Resepi Ikan Masak Sambal Hijau - Blog Cilibangi

Resepi Ikan Masak Sambal Hijau

- Iklan - - Iklan -

Ikan Masak Sambal Hijau

Untuk resepi ini, kita perlukan cili hijau. Semua pokok cili akan menghasilkan cili hijau atau ada pokok yang keluarkan cili hijau, ada pokok yang hasilkan cili merah?

Jawapannya, semua pokok akan menghasilkan cili hijau, yang kemudiannya akan bertukar menjadi merah.

Bahan – bahan

– Seekor ikan Gelama atau Siakap
– 300g Cili hijau (dikisar)
– 10 ulas bawang putih (potong dadu)
– 5 ulas bawang besar (potong dadu)
– 10g halia (dicincang halus)
– tepung gandum
– tomato puri
– serbuk kunyit
– daun ketumbar
– 3 batang serai dihiris
– garam. gula dan perasa tambahan
– minyak masak
– minyak bijan

- Iklan - - Iklan -

Cara-cara

1) Lumurkan ikan dengan kunyit, tepung gandum dan garam
2) Lumur secara keseluruhan pada ikan
3) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
4) Setelah minyak Masak panas, masukkan ikan untuk digoreng hingga masak
5) Angkat ikan yang telah masak dan toskan minyaknya
6) Panaskan minyak untuk langkah kedua (membuat sambal)
7) Masukkan cili hijau, halia, bawang putih dan bawang merah kedalam minyak yang panas (goreng hingga kekuningan)
8) Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
9) Masukkan tiga sudu tomato puri
10) Gaulkan hingga masak (selepas masak lumurkan pada ikan)

Selamat mencuba

Gambar ihsan daripada Buku Penanaman Cili oleh Norhashim Kamisan.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.