#7 Ramadhan Menu Berbuka Asam Pedas Ikan Pari Cilibangi

Penggunaan cili untuk mendapatkan rasa pedas dalam masakan tidak asing lagi dalam masakan Asia terutamanya dalam masyarakat Melayu, Thailand dan masakan India.

0
- Iklan - - Iklan -

Anda Ada Ikan Pari? Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka? Jom Masak IKAN PARI ASAM PEDAS!

 

Penggunaan cili untuk mendapatkan rasa pedas dalam masakan tidak asing lagi dalam masakan Asia terutamanya dalam masyarakat Melayu, Thailand dan masakan India.

Kalau makan apa-apa menu masakan tanpa cili, rasa tak puas. Rasa seolah-olah tidak lengkap menu tersebut. Kali ini, kami berkongsi resepi IKAN PARI ASAM PEDAS.

Namun, jika anda sangat menggemari makanan pedas, kali ini anda cuba menggunakan Cilibangi di dalam masakan anda. Anda pasti terpikat!

- Iklan - - Iklan -

ikan pari
Foto Hasyanaurah

Bahan- bahan

Bahan A :

  • 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
  • 10 biji bendi
  • 1 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B ( Dikisar ) :

  • 20 biji cilibangi kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Panduan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

Sumber: Masakan Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.