Menu Berbuka Puasa Ramadhan, Ketam Masak Lemak Cili Api

Pastikan ketam yang segar dan hidangan anda pasti menjadi lazat.

Ketam Masak Lemak Cili Api. Foto: iResepi
0
- Iklan - - Iklan -

Nota Editor: Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang tak asing lagi, lagi- lagi untuk dijadikan juadah berbuka.  Pastikan ketam yang segar dan hidangan anda pasti menjadi lazat.

Selamat mencuba!

Ketam Masak Lemak Cili Api. Foto: iResepi

Bahan-bahan:

•    3 ekor ketam segar
•    1 batang serai, dititik
•    1 helai daun kunyit, carikkan
•    2 cawan santan pekat
•    1 keping asam gelugor

- Iklan - - Iklan -

Bahan Untuk Kisar Halus:

•    5 biji cili api
•    2 biji cili merah
•    1/2 biji bawang besar
•    1 inci kunyit hidup
•    3 biji bawang merah
•    3 ulas bawang putih
•    Secubit belacan

Cara Penyediaan:

1.    Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2.    Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3.    Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4.    Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Sumber : iResepi

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.