
“Minggu lepas saya membaja pokok cili guna NPK ( 12:12:17). Selepas dua tiga hari beberapa pokok cili semua daun luruh pula. Apa masalah? Mohon nasihat. Adakah terlebih baja atau masah lain?” – Tuan Matius Jok
Tuan Matius Jok berasal dari Miri, Sarawak ada bertanya berkenaan pokok cili yang di tanamnya menjadi layu, kering dan berguguran daunnya.
Cabaran Tanaman: Terlebih beri baja pada pokok cili, kesan pada pokok menjadi kering dan mati.
Kesan terlebih baja bukan sahaja boleh menyebabkan kerinting, bahkan daun juga boleh gugur. Ini akan menyebabkan pokok kelayuan meskipun sudah disiram mahupun dibaja.
BACA: Perbezaan Daun Cili Menjadi Kerinting Disebabkan Virus Dan Terlebih Baja
Biasanya pembajaan kita beri pada pokok cili setiap dua minggu sekali. Sukatan 50g – 120g ikut usia pokok. Jenis baja pula, NPK Hijau untuk pertumbuhan, NPK Biru untuk menggalakkan penghasilan buah.
Kedua-dua jenis baja ini digunakan secara berperingkat, bukan ditabur serentak. Ini bermaksud, NPK Hijau (15:15:15) perlu digunakan sejak awal pindah tanam pokok sehingga pokok mengeluarkan bunga yang pertama.
Kemudian, NPK Biru (12:12:17) perlu digunakan seawal bunga pertama muncul sehingga tamat musim penanaman. Ini bertujuan merancakkan pertumbuhan bunga cili keluar. Dapat dilihat pada perincian nisbah baja N tersebut lebih rendah berbanding K yang bertujuan mengurangkan pertumbuhan daun yang terlalu banyak berbanding bunga.
Jika terlalu banyak N, pokok menjadi mabuk daun, istilahnya.
BACA: Pembajaan Yang Teratur

Cadangan Penyelesaian
Jika simptom pokok menjadi layu dan kering disebabkan oleh terlebih pemberian baja pada pokok, tindakan yang pantas sangat perlu dilakukan.
Jika dibiarkan sahaja, sehingga menunggu pokok tersebut kering, tiada apa-apa cara yang mampu kita lakukan selain mencabut dan buang pokok tersebut.
Namun, jika kita cepat perasan simptom terlebih baja dan pokok menjadi kering selepas sehari pemberian baja, tindakan yang perlu dilakukan:
- Buang/asingkan baja yang berlebihan dipermukaan medium tanaman.
- Berikan air yang secukupnya.
- Buang daun yang telah kering.
- Berhenti berikan baja buat 1 minggu.
- Gemburkan semula permukaan medium tanaman.
Salam… saya alias. Anak semaian sy dh smpai 10 hari. Bleh sy trus baja gna yara 16:16:16 selpas transplant ke polibeg
Tuan Alias yang dihormati,
Boleh Tuan. Cuma perlu ikut sukaannya ya. Berapa banyak yang akan ditanam nanti?
baja npk utk hasilkn susu getah yg byk?