STRAWBERI TANAH RENDAH

Strawberi, Fragaria ananassa merupakan buah yang sering ditanam di kawasan Tanah Tinggi Cameron kini boleh ditanam di kawasan tanah rendah. Terdapat beberapa spesies strawberi seperti Fertival, Kamarosa dan K-pop.

Keperluan tanaman adalah merangkumi medium/tanah, pH medium, pencahayaan, keperluan saiz kawasan, siraman, baja dan pemangkasan. Medium bagi buah strawberi mestilah medium yang peroi dan bersaliran baik.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Strawberi, Fragaria ananassa merupakan buah yang sering ditanam di kawasan Tanah Tinggi Cameron kini boleh ditanam di kawasan tanah rendah. Terdapat beberapa spesies strawberi seperti Fertival, Kamarosa dan K-pop. K-pop merupakan benih Korea Selatan.

Keperluan tanaman adalah merangkumi medium/tanah, pH medium, pencahayaan, keperluan saiz kawasan, siraman, baja dan pemangkasan. Medium bagi buah strawberi mestilah medium yang peroi dan bersaliran baik.

pH medium adalah 5.5 – 7. Pencahayaan lebih atau 4 jam sehari dan tidak terdedah secara terus pada cahaya matahari amat sesuai untuk tanaman strawberi.

Keperluan saiz kawasan amat penting kerana strawberi tidak suka tumbuh secara himpit dan akan memberi kesan kepada penghasilan buah. Pokok akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan buah. Jarak penanaman adalah 20 inci setiap satu .

- Iklan -

- Iklan -

Siraman buah strawberi boleh dilakukan apabila medium kering. Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman perlu dijaga ketika buah dipetik, penyiraman perlu dikurangkan sebelum 3-5 hari sebelum dipetik bagi mengelakkan buah masam.

Baja yang sesuai bagi pokok strawberi adalah jenis cecair kerana lebih mudah diserap. Pembajaan adalah digalakkan selama 2 minggu sekali. Nisbah baja adalah 12:12:12 bagi tujuan pembesaran dan 15:15:15 bagi tujuan penggalak buah. Buah ini juga sesuai jika menggunakan baja organik.

Pemangkasan perlu dilakukan bagi setiap bulan. Jumlah daun yang diperlukan adalah 7-9 helai untuk setiap pokok. Lebih kerap melakukan pemangkasan lebih kerap sulur dan buah dikeluarkan. Bilangan sulur perlu dikurangkan bagi membolehkan hasil buah lebih banyak.

Terdapat tiga kaedah penanaman strawberi iaitu kaedah batas ( 2- 4 tahun, kepadatan pokok 25,000-50,000/ hektar), kaedah singkat (kepadatan 120,000 pokok / hektar) dan kaedah ketiga ( 12-16 pokok/ 1 m3).

Jangka hayat pokok strawberi adalah 1- 4 tahun ( dikawasan panas 1 tahun dan sejuk 4 tahun). Strawberi berbuah adalah 3-6 bulan selepas ditanam bergantung pada iklim. Harga pasaran buah strawberi adalah Rm 20/ pasu.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Balas Untuk Asil
Batal Balas

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Asil berkata

    Salam,

    Bila saya tahu satu anak pokok strawberry kira berapa?

    Terima kasih

    1. Sales Serotech berkata

      Waalaikumsalam,

      Biasanya di pasaran anak pokok dalam RM30. Namun, buat masa ini kami tiada anak pokok tersebut.