Asas Pengenalan Baja AB Fertigasi Dalam Berkebun

Baja AB fertigasi adalah merupakan label yang digunakan pada baja fertigasi. Label A dan B ini tidak menunjukkan apa-apa yang signifikan.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Baja AB fertigasi adalah merupakan label yang digunakan pada baja fertigasi. Label A dan B ini tidak menunjukkan apa-apa yang signifikan.

Bagi mereka yang baru menggunakan baja AB dalam penanaman, mungkin terbiasa membancuh ikut sesedap rasa. Disebabkan tiada panduan yang diberikan.

Kekadang sampai berlebih sangat daripada sukatan yang sepatutnya. Itu yang mengakibatkan pelbagai simptom yang negatif timbul. Baja AB perlu dibancuh mengikut keperluan dan usia pokok.

Bahkan, baja ini merupakan baja yang telah dipermudahkan untuk penyerapan pokok.

Ini bermaksud apabila kita menyiram air baja fertigasi ini pada medium tanaman, baja yang terkandung di dalam air tersebut membentuk ion-ion yang bercas positif ataupun negatif.

- Iklan -

Ini menyebabkan proses penyerapan baja oleh pokok sangat mudah. Itu yang menjadikan pokok dilihat lebih subur dan membesar dengan cepat dan sihat.

Baja AB fertigasi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk fertigasi, bahkan untuk kegunaan pada sistem tanaman yang lain. Baja ini turut dikenali dengan nama lain seperti baja AB hidroponik

Jenis Baja

Baja dikategorikan kepada dua jenis;

  1. Baja Organik
  2. Baja Inorganik (kimia)

Adakah Baja AB ini adalah baja organik? Jawapannya adalah tidak. Baja AB adalah terdiri daripada baja kimia. Baja kimia ini bukan beracun seperti racun serangga perosak ya.

Baja AB mengikut saiz yang dipeketkan.

Baja adalah nutrient yang diperlukan oleh pokok. Ada yang diserap melalui akar dan ada juga yang diserap melalui daun melalui semburan foliar.

Namun, elemen atau bahan yang digunakan itu adalah dalam unsur kimia yang boleh saya sebutkan adalah sejenis garam dalam kamus kimia.

Sebagai contoh, garam dalam masakan yang kita ‘campak-campak’dalam periuk itu juga terdiri daripada sebatian kimia, Sodium Chloride (NaCl).

Namun, ini bukanlah bermaksud saya menyatakan baja AB ini boleh dibuat dalam masakan. Ini salah ya, ajaran sesat. 😀

Cuma, saya ingin menjernihkan semula berkenaan baja AB ini yang dikatakan sama seperti racun serangga kimia, atas sebab kategori baja itu adalah baja kimia.

Lain pula dengan racun serangga berasaskan kimia. Racun ini sifatnya membunuh, bukan pula sebagai pembekal nutrien pada pokok. Begitu juga dengan racun, ada juga pecahannya.

Apapun kesimpulannya, baja AB ini bukan dikategorikan sebagai baja organik. Ia adalah baja kimia yang membekalkan nutrient kepada pokok.

Sudah tentu, hasil yang dituai daripada pokok-pokok yang diberikan baja AB ini tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Baja Set A & Set B

Kenapa set A dan set B? Apa maksud dua abjad ini untuk baja AB? Jawapannya, tiada maksud yang signifikan, hanya sekadar label pada baja sahaja. Ada juga pengguna yang label baja XY selain AB.

Untuk menggunakan baja AB ini, untuk skala yang besar ataupun di rumah, kita perlu sediakan dua tong air. Set A satu tong, dan set B satu tong. Ini untuk penyediaan stok baja AB yang pekat.

Di pasaran, kebanyakan baja AB  ini dibungkus dalam pelbagai saiz, seperti berikut:

- Iklan -

- Iklan -

  1. 500ml
  2. 10L
  3. 50L
  4. 100L
  5. 200L

Lagi banyak kapasiti bancuhan air baja tersebut, lagi berat timbangan peket baja tersebut. Ini kerana setiap peket set baja AB ini didatangkan dalam bentuk serbuk. Kita yang perlu membancuhnya sendiri ke dalam tong yang telah kita sediakan.

