Tahap Kepedasan Cili Diukur Berpandukan Unit Scoville

Pada masa kini ia boleh dilakukan dengan lebih tepat dengan bantuan komputer untuk memberikan kadar kepedasan cili di dalam unit Scoville. Sensasi berapi cili adalah disebabkan oleh capsaicin yang terdapat di dalam cili.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Tahap Kepedasan Cilibangi
Tahap Kepedasan Cilibangi

Pada tahun 1912, Wilbur Scoville (1845-1942) telah membangunkan satu kaedah untuk mengukur tahap kepedasan cili, yang asalnya bermaksud merasa dan memberikan nilai pada cili tersebut.

Pada masa kini ia boleh dilakukan dengan lebih tepat dengan bantuan komputer untuk memberikan kadar kepedasan cili di dalam unit Scoville. Sensasi berapi cili adalah disebabkan oleh capsaicin yang terdapat di dalam cili.

Capsaicin adalah bahan kimia yang kuat yang mampu menahan haba panas dan sejuk. Selain memberi kepedasan, Capsaicin juga dapat merangsang otak untuk menghasilkan endorphin yang bertindak sebagai penahan sakit semulajadi.

BACA: Kenapa Cili Membuatkan Lidah Anda Rasa Pedas

Skala Scoville bermula pada sifar iaitu cili benggala (bell pepper). Sehingga tahun 2000, Guinness World Records

- Iklan -

- Iklan -

Cili merah
Cili merah

mempunyai cili paling hangat di dunia iaitu Red Savina Habanero.

Namun begitu, baru-baru ini terdapat beberapa cili yang lebih pedas telah mencabar rekod. Pakar penyelidik menyatakan bahawa cili Naga Jolokia adalah hampir 50% lebih pedas daripada Red Savina Habanero.

Benih Naga Jolokia (atau dikenali Bhut Jolokia) yang sama juga telah ditanam di New Mexico State University untuk diuji.

Pada bulan Februari 2007, cili ini mencatat rekod sebanyak 1001304 unit Scoville dan telah diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Record sebagai cili terpedas di dunia. Naga Jolokia adalah dua kali lebih pedas daripada Red Savina Habanero. Namun kini, ia telah diambil alih Trinidad Scorpion “Butch T”.

Cilibangi juga tidak terlepas disenaraikan sebagai cili yang pedas. #tanamcili #cilibangi

 


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.