Menu Berbuka Puasa Ramadhan, Homemade Beef Lasagna

Cara membuat lasagna ada yang mudah dan ada yang rumit. Kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara membuat lasagna di rumah.

Beef Lasagna. Foto: taste.com
0
- Iklan - - Iklan -

Nota Editor: Cara membuat lasagna ada yang mudah dan ada yang rumit. Kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara membuat lasagna di rumah.

Mudah saja. Kalau beli di luar pasti mahal. Tapi bila buat sendiri kos pun murah, bersih dan yang penting kita boleh ikut cita rasa sendiri.

Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

- Iklan - - Iklan -

1 kotak San Remo Instant Lasagna

1 liter air

2 sudu makan minyak zaitun

250 gram keju Mozzarella – keju Cheddar pun boleh

150 gram keju Parmesan

 

Bahan inti:

400 gram daging cincang

1 tin tomato puri

1 tin cendawan butang

1 labu bawang besar – dicincang

7 ulas bawang putih –  di pecahkan dan dicincang

- Iklan - - Iklan -

1 sudu kecil  serbuk lada hitam

1 sudu kecul serbuk oregano

2 sudu makan sos cili

4 sudu makan minyak zaitun

garam / perasa pilihan

 

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan minyak zaitun dan kepingan lasagna. Masak hingga lembut, dan toskan airnya. Gaulkan dengan minyak zaitun dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan wangi.
  3. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang berubah warna.
  4. Masukkan tomato puri dan sos cili, dan kacau sebati.
  5. Masukkan cendawan butang. Gaul rata.
  6. Masukkan garam /perasa pilihan.
  7. Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Ketepikan.

 

Bahan Untuk Sos Putih:

125 gram mentega

125 gram keju Cheddar

600ml fresh milk

4 sudu makan tepung gandum

1/2 sudu teh serbuk lada putih

Group FB Tanam Cilibangi

Group FB Tanam Cilibangi

Cara-cara:

  1. Gunakan api kecil untuk memanaskan mentega di dalam kuali sehingga cair.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan fresh milk diikuti dengan keju Cheddar.
  4. Masukkan garam dan serbuk lada putih. kacau sehingga likat. Ketepikan.

SUMBER : Amie’s Little Kitchen

 

 

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.