Kecuali untuk pek 500ml yang dibungkus dalam bentuk botol. Ini adalah set stok baja AB yang sudah dibancuh, cuma perlu dicairkan sebelum disiram pada tanaman.

Nilai label dalam liter yang ditulis di atas adalah nilai untuk jumlah bancuhannya. Jika set tersebut tercatat 10L ini bermaksud, tong berkapasiti 10L perlu disediakan. Dan, lagi sekali, baja AB ini didatangkan dalam satu set.

Tiada pembekal yang menjual set A sahaja, begitu juga dengan set B. Kedua-dua label ini perlu ada untuk melengkapkan keperluan nutrien pokok.

Walau bagaimanapun, sebenarnya selain baja set A & B, masih juga terdapat set C, dan D. Bahkan mungkin ada yang lebih, namun baja tersebut khusus untuk tanaman lain selain tanaman cili. Saya kurang berpengalaman dari sudut itu.

Larutan Stok Baja AB Fertigasi

Baja AB ini tidak boleh dicampur dengan kepekatan yang tinggi. Oleh disebabkan itu, setiap bancuhan stok A dan B perlu dibancuh di dalam tong yang berasingan. Dan di bahagian permukaan badan tong tersebut kita perlu labelkan A & B.

Tong stok baja AB untuk 100L air.

Kapasiti & Tarikh Luput Baja AB

Kebiasaannya, apabila team Cilibangi menganjurkan kursus Speed Class Fertigasi Cilibangi, soalan yang paling kerap ditanya adalah:

Berapa lama stok baja ini boleh tahan dalam tong 100 liter ini? Ada tarikh tamat tempoh?

Maksudnya, bila satu set baja ini dibancuh di dalam tong stok 100L, berapa lama boleh bertahan dan perlu dibancuh sekali lagi. Adakah sehari? Sekali bancuh perlu habiskan semuanya?

Perlu diingat, pembajaan yang diberikan pada pokok ini asasnya adalah mengikut keperluan pokok. Ini bermaksud, keperluan pembajaan itu merangkumi faktor usianya dan keadaan semasanya.

EC Meter merupakan alat membaca kepekatan baja AB.

Di dalam sistem penanaman fertigasi, perkara yang melibatkan pembajaan ini adalah faktor usia dan keperluan airnya. Dua perkara ini yang kita kawal menggunakan pam dan sistem pemasa (timer).

BACA: Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi

Keperluan baja ini akan berbeza mengikut keperluan pokok. Semakin meningkat usia penanamannya, kepekatan baja yang diberi akan meningkat, kapasiti air juga akan bertambah.

Baja ini tiada tarikh luput, cuma jika berlaku mendakan di dalam tong stok baja AB, kita cuma perlu mengacau kembali larutan tersebut untuk memastikan semua ion yang kita perlukan diterima oleh pokok. Jika mendakan tidak mahu hilang, ini bermaksud pada peringkat awal kita membancuh baja AB tersebut mungkin berlaku kesilapan pencampuran antara dua larutan stok baja AB ini.

Jika ada persoalan yang masih belum terjawab, atau masih tidak berpuas hati dengan penjelasan ini, boleh nyatakan di ruangan komen di bawah.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

17 Komen
  1. Firdaus_TI berkata

    Salam admin, saya mahu tanya satu soalan. Untuk penanaman munggunakan baja a b boleh tak menggunakan ph meter untuk pembacaan sukatan baja?

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam,
      Tuan Firdaus yang dihormati.

      Penggunaan pH meter itu tidak sesuai untuk menyukat kepekatan baja AB. Hanya EC Meter yang sesuai digunakan.

  2. Mohamad berkata

    Assalamualaikum tuan, boleh bagi saya formulasi baja untuk penanaman terung untuk menyediakan stok baja 100L

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      Tuan Mohamad yang dihormati,

      Formulasi baja AB untuk terung adalah lebih kurang sama dengan Cili, Tuan. Tiada jauh beza.

