak ruang.

- Iklan -

Jadi dalam kes ini, cawan yogurt  yang lebih kecil menawarkan  ruang yang lebih baik dan serba boleh. Potong satu lubang kecil di sekitar tepi bahagian bawah untuk saliran. Selepas menanam anak benih ke dalam taman, cawan itu boleh dicuci dan dikeringkan supaya boleh digunakan lagi dan lagi.

Sumber
Sumber

3. Kertas cawan

Cawan kertas yang biasa digunakan semasa jamuan juga boleh diguna semula untuk mengelakkan tong kitar semula daripada dipenuhi sampah ini. Oleh itu, ia juga sesuai digunakan sebagai pasu benih.

Pastikan juga anda menebuk beberapa lubang saliran kecil di bahagian bawah, dan apabila anda sudah bersedia untuk menanam anak pokok di taman, anda boleh menarik dari bahagian bawah cawan dan menanam yang lain, atau mengeluarkannya sepenuhnya.

Contoh lain pasu benih DIY yang menggunakan tuala buruk boleh dilihat dalam video yang disediakan.

Selain pasu benih, anda juga pasti memerlukan dulang pemegang pasu untuk menyimpan air dan tanah yang terkandung.

Dulang pemegang pasu boleh dibuat sendiri mengikut kreativiti sekaligus mengurangkan kos. Sebagai contoh, gunakan bekas ‘tupperware’ yang digunting dan sebagainya.

Kesimpulannya, mengitar semula barang terpakai sebagai pasu benih adalah cara terbaik untuk berkebun tanpa perlu mengeluarkan sekumpulan wang untuk membeli pasu dan dulang pasu baru. – Tree Hungger


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.