Penanaman Cili Kulai Secara Fertigasi

Terdapat beberapa varieti cili kulai. Sebagai contoh , cili kulai MC 11, 12, F1 dan cili hibrid 833. Cili kulai dibezakan daripada ketinggian pokok , panjang buah dan berat buah.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Cili ( Capsicum annum ) merupakan sejenis tanaman popular di Malaysia yang ditanam seluas 3,280 hektar dengan pengeluaran sebanyak 32,807 metrik tan pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak RM 206.7 juta ( M. Anem, 2011).

Terdapat beberapa varieti cili kulai. Sebagai contoh , cili kulai MC 11, 12, F1 dan cili hibrid 833. Cili kulai dibezakan daripada ketinggian pokok , panjang buah dan berat buah.

Cili kulai MC 10 merupakan varieti popular yang mempunyai potensi tinggi, permintaan yang tinggi, pemintaan yang tinggi dan harga yang stabil.

Terdapat dua jenis penanaman cili iaitu sistem terbuka di atas tanah dan sistem fertigasi. Pokok cili merupakan pokok yang mudah diserang penyakit dan perosak.

- Iklan -

Oleh yang demikian, penjagaan pokok cili adalah sangat ketat dan wajib dipatuhi jika menginginkan hasil cili yang berkuali tinggi dan sihat. Contoh perosak yang menyerang pokok cili adalah ulat ratus, lalat buah , kutu aphid dan sebagainya.

Penyakit yang biasa menyerang pokok cili adalah virus, bakteria dan kulat. Virus terdiri daripada mosaic virus yang menyebabkan simptom keriting pada pokok cili.

Kaedah kawalan yang sesuai dengan serangan perosak dan penyakit adalah Integrated Pest Management . Integrated Pest Management adalah kaedah pengendalian organisma perosak secara efektif dengan menggunakan berbagai kaedah pengendalian.

Pemilihannya dilakukan secara bijaksana dan menggunakan produk-produk yang tidak berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.