  3. Azam ani berkata

    Assalamualaikum…
    Jika kita guna baja ab…masih perlukah kita memberi baja tambahan seperti semburan foliar

    1. Warna berkata

      Saya nak tau apa tu baja a
      apa tu baja b
      apa tu baja c
      apa tu baja d
      total semua a untuk apa b untuk apa c untuk apa d untuk apa.

    2. Saipol b Jusman berkata

      Bagaimana dan dimana saya boleh dapatkan sebutharga beserta Test Report Content Analysis Baja Set A&B Fertigasi- alamat saya : No. 13 Jalan DJ 03, Taman Desa Jaya, Bukit Baru 75150 Melaka.
      Hp: 0196562949/Phone : 06 2848946

  4. Mahedher berkata

    Saya ingin mencari ilmu unuk penanaman cili

  5. Bokhari berkata

    Berapa Jenis Baja AB yang terdapat di Pasaran?
    1)Saya ad beli baja AB Tapi tidak Di nyata samaada untuk Cili atau Tanaman lain.
    2) adakah terdapat Jenis AB khas untuk fertilisi dan Jenis AB untuk hydroponic?
    3) Ataupun Kalau kita beli baja AB maka ianya bolih diguna secara universal?

    1. Fikri Mastor berkata

      1) Baja AB ini ada pelbagai mengikut jenis tanaman. Cuma, kebiasaannya formula baja tersebut adalah umum melainkan jika dinyatakan secara spesifik baja tersebut adalah baja AB rockmelon atau baja AB Cili. Ini bermakna baja tersebut spesifik untuk tanaman tertentu sahaja. Apapun, kita perlu tanya terus kepada penjual, apakah baja ini sesuai digunakan untuk tanaman kita.

      2) Baja AB ini universal. Boleh digunakan untuk fertigasi dan juga hidroponik. Apa yang berbeza adalah sistem sahaja. Bahan input adalah sama.

      3)Ya, universal.

  6. Afiq berkata

    Saya guna baja npk 8:8:8, boleh tak saya guna untuk baja 2 minggu sekali untuk anak pokok selepas tumbuh 8 daun?

  7. Nur Azian AW berkata

    Assalamualaikum. Saya nak tanya mengenai baja AB. Saya ada beli cecair baja AB yg belum dibancuh, ada tarikh luput ke?

  8. Umar berkata

    Nak Tanya. Mcmana Sy nak beli Baja AB 100liter?

  9. Zaiful berkata

    Salam..sy baru beli baja AB dan sudah bancuh ikut sukatan yg diberi. Sy ada beberapa soalan :
    1. Baja nie sesuai utk semua pokok ke
    2. Jika sesuai sy perlu guna sukatan yg sama atau perlu dilebihkn kandungan baja.
    3. Perlu siram hari2 atau seminggu sekali.

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam.

      1. Ya boleh digunakan untuk semua jenis pokok.
      2. Untuk sayur berdaun sahaja boleh kekalkan maksimum 1.5 EC sahaja. Jika sayur berbuah boleh gunakan jadual siraman baja yang dicatatkan di dalam blog ini.
      3. Sebaiknya setiap hari, jika tiada sistem fertigasi dan kekangan masa boleh buat setiap 2-3 hari.

  10. Hashim berkata

    Soalan Saya: Adakah Kandungan Kimia Dlm Set A Dan Set B (Baja AB) Di Buat/Hasilkan Mengikut Jenis Pokok.
    @ Semua Baja AB Boleh DiGunakan Untuk Semua Jenis Pokok/Tanaman. Terima Kasih

    1. Fikri Mastor berkata

      Baja AB boleh dan sesuai digunakan pada semua jenis pokok. Cuma, di dalam setiap paket baja AB berbeza nisbah elemen yang dibungkuskan mengikut keperluan tanaman. Ini bermaksud, elemen-elemen yang dibungkus adalah sama, cuma yang membezakan hanya pada nisbah sahaja.