9 Perkara Unik Mengenai Cili

Anda mungkin tidak pernah terfikir bahawa cili turut digunakan dalam pelbagai aktiviti selain memasak.

0
- Iklan - - Iklan -

Nota Editor: Cili menjadi bahan asas masakan buat majoriti masyarakat asia. Anda mungkin belum pernah membaca mengenai fakta unik mengenai cili yang anda makan selama ini.

Kali ini, kami ingin kongsikan 9 Perkara Unik Mengenai Cili, yang mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa cili turut digunakan dalam pelbagai aktiviti selain memasak.

1. Cili pernah digunakan sebagai senjata pada 1000 tahun dahulu. Di kurun Asia dahulu, satu beg berisi dengan cili dan rempah diguna untuk dilemparkan kepada musuh. Manakala di Jepun, cili dilemparkan kepada muka si penjenayah sebagai salah satu cara hukuman.

2. Di Amerika Syarikat semua kakitangan pos (posmen) sentiasa membawa lada semburan pepperspray untuk mempertahankan diri daripada serangan anjing dan haiwan lain ketika menghantar surat.

 

- Iklan - - Iklan -

posmen
Posmen dan Penyembur Lada. Foto: Journal Now

3. Petani di Afrika melekatkan atau meletakkan cili di sekeliling pagar tanaman mereka untuk menghalau gajah daripada tanaman mereka. Gajah amat benci pada bau cili.

 

elephant-pepper-sauces-1
Cili Gajah. Foto: Scott Roberts Web

 

 

 

4. Tentera india telah menguji satu bom Cili sebagai satu senjata tidak berbahaya untuk digunakan pada musuh-musuh tersembunyi.

Bhutjokoliachili
Bom Cili. Foto: Weird Asia News

 

5. Pokok Big Jim Chilli telah menghasilkan buah yang tebesar di dunia sehinggakan boleh bertumbuh sampai 1 kaki panjangnya.

 

red_big_jim
Red Big Jim. Foto: Chile Seed USA

 

6. Pada tamadun awal seperti Inca, Maya dan Aztec, matawang digunakan dalam bentuk cili.

 

[adrotate group=”1″]

 

7. Pengusaha cili harini berusaha untuk menghasilkan cili yang paling pedas mengakibatkan rekod untuk kepedasan cili sentiasa berubah. Cili pedas yang paling terkenal di dunia adalah Jolokia Bhut atau lebih dikenali sebagai Naga/Ghost Chili yang mempunyai kadar kepedasan sebanyak 1000000 Scoville Unit. Pada tahun 2013, cili Moruga Scorpion telah memecah rekod tersebut 2000000 + Scoville Unit.

moruga scorpion
Cili Pedas. Foto: Seedsnsuch.com

 

8. Orang-orang Mexico dianggarkan memakan cili segar sebanyak 6 kilo dan 0.5 kilo cili kering setahun.

9. Kaum wanita Aztec mempercayai cili boleh membuatkan kulit kelihatan cantik, mereka menggunnakannya dan sapu kulit-kulit mereka dengan serbuk cili.

 

Sumber:

  1. Intellihub.com
  2. Chili-Loco

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.