Menu Berbuka Puasa Ramadhan, Sambal Petai Udang

Sambal petai udang sesuai dijadikan menu berbuka.

Sambal Petai Udang. Foto: selerakita.info
0
- Iklan - - Iklan -

Sambal petai udang sesuai dijadikan menu berbuka.

Jom cuba.

Sambal Petai Udang. Foto: selerakita.info

Bahan-bahan:

15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan

- Iklan - - Iklan -

2 papan petai, ambil isinya

1 biji bawang besar, hiris kasar

1 camca teh pes asam jawa

3/4 senduk nasi cili kisar

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

5 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih

2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas

1/2 inci halia

1/2 inci belacan, dibakar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman.

Sumber : Tiffin Biru

 

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.