Carolina Reaper Dikenali Sebagai Cili Terpedas Di Dunia

Sesiapa yang memikirkan idea nak cuti sakit, mungkin boleh pertimbangkan memakan sebiji Carolina Reaper ini.

- Iklan -

Carolina Reaper ini adalah baka hibrid dari kacukan antara Ghost Pepper dan juga Habanero. Dari segi bentuk fizikalnya , varieti ini mewarisi sedikit bentuk pod Habanero.

Varieti ini dibiak baka di Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Ujian tahap kepedasan dilakukan di Winthrop University, dan catatan kepedasan paling tertinggi adalah 2.2 juta unit scoville.

Kedua-dua baka ini juga terkenal dengan rasa pedasnya, namun, menurut rekod dunia (Guiness World Record), Carolina Reaper ini merupakan cili yang paling terpedas di dunia. Rekod ini masih dipegang oleh cili ini sehingga saat artikel ini ditulis.

Menurut laman Pepperhead, tiada yang normal berkenaan Carolina Reaper ini kerana memang tujuan program biak bakanya memang fokus untuk menghasilkan baka cili yang pedas. Terlalu pedas!

Carolina Reaper Dikenali Sebagai Cili Terpedas Di Dunia 1Sumber Gambar

Ciri-ciri Carolina Reaper

Carolina Reaper ini mudah dikenali dengan permukaan yang menggerutu, dan mempunyai ‘ekor’ seakan kala jengking.

Dari segi saiz, tidak terlalu besar sekitar 2.5 – 5cm lebar dan 5 – 7.6cm panjang. Biasanya warna cili ini adalah merah, namun wujud juga warna seperti coklat, dan juga kuning.

Bagaimana Tahap Kepedasan Cili Diukur?

Kaedah mengukur tahap kepedasan cili ini bersandarkan pada unit scoville, boleh rujuk dalam artikel yang pernah kami tuliskan di Tahap Kepedasan Cili Diukur Berpandukan Unit Scoville .

Di dalam cili terdapat bahan yang dikenali sebagai capsaicin yang menzahirkan rasa pedas tersebut.

Capsaicin adalah bahan kimia yang kuat yang mampu menahan haba panas dan sejuk. Selain memberi kepedasan, Capsaicin juga dapat merangsang otak untuk menghasilkan endorphin yang bertindak sebagai penahan sakit semulajadi.

Skala kepedasan cili berdasarkan unit scovilleSumber Gambar

Carolina Reaper, Pedas Tahap Mana?

- Iklan -

- Iklan -

Menurut rekod dunia Guiness, cili ini mencapai purata kepedasan 1,641,183 Scoville Heat Units (SHU). Jika saya bandingkan cilibangi yang paling pedas iaitu Cilibangi-3 dengan Carolina Reaper tentulah bagai langit dan bumi.

Namun, berdasarkan pengalaman saya, dengan hanya menggunakan 1 biji Cilibangi-3 dalam masakan nasi goreng untuk 5 orang makan, cili tidak kelihatan tetapi rasa pedasnya menyengat.

Carolina Reaper pula dengan 1 biji sahaja boleh tapau 100 pinggan. Wow! Pedas tu!

Carolina Reaper cili terpedasSumber Gambar

Kesan Negatif Rasa Pedas Carolina Reaper

Saya belum pernah merasa, dalam tahun ini akan cuba beli benih baka tersebut. Namun, menurut penjual ini,

Carolina Reaper ini menzahirkan rasa manis dan buah, rasa itu timbul sebelum rasa pedas mula menyengat

Baca pun dah boleh bayangkan betapa pedasnya cili ini, menakutkan sebab memang baka ini tujuannya adalah untuk paling pedas.

Kesan daripada rasa yang sangat pedas, ada kes sehingga masuk hospital selepas seorang peserta yang menyertai cabaran rasa pedas cili ini di serang sakit kepala yang terlalu teruk.

Menurut laporan yang ditulis di British Medical Journal Case Reports, selepas pesakit memakan cili tersebut, salur darah di bahagian otak telah mengecut dengan teruk. Ini membawa kesan rasa sakit kepala yang berlarutan sehingga beberapa hari!

Selepas menerima rawatan selama 5 minggu, doktor membuat imbasan semula pada bahagian kepala pesakit dan imbasan tersebut menunjukkan keadaan salur darah telah pun kembali normal.

Salur darah kembali normal selepas 5 mingguSumber Gambar
Gambar kiri sebelum rawatan, gambar kanan selepas rawatan 5 minggu.

Hati-hati dengan cili ini, kerana tahap kepedasannya lebih 200 kali ganda dari jalapeno.

Kesimpulan

Cili ini sesuai untuk digunakan dalam industri, kerana hanya memerlukan kuantiti yang sedikit, namun menimbulkan rasa pedas.

Untuk dibuat cabaran dalam pertandingan pada saya kurang sesuai, tidak berbaloi untuk sakit dengan hanya sebiji cili. Sesiapa yang memikirkan idea nak cuti sakit, mungkin boleh pertimbangkan memakan sebiji Carolina Reaper ini.

- Iklan -

Sumber British Medical Journal Case Report Pepper Head Morgue File

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.