Pokok Cili Memerlukan Cahaya Matahari Yang Cukup

Cahaya matahari sangat diperlukan oleh pokok cili untuk membesar dengan baik.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Pencahayaan Pokok Cili
Pencahayaan Pokok Cili

Soalan: Bolehkah pokok cili diletakkan dalam porch atau garaj kereta? Atau kena cahaya matahari terus?

Setiap hidupan yang berklorofil memerlukan cahaya untuk hidup. Kitaran fotosisntesis yang wujud di dalam sistem fisiologi tumbuhan ini yang menghasilkan makanan dan tenaga buat pokok untuk hidup.

Cuma, setiap pokok mempunyai ragam dan kerenah yang pelbagai. Ada pokok yang memerlukan cahaya yang banyak, namun kurang pengambilan airnya. Ada juga pokok yang memerlukan banyak air, dan kurang pendedahan cahaya.

Untuk pokok cili, disarankan untuk pendedahan cahaya antara 3-4 jam minimum sehari.

Kurang daripada itu akan menyebabkan pelbagai masalah yang timbul.

Khairulanuar Kamari

Menurut En. Khairilanuar Kamari di dalam perbincangan komuniti kebun bandar, pokoknya kelihatan bergoyang ditiup angin dalam masa yang sama, beliau sangat teruja untuk memperoleh hasil cili dari pokok yang sedang ditanam.

- Iklan -

pokok cili meninggi

Berdasarkan gambar di sebelah, kita dapat lihat pelbagai kesilapan yang wujud:

  1. Pokok cili perlu dipindahkan ke dalam pasu yang bersaiz besar seperti 16 inchie ke atas setelah berusia 30 hari selepas semai. Ini bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan akar pokok yang sihat, juga mengelakkan pokok daripada stress.
  2. Pokok cili tumbuh meninggi, akibat kurang pendedahan cahaya. Alihkan pada ruang yang terbuka yang kena cahaya terus.

Selain itu, risiko serangan serangga perosak juga akan meningkat.

Di dalam artikel tersebut ada menceritakan mengenai serangan kutu/bena putih yang kerap menyerang bahagian bawah daun cili.

Serangga putih sangat menggemari suasana sejuk dan kurang cahaya, dan sentiasa menghuni di bahagian bawah daun cili. Serangga ini sangat mudah dikenali dengan kewujudan gumpalan objek putih di bawah daun.

Adakah pertanyaan soalan ini juga menjawab pertanyaan anda mengenai kadar pencahayaan pokok cili? Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai penanaman cili, boleh isi di borang pertanyaan.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Mohd_Razif berkata

    Pokok cili yg saya tanam keguguran daun selepas saya pindahkan dr polibeg ke tanah. Boleh saya tau apakah kemungkinan penyebab dan cara mengatasi serta harapan utk pulih.

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan Mohd Razif yang kuat berusaha,

      Boleh Tuan berikan gambar untuk saya analisa?