Kenapa Tangkai Cili Menjadi Kuning?

Setiap varieti mempunyai tahap kepedasan dan aroma yang memikat serangga perosak.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Cili diserang lalat buah
Cili diserang lalat buah

Cili dikategorikan sebagai sayuran berbuah dan pedas. Setiap varieti mempunyai tahap kepedasan dan aroma yang tersendiri. Cilibangi adalah antara baka cili tempatan yang menempa nama di Malaysia.

Aroma yang terdapat pada buah apapun menjadi tarikan kepada serangga perosak yang cukup dikenali seluruh dunia iaitu lalat buah. Pelbagai spesis lalat buah wujud di dunia dan berbeza mengikut jenis buah yang mereka serang.

BACA: Mengapa Buah Cili Anda Jadi Busuk Sebelum Sempat Dituai

Tanaman cili sangat berisiko terhadap serangan lalat buah. Ini kerana setiap serangannya akan menyebabkan kerugian yang besar dan akan kerap berlaku sekiranya tiada langkah susulan dilaksanakan.

- Iklan -

- Iklan -

Perkara ini menjadi kerunsingan bagi sebahagian besar petani selain serangan penyakit bawaan tanah dan hama yang gemar menghisap cecair dalam daun.

Buah cili diserang lalat buah di pokok
Buah cili diserang lalat buah di pokok

Simptom Serangan Lalat Buah

Kebiasaannya, lalat buah akan menyasarkan buah-buah cili yang muda dan masih berwarna hijau.

Jika diperhatikan secara teliti, dipermukaan buah cili tersebut (kebiasaanya di bahagian atas berdekatan tangkai) akan wujud lubang halus.

Lubang ini sebenarnya ditebuk oleh lalat buah betina, yang tujuannya adalah untuk menyuntik telur lalat buah di dalam buah cili. Berapa banyak yang disuntik? Saya sendiri tidak dapat pastikan.

- Iklan -

Namun, sekiranya perkara ini terjadi, sekurang-kurangnya mesti ada seekor larva lalat buah yang wujud di dalam buah cili tersebut.

Bahkan, sedang rakus meratah isi-isi buah cili yang akhirnya menyebabkan bahagian yang dimakan itu menjadi busuk, berair dan lembik.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

1. Buang dan bakar semua buah yang sudah busuk.

Ya, semua.

Ini untuk mengelakkan larva lalat buah yang menghuni di dalam buah tersebut lari dan bersembunyi di ruangan tanaman anda, yang akhirnya akan membesar menjadi lalat buah dewasa.

Lalu, kitaran ini akan sentiasa begitu sekiranya tiada tindakan susulan dibuat. Kitaran hayat serangga sangat singkat, sesingkat (jentik-jentik) larva nyamuk menjadi nyamuk dewasa.

2. Sembur repellent pada pokok cili

Sembur pokok cili anda dengan semburan pencegah serangga Repellente 3 yang mampu mencegah seranggan lalat buah. Kekerapan semburan adalah bergantung pada keadaan cuaca, sekiranya hari ini hujan, esok anda perlu menyembur pokok.

BACA: Repellente 3 Menghindar Serangan Lalat Buah

Ini kerana sifat Repellente 3 ini bukan membunuh lalat buah tetapi sebagai lapisan pertahanan pokok cili yang menyebabkan lalat buah tidak gemar dengan pokok cili anda.

Adakah artikel ini membantu anda dalam menjawab Kenapa Tangkai Cili Menjadi Kuning, Dan Busuk Sebelum Sempat Dituai? Kongsikan bersama teman anda dan isi ruangan komen untuk pertanyaan lanjut.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Mahukah Tuan/Puan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 4 platform berikut:

Messenger


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. aankpudin berkata

    Rasanya pedas menyegarkan