5 Langkah Merawat Pokok Terlebih Baja

Kesan terlebih baja bukan sahaja boleh menyebabkan kerinting, bahkan daun juga boleh gugur. Ini akan menyebabkan pokok kelayuan meskipun sudah disiram mahupun dibaja.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

 

Sumber
Sumber

“Minggu lepas saya membaja pokok cili guna NPK ( 12:12:17). Selepas dua tiga hari beberapa pokok cili semua daun luruh pula. Apa masalah? Mohon nasihat. Adakah terlebih baja atau masah lain?” – Tuan Matius Jok

Tuan Matius Jok berasal dari Miri, Sarawak ada bertanya berkenaan pokok cili yang di tanamnya menjadi layu, kering dan berguguran daunnya.

Cabaran Tanaman: Terlebih beri baja pada pokok cili, kesan pada pokok menjadi kering dan mati.

Kesan terlebih baja bukan sahaja boleh menyebabkan kerinting, bahkan daun juga boleh gugur. Ini akan menyebabkan pokok kelayuan meskipun sudah disiram mahupun dibaja.

BACA: Perbezaan Daun Cili Menjadi Kerinting Disebabkan Virus Dan Terlebih Baja

Biasanya pembajaan kita beri pada pokok cili setiap dua minggu sekali. Sukatan 50g – 120g ikut usia pokok. Jenis baja pula, NPK Hijau untuk pertumbuhan, NPK Biru untuk menggalakkan penghasilan buah.

Kedua-dua jenis baja ini digunakan secara berperingkat, bukan ditabur serentak. Ini bermaksud, NPK Hijau (15:15:15) perlu digunakan sejak awal pindah tanam pokok sehingga pokok mengeluarkan bunga yang pertama.

- Iklan -

Kemudian, NPK Biru (12:12:17) perlu digunakan seawal bunga pertama muncul sehingga tamat musim penanaman. Ini bertujuan merancakkan pertumbuhan bunga cili keluar. Dapat dilihat pada perincian nisbah baja N tersebut lebih rendah berbanding K yang bertujuan mengurangkan pertumbuhan daun yang terlalu banyak berbanding bunga.

Jika terlalu banyak N, pokok menjadi mabuk daun, istilahnya.

BACA: Pembajaan Yang Teratur

Pokok cili yang sihat beserta buah yang lebat.
Pokok cili yang sihat beserta buah yang lebat.

Cadangan Penyelesaian

Jika simptom pokok menjadi layu dan kering disebabkan oleh terlebih pemberian baja pada pokok, tindakan yang pantas sangat perlu dilakukan.

Jika dibiarkan sahaja, sehingga menunggu pokok tersebut kering, tiada apa-apa cara yang mampu kita lakukan selain mencabut dan buang pokok tersebut.

Namun, jika kita cepat perasan simptom terlebih baja dan pokok menjadi kering selepas sehari pemberian baja, tindakan yang perlu dilakukan:

  1. Buang/asingkan baja yang berlebihan dipermukaan medium tanaman.
  2. Berikan air yang secukupnya.
  3. Buang daun yang telah kering.
  4. Berhenti berikan baja buat 1 minggu.
  5. Gemburkan semula permukaan medium tanaman.

 


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

7 Komen
  1. Alias berkata

    Salam… saya alias. Anak semaian sy dh smpai 10 hari. Bleh sy trus baja gna yara 16:16:16 selpas transplant ke polibeg

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan Alias yang dihormati,

      Boleh Tuan. Cuma perlu ikut sukaannya ya. Berapa banyak yang akan ditanam nanti?

  2. vvv berkata

    baja npk utk hasilkn susu getah yg byk?

    1. Fikri Mastor berkata

      Maaf Tuan, saya tidak pasti berkenaan perkara tersebut.

  3. Kevin Anthony berkata

    Pokik daun pudina saya yang dahulunya subur dengan daun besar tiba2 daun tunasnya terbantut dan mengecil. Hampir kesemua tanaman pudina saya begitu. Tinas nari semuanya terbantut dan teramat kecil..kenapa ye Encik

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan Kevin yang dihormati,

      kemungkinan besar pokok tersebut mengalami gejala terlebih baja. Biasanya pudina tidak memerlukan baja yang banyak.

      Tuan menggunakan baja apa ya? Dan berapa sukatannya?

  4. Faridah saleh berkata

    Kalau terlebih baja, dalam jangkamasa 2 hari pokok menjadi kering dan mati. Batul ker?