Bagaimana Mengenalpasti Pokok Cili Anda Perlu Dialih Ke Dalam Pasu Yang Lebih Besar

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor: Bagi mereka yang gemar menanam pokok cili secara kecil-kecilan, pasti banyak persoalan yang ingin diajukan berkenaan pertumbuhan pokok cili.

Kami kongsikan dua video yang boleh membantu anda menjawab persoalan mengenai anak pokok cili yang anda tanam. Semoga persoalan anda terjawab selepas menonton video ini.

Bagaimana Mengenalpasti Pokok Cili Anda Perlu Dialih Ke Dalam Pasu Yang Lebih Besar

Jika anak pokok cili terus dibiarkan di dalam pasu/pot yang kecil untuk jangka masa yang lama, ia akan menghalang tumbesarannya. Kandungan nutrien dalam medium semaian/tanaman akan berkurangan dan ini akan menyebabkan anak pokok cili anda terbantut.

Kebiasaannya, kita boleh kenal pasti usia pokok dengan jumlah daun beserta keadaan akar seperti yang dijelaskan di dalam video di bawah.

Setelah mencapai usia 25-30 hari, anak pokok cili sudah mempunyai 8 pasang daun. Pada usia 30-31 hari ini, anak pokok sudah sedia untuk dipindahkan ke dalam polibag yang lebih besar.

BACA: Pindah Tanam Anak Pokok Cili

- Iklan -

Bila Waktu Sesuai Untuk Mula Membaja Anak Pokok Cili Yang Anda Tanam

Pemilihan baja yang terbaik juga sangat penting bagi pertumbuhan pokok cili. Pokok cili sangat sensetif terhadap situasi medium tanaman yang kekurangan nutrien.

BACA: Pembajaan Yang Teratur

Seminggu selepas pindah tanam di atas tanah, kita akan mulakan pembajaan NPK dengan kadar kekerapan 2 minggu sekali. Bagi fertigasi, pemantauan harian perlu dibuat untuk memastikan air baja sentiasa ada.

Kaedah pembajaan ini ditentukan mengikut sistem tanaman yang kita gunakan. Untuk tanaman bersistem fertigasi, penggunaan baja AB tidak dapat dielakkan.

Namun untuk sistem tanaman yang berasaskan tanah, penggunaan baja kimia dan organik boleh diamalkan. Baja kimia, boleh didapati dikebanyakan pasaraya besar atau di nurseri pertanian. Kami juga menawarkan baja organik. Anda boleh lawati di Cilibangi.com.

#Tanamcili #Cilibangi

Adakah artikel ini membantu anda dalam menjawab Kenapa Tanaman Bekas Saya Layu Walaupun Disiram? Kongsikan bersama teman anda dan isi ruangan komen atau e-mail kami untuk pertanyaan lanjut.